CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan


Syukur alhamdulillah , kita dipertemukan semula dengan Ramadhan , bulan yg cukup mulia dalam kalender Islam .. Izz mengambil kesempatan ini mengucap selamat menyambut bulan Ramadhan  dan selamat berpuasa kepada semua kenalan kenalan yang mengenali diri ini ..

Ingat bulan Ramadhan bukan hanya sekadar berpuasa menahan daripada lapar , tapi juga menahan anggota badan dan hawa nafsu kita daripada melakukan perkara lalai yg boleh mengurangkan dan membatalkan puasa kita .. semoga kita semua mendapat rahmat dan perlindungan daripadanya-Nya , Insya - Allah..

Friday, July 29, 2011

Jumpa lagi Piala Dunia



First of all , rasa sedih sangat apabila pasukan bola sepak Malaysia tersingkir dari kelayakan Piala Dunia selepas hanya sekadar mampu dengan Singapura 1-1 malam tadi .. Singapura layak ke pusingan seterusnya melalui agregat 6 - 4.


Malaysia gagal mempamerkan aksi yang maksimum biarpun diberi sorakan hampir 90,000 orang penyokong sendiri di Stadium Bukit Jalil malam tadi ..


Ketiadaan Safiq Rahim di bahagian tengah jelas memberi kesan kepada keseluruhan pasukan negara .. Serangan yang dilakukan tidak terancang di samping benteng yang masih rapuh memberikan peluang Shi Jiayi untuk menjaringkan gol buat Singapura .

Aku tak faham kenapa K. Rajagopal memasukkan Ismail Farouqi dalam kebelasan utama sedangkan pada aksi pertama pun pemain tuh gagal mempamerkan persembahan yang memberasangkan dan perlawanan semalam pun sama . Kenapa tidak masukkan Badrol Bakhiar ?

Perlawanan semalam bukan utk mencuba pemain baru , seharusnya Raja lebih bijak membuat percaturan permain di atas padang .. Kemasukan Gurusamy juga tidak dapat membantu , jelas sekali beliau masih lagi gugup bermain untuk di peringkat antarabangsa ..


Pasukan Singapura pula banyak mempamerkan aksi berlakon mereka .. Sikit sikit ja jatuh , dan buat buat injured .. padahal tak teruk mana pun kena .. Biasalah taktir kotor dorang nak melengahkan dan menghabiskan masa .. Ni bukannya WWE nak berlakon macam tu , ini bola sepak ! Bosan kami dihidangkan dengan lakonan yang melebih melebih oleh permain Singapura tuh ..

Banyak lagi yang perlu diperbaiki jurulatih K. Rajagopal . Memang lah , adat perlawanan ada menang dan kalah , apapun kita jangan mengalah .. Harapnya setiap permain dan peminat dapat menerima kegagalan ini sebagai satu yang postif . Kita cuba lagi , Malaysia tanah tumpah darahku !

Thursday, July 28, 2011

Perlu cari gol awal

KUNCI untuk menyingkirkan Singapura pada perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 adalah dengan meledak gol awal pada aksi timbal balik di Stadium Nasional malam ini.
Pandangan itu disuarakan bekas pemain kebangsaan, Hassan Sani yang melihat jaringan awal bakal membakar semangat barisan Harimau Malaya selain mematahkan semangat melawan Singapura yang mencatatkan kemenangan 5-3 pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu.

“Tiada apa yang mustahil malam ini. Dua gol yang diperlukan mampu dihasilkan terutamanya apabila memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri seperti kehadiran jumlah penonton ramai serta perbezaan padang. Pemain perlu lupakan segera kekecewaan di Singapura dan memberikan tumpuan sepenuhnya bagi baki 90 minit malam ini.

“Apa yang penting pemain tidak boleh melakukan kesilapan mudah sehingga memberi kesan kepada pasukan seperti memberikan sepakan percuma, penalti dan gol awal,” katanya yang kini berusia 53 tahun ketika dihubungi di Sabah, semalam.

Menurutnya, benteng pertahanan perlu mempunyai seorang pemimpin yang dapat membimbing mereka terutamanya apabila berdepan dengan saat-saat genting.

“Umur pemain tidak penting namun seseorang perlu mempunyai kredibiliti bertindak sebagai ketua di benteng pertahanan. Ketika dulu kami mempunyai Datuk Soh Chin Aun yang membimbing kami ketika beraksi. Jika ada pemain seperti itu, ia pasti membantu benteng negara lebih tersusun,” katanya.


Namun bekas pemain berusia 53 tahun itu percaya barisan pertahanan muda negara sudah mempelajari sesuatu daripada perlawanan Sabtu lalu dan kehadiran semula pemain pertahanan berpengalaman seperti, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak bakal menguatkan semula barisan pertahanan negara.

Sumber : Harian Metro

Safee, Aidil sanggup pikul tugas kapten



Tatkala pengendali skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal masih berteka-teki siapakah bakal memakai lilitan lengan kapten pada perlawanan getir menentang Singapura hari ini, dua calonnya, Mohd. Safee Sali dan Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak menyatakan kesediaan untuk menggalas tugas berat itu.


Salah seorang mereka yang disenarai pendek Rajagobal mengisi kekosongan besar yang ditinggalkan ketua pasukan, Safiq Rahim selepas dia dilayangkan kad merah pada perlawanan pertama di Singapura tempoh hari.

Rajagobal bagaimanapun masih mahu merahsiakan sehinggalah pada sesi taklimat pagi ini.
Penyerang berbisa, Mohd. Safee berkata, dia sudah bersedia memimpin skuad sekiranya diberi mandat oleh jurulatih dan baginya, ia bukan satu pengalaman baru.

"Ia bukan satu beban kerana saya pernah menjadi kapten skuad Bawah-23 beberapa tahun lalu. Jika saya dipilih, saya akan buat yang terbaik dan cuba membimbing rakan-rakan sepasukan dengan pengalaman yang ada," katanya yang merupakan pemain paling senior dalam skuad itu.

Sementara itu, Aidil Zafuan bersedia menerima apa jua keputusan Rajagobal hari ini tetapi baginya, soal siapa menjadi kapten tidaklah begitu penting.

"Tugas kapten memang tanggungjawab berat tetapi jika saya dipilih akan saya cuba pikulnya sebaik mungkin. Apa yang lebih penting ialah kami dengan berbekalkan semangat berpasukan tinggi mencapai kejayaan esok (hari ini)," ujarnya.

Sumber : UTUSAN

Cari kemenangan tanpa bolos

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yakin keputusan akan berpihak kepada Harimau Malaya tetapi dengan syarat benteng pertahanan perlu memastikan tiada sebarang kelalaian dan kelekaan seperti yang berlaku pada perlawanan pertama di Singapura, Sabtu lalu.

Beliau berkata, anak-anak buah Datuk K. Rajagobal juga perlu mempamerkan mutu permainan tinggi - memberi tekanan kepada musuh dengan menyerang, mengawal permainan serta cuba memanfaatkan setiap peluang yang dicipta, maka kemenangan 2-0 yang diburu hari ini adalah tidak mustahil.

“Saya harap perlawanan esok akan menjadi perlawanan memihak kepada kita, saya dapat rasa semangat daripada pemain-pemain dan jurulatih... mereka hendakkan kemenangan.

“Selagi dapat kurangkan kesilapan mudah, ditambah dengan kehadiran ramai peminat membanjiri stadium esok (hari ini), saya yakin kemenangan akhirnya akan memihak kita. Mari kita berdoa dan mengharapkan esok adalah malam keramat,” ujar Tengku Abdullah selepas hadir menyaksikan sesi latihan terakhir pasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah menyifatkan ketiadaan Safiq Rahim selaku perancang utama skuad Harimau Malaya sebagai kekosongan besar tetapi hakikat itu harus diterima dan beliau percaya terhadap kemampuan pemain gantian yang bakal mengisi posisi itu.

“Kita kehilangan Safiq, memang satu kehilangan besar, tapi kita kena terima hakikat dia tak boleh main. Kita perlukan pemain gantian yang setanding Safiq, tunjukkan aksi mantap,” katanya.

 
Sumber : UTUSAN

Berjuanglah habis-habisan !


PETALING JAYA - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apa jua tanggapan sekalipun hakikatnya Harimau Malaya perlu menang sekurang-kurang 2-0 ke atas Singapura untuk mengikat kedudukan agregat 5-5 - sekali gus peraturan gol di tempat lawan memihak kita.

Jika semangat lawan Harimau itu diambil kira, tidak mustahil Singapura akan menjadi mangsa kesebelasan anak-anak buah K. Rajagobal.

Keputusan 2-0 mungkin sudah mencukupi buat kita untuk layak ke babak seterusnya, namun ia tetap bergantung sejauh mana benteng negara mampu memperbaiki kelemahan secara total.

Menang perlawanan hari ini, bermakna Malaysia menempa sejarah bola sepak negara untuk pertama kali beraksi dalam saingan kumpulan.

Kehilangan kapten pasukan bukan bermakna penamat buat Malaysia tetapi permainan berpasukan bakal menentukan persembahan.

Apa yang menarik, harapan menjulang rakyat Malaysia untuk melihat kemenangan berbuah tidak sedikit pun tidak menghadirkan tekanan kepada Rajagobal yang tahu para pemainnya sudah matang menangani apa jua situasi.

''Saya tidak fikirkan satu tekanan buat para pemain kerana mereka pernah berhadapan pengalaman yang sama sebelum ini di Stadium Nasional.

''Beraksi di hadapan 100,000 penyokong semasa bertemu Indonesia, mereka semua tahu bagaimana untuk bermain mengikut apa yang diarahkan dan masih mampu kekal fokus.

''Bagi saya kehadiran lebih ramai penonton, lebih baik kerana ia mampu membuatkan sesuatu perlawanan lebih menarik dan memberikan keghairahan buat para pemain," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan Malaysia dan Singapura di Wisma FAM, semalam.

Beliau turut ditemani rakan sejawatannya dari Singapura, Radojko (Raddy) Avramovic dan penyerang Singapura, Fazrul Nawaz dalam sidang media yang dipengerusikan Penolong Setiausaha FAM, Kelly Shatiraj.
Jelas pengendali berusia 56 tahun itu, apa jua perancangan permainan pada malam ini, fokus mereka hanya satu iaitu mahu mencapai kemenangan.

''Perlawanan ini sudah tentu sukar dan kami akan bermain habis-habisan dan penuh bertenaga. Apa jua keadaan, kami hanya mahu mendapatkan kemenangan ke atas Singapura.

''Itu sahaja yang saya tuntut daripada pemain dan saya tidak sangsi mereka mampu melaksanakan misi berkenaan," ujarnya.

Jelasnya, tidak timbul soal moral pemain berada di tahap yang merudum, sebaliknya kekalahan 3-5 tempoh hari mahu ditebus kembali demi maruah negara.

''Para pemain sudah semakin tidak sabar dan telah bersedia sepenuhnya menghadapi Singapura pada malam esok (hari ini).

''Moral mereka masih berada di tahap terbaik dan keyakinan mereka sama sekali tidak berasa jatuh walaupun sedar tanggungjawab yang berat akan digalas, saya lihat semangat mereka itu dalam latihan," katanya.

Sumber : UTUSAN

Tuesday, July 26, 2011

Zoom Petronas Malaysian Cup Prix 2011, Peringkat ke - 6 Alor Star




Salam sejahtera semua ..

Pada sabtu (23/7/2011) lepas aku berkesempatan tgk perlumbaan AAM Cup Prix di Stadium Darulaman, Kedah .. ramai gak yang datang tgk , dari umur muda hingga lah dewasa .. walaupun pukul dah 2.20pm , aku tgk semua penonton tak berganjak dari  tempat duduk walaupun matahari betul betul terpacak atas kepala .. memang panas terik gila hari tuh ! tapi semua tetap setia menunggu perlumbaan pertama dilangsungkan utk kategori WIRA ..


3 minit lagi utk perlumbaan pertama bagi kategori WIRA dilangsungkan .. para pelumba masing masing memanaskan enjin .. masa ni memang bingit abis telinga dek bunyi yang dikeluarkan oleh motorsikal para pelumba.. lepas tu , perlumba dilepaskan utk warm up lap satu pusingan.

Dah abis satu pusingan warm up , kali ni para pelumba bersedia utk dilepaskan .. Menunggu lampu merah bertukar ke warna hijau . Gooooo !!


 



Fuh , siap terangkat up willi tayar depan tuh .. Tapi tak lama la , ni bukannya nak lawan sapa willi paling lama .. dorang ni racer secara halal , ada lesen , ada peraturan jadi kena ikot lew .. siap lap rapat sampai lutut kena tar jalan .. baik baik lap yer bang , jangan sampai jatuh plak k ..





Dan pemenangnya dari pasukan Motul Yamaha YY Pang , tahniah yer..



Lepas abis perlumbaan kelas WIRA , aku ngan Man jalan jalan area stadium tuh .. masing masing kering tekak dan dahaga dek panas terik .. jadi kami bercadang beli la air kelapa di gerai yang ada di situ .. dah sudah minum kami berjalan semula ke arah tempat duduk tempat garisan permulaan/penamat .. 

masa bejalan tuh nampak sorang mamat racer yang masing masih lengkap lagi dgn suit lumba dan sedang memegang trofi .. tertulis kat situ 1st , dalam kepala duk agak mungkin dia juara kategori WIRA tadi la kot .. aku terus cakap kat Man cuba minta ambik  gamba dgn dia tuh .. pastu datang pulak la sekumpulan mat salleh ni  mat potong stim dulu ..  

Sorang mat salleh ni menegurku , 'Do you take pic?'

Aku jwb ringkas, ' Yes '

Aku pun jalan la ke arah dan duduk sebelah mamat racer tuh .. kemudian mat salleh tuh cakap ' You stand over there' 


Alahai , dah la kau bolot trofi tuh pastu suruh aku duduk tepi skali plak yer. yang peliknya korang posing gune kamera aku .. Ish ish , pelik pelik ? Takper , benda kecik jer kan... biarla dia , jangan marah marah nanti tak pasal pulak aku dapat penyakit darah tinggi..



Haa dapat pun pegang trofi tu .. leh la berlagak ckit , hehehe .. thanx kepada Mohd Adib Rosley kerana sudi meminjamkan trofi tuh utk aku yer.. besh dengan mamat ni , sporting dan keje senyum jer dia yer ..

Lepas bgambar aku sambung balik tengok racing utk kategori CP 115 dan CP 130 pulak .. lepas abih dua dua kategori tuh aku gerak tgk pameran yg diadakan di belakang stadium, berhampiran Hotel Seri Malaysia .. 

tiap tiap gerai masing masing mempamerkan motosikal pelbagai jenis dan cc dari bersaiz kecil hinggalah ke superbike.. 

Memang memenatkan tapi agak puas sebab dapat tgk racing ni.. kepada sahabatku Azman trimas kerana sudi menjadi pengapit aku ptg tu.. Sekian saja.. :)

































































Monday, July 25, 2011

Menternak lemak di Mac Donald

Salam sejahtera ..

Hah , entri kali ni aku nak citer pasal makan jer tau .. lepas penat penat aku ngan sis aku shopping pg tadi , kami masuk ke Mac' Donald .. Lokasinya ialah di Star Prade , Alor star .. dekat dekat ngan bulatan Telok Wanjah tuh ! Lama rasanya tak makan Mc' D nih .. yang sis aku pulak tak abis abis nak cube benda terbaru kat situ .. benda apa ?? nih dia..

jeng.. jeng.. jeng....

Promosi ckit.. yes , GCB !

Yer , GCB .. sampai ke sudah aku tak tau GCB tuh apa .. mungkin meaning for G... Chicken Burger kot ? Huruf G tuh aku tak tau apa dia.. my sis beli 2 set GCB , plus air coke dan add on dengan Sundae aiskrim ..
wah , cukup menyelerakan !

Snap dulu sebelum makan..
 
 
Nih burger nya , lom letak sos lagi ..

Memang sedap abis , takat tuh jer aku letak gamba . Tak sempat nak snap banyak banyak sebab perut pun dah lapar sangat .. sapa yang belum rasa , cuba la yer . Memang berbaloi !
I loving it ! (^_^)





Sunday, July 24, 2011

Harimau Malaya dijinakkan Singapura

SAFIQ (empat dari kiri) dilayangkan kad merah selepas terjahan keras ke atas pemain lawan, malam tadi.



DRAMA di Kota Singa, malam tadi menceritakan betapa ranjau bertambah sukar untuk Harimau Malaya mahu memasang impian besar layak ke pusingan 3, kelayakan Piala Dunia 2014.

Kekalahan 3-5 kepada Singapura dalam perlawanan pertama, pusi­ngan kedua di Stadium Jalan Besar - segala-galanya terarah kepada kelemahan benteng yang mudah kucar-kacir - menuntut aksi lebih bertenaga apabila anak didik Datuk K Rajagobal melayan lawan bergelar Singa itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai ini.

Tambah perit, skuad negara akan kehilangan kapten pasukan, Safiq Rahim yang dilayangkan kad merah pada awal babak kedua selepas membuat terjahan kasar ke arah pemain lawan ketika dalam situasi tertekan mencari jari­ngan

Sumber : Berita Harian

* Masih ada 90 min lagi di Bukit Jalil. Apa yang diperbaiki ialah benteng pertahanan negara yang begitu rapuh. Raja sepatutnya memasukkan Abd Hadi dan Amirul Hadi utk kebelasan utama. Jangan putus asa okek!

Hah , omputih pun suka letup bom !

Hah , selama ni dunia dok nampak agama Islam saja yang melakukkan kegaganasan.. Apa yang berlaku di Oslo , Norway semalam sepatutnya membuka mata semua .. Duk tuduh Islam sangat yang suka bom bom ni last last seorang lelaki berbangsa Norway sendiri yang di katakan dalang letupan besar yang mengorbankan 92 nyawa .. Awat tak ambik !

Saturday, July 23, 2011

Alah , sebjik gol je ke ?


Korang mesti dah tengok game Malaysia vs Chelsea Fc kat Bukit Jalil semalam kan ?
So macam mana agak korang gol yang dijaringkan oleh Drogba tu patut kira masuk ke tak ?
Bagi aku la kan , bola tuh lom masuk lg ar betol betol atas garisan putih ja.

Aku pun sokong statement pengulas Zainal Abidin Rawop yang bola tuh betol betol atas garisan putih ..
Adui la linesmen , awat yang ang bagi gol ? Patot tak gol argh !

Aku puji dan tabik arr permainan skuad olimpik semalam , memang ada kelas tersendiri ..
Walaupun kalah , tak per .. Alah , sebijik gol je ke ? Tu pun kontreversi lah !

Segmen | Lulu Caldina terjah blog saya

Salam sejahtera semua..

Bertemu lagi kita ya .. Aku benarnya sekarang ni gila pulak folo entri segmen , bukan apa untuk menambah rakan rakan blogger di samping mempromote kan blog owner entri tuh .. Sama sama tolong menolong kan . kali ni aku terjah blog seorang gadis manis bernama Cik Lulu . Nak tahu segmen apa ?

Jom kita terjah !


Segmen | Lulu Caldina terjah blog saya

 Macam mana nak join :

1. Korang mesti letakkan banner blog Cik Lulu dan link kan ke entri INI

2. Tulis lah apa yg korang nak tulis , ikut suka dan yang paling penting NO LUCAH ok !

3. Tinggalkan link entri anda dalam komen enti INI

4. Ditutup pada 11.59pm Ahad .


Moh ler kita join  ramai ramai yeob !
 

 

Friday, July 22, 2011

b u b y e Sume blogger ..

Salam sejahtera semua ..

Firstly , terima kasih aku ucapkepada semua blogger yang sudi me 'folo' blog aku ni ..
Makin bertambah pengikut aku sekarang , makin meriah dan makin happening!
Hahah walaupun takla seramai pengikut Abg Ben ataupun Cik Yuyu tapi tak mengapa , bak kata
orang pelan pelan kayuh . banyak lagi yang hari aku pelajari dalam bidang blogging ni .

Tapi yang sedihnya , aku terpaksa benti daripada bidang blog ni ..

Laa Kenapa ??? Izz Ahmad ada masalah ke? 

Tak ada masalah apa apa .. Cuma nak benti kejap je sebab nak siap siap keluar ngan kawan jer ni..

nak pegi berkayak geng geng aku jer jap g .. kat tasik Darulaman, Jitra . Dah lama xberkayak , memang rindu gila !


Ish , aku bukannya aku nak benti terus la dari blogging . Sampai ati korang terpikir sampai macam tu tau ..

Jumpa lagi , trima kasih sudi baca :D

Thursday, July 21, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER



Saja singgah blog Abg Ben , tengok  ada buat segmen untuk cari blogger baru ..
Nak cube jugak lah mana tahu boleh tambah kenalan kan ..
Jom reramai join segment Abg Ben ni okek !

Macam mana nak join ? Senang jer , ikut je langkah di bawah ni

1. Mule mule kena letak banner blog abg ben seperti di atas..

2. Lepas tuh tuliskan entri bertajuk "BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER"

3. Bagi reason kenapa blog korang patot di follow ..

4. Dah sudah , lastly jangan lupa link kan enti anda di sini 


Tarikh tutup segmen 9 malam ni tau .. Cepat - cepat join !

Jom tengok udpate blog baru kat sini ok Klik jer

Wednesday, July 20, 2011

Firdaus Life : Berkawan Dalam Kumpulan

Salam sejahtera pembaca dan blogger sekalian..

Dah lama rasa xjoin segment , rasa tiba tiba gatal pulak tangan ni nak join ..
Korang nak tambah kawan-kawan tak ? 
Senang jer , jom klik banner En Firdaus nih ..





Keputusannya :


Izz berada dlm group 4 bersama sembilan lagi ahli...
Cewah , macam study group ms skolah dulu jer kan . Heee ..
Selama berkawan dan berblog okek!

‘Ambil nyawa kami dulu’


KUALA TERENGGANU: “Jika kematian adalah penyelesaian, tolonglah ambil nyawanya, tapi (sebelum itu) ambil nyawa saya dan suami dulu kerana kami juga sebahagian daripada punca masalah ini,” kata ibu Mohd Ashraf Abd Aziz, 25, yang permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin.

Wanita berusia 50 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Yah berkata, hati dia dan suami, Abd Aziz, 60, cukup terguris apabila ada pihak tergamak mendoakan kematian Mohd Ashraf seperti disebarkan melalui blog serta laman sosial di Internet.

“Ada yang menyebut lebih baik dia mati, tapi ambillah nyawa saya dan suami dulu,” katanya pada pertemuan di rumahnya di Kampung Telaga Daing dekat sini, semalam. Kelmarin, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa ketika menolak permohonan Mohd Ashraf berkata, biarpun dia sudah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009, ia tidak boleh dijadikan hujah untuk mahkamah menerima permohonannya.

Dengan nada sinis Mak Yah berkata, memang mudah melemparkan pelbagai tohmahan terhadap keluarganya, tetapi tiada siapa tahu penderitaan ditanggung mereka sekeluarga.

“Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat kami,” katanya yang mengakui dia dan suami amat tertekan dengan pandangan orang ramai yang menuduh mereka gagal menjadi ibu bapa yang baik.

“Kami sedih dengan tohmahan sesetengah pihak termasuk media apabila ada beranggapan kami membelakangkan Tuhan dengan menyokong keputusan Mohd Ashraf menukar nama dan jantina dalam kad pengenalannya.

“Hakikatnya kami sekeluarga tidak pernah menyokong tindakannya dan amat terkejut bila dia membuat pembedahan menukar jantina sehingga kami pernah tidak mengakuinya anak,” katanya.

Mak Yah mengakui dia menyedari Mohd Ashraf memiliki ciri-ciri kewanitaan sejak bayi lagi, namun terkejut apabila anaknya melakukan pembedahan jantina pada 2009 dan ketika itu dia dan suami menunaikan haji di Makkah.

“Kami berada di Makkah mengerjakan haji ketika itu dan sepanjang pengetahuan kami, dia bekerja di Putrajaya,” katanya.

enurutnya, Mohd Ashraf tidak memberitahu mereka mengenai ujian perubatan dan hormon dilakukannya di Pusat Perubatan Pantai di Kuala Lumpur dua tahun sebelum pembedahan itu.

“Disebabkan terlalu marah, kami bakar semua pakaiannya dan memberitahunya supaya jangan pulang ke rumah lagi, tetapi kami tahu dia kerap pulang, cuma bermalam di dalam keretanya tanpa masuk ke rumah,” katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas tentera berkata, dia tidak mempunyai masalah mendisiplinkan anak, tetapi buntu menghadapi masalah membabitkan Mohd Ashraf.

“Adiknya pernah memotong rambutnya (Mohd Ashraf) seperti tentera, tetapi kami tetap melihatnya seperti seorang wanita, bezanya hanya rambut dia pendek.

“Saya menyedari kami perlu menangani masalah ini dan bukannya berterusan menafikannya kerana kami masih mempunyai Mohd Ashraf yang lama,” katanya.

Menurutnya, masalah itu mungkin boleh dielak jika dia mendapatkan pandangan pakar mengapa Mohd Ashraf tidak mempunyai karakter lelaki ketika membesar.

“Suaranya tidak berubah menjadi garau ketika dia meningkat remaja dan gayanya berjalan juga seperti wanita, tetapi ketika itu saya tidak terlintas akan timbul masalah lebih besar,” katanya Abdul Aziz berkata, jika kesilapan membesarkan anak menjadi punca Mohd Ashraf mahu menjadi wanita, dua anak angkatnya yang lebih tua sepatutnya menghadapi masalah sama.

“Anak angkat lelaki dan perempuan saya tidak mempunyai masalah, begitu juga adik lelaki dan perempuan Ashraf,” katanya.

Meskipun mendengar mengenai kewujudan fatwa oleh Jakim yang membenarkan seseorang yang jantinanya diragukan menjalani pembedahan pertukaran jantina, Abdul Aziz berkata, dia tidak pasti bagaimana perkara itu boleh dilakukan kerana tiada garis panduan.

“Keputusan ujian perubatan menunjukkan dia mempunyai lebih banyak hormon perempuan berbanding lelaki. Bolehkah fakta ini menyokong permohonannya? Saya harap perkara seperti ini dijelaskan dengan terperinci dan layak diberikan pertimbangan,” katanya.

Mohd Ashraf pula berkata, dia menerima keputusan Mahkamah Tinggi dan akan mengemukakan rayuan.

“Selagi ada ruang mengikut peruntukan undang-undang, saya akan merayu. Orang mungkin berharap saya diam terus atau mati, tetapi saya hanya mahu menjalani kehidupan yang aman,” katanya.

Sumber : Harian Metro


** Sekali tgk gmbar atas,  mati-mati ingatkan perempuan ! **

Sunday, July 17, 2011

Jenguk Harry Porter di Panggung

Memang besh ! Itu lah perkataan yang terkeluar daripada mulut aku selepas menonton filem Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2 . Dah lama rasanya aku tak tengok filem HP ni kat panggung , last tgk rasa rasa yang siri no 3 Harry Potter and the Prisoner of Azkaban . tuh pun tak tau la betoi ke tak . Hee

Memang cadang dari awal lagi nak tgk filem ni , tgk dari trailer dia pon nampak gempak dan meletop. Kesimpulannya , tengok siri terakhir HP ni aku leh paham jalan crita HP dari kecik sampai la dia jd besaq . Tak payah nak tgk sekual dia dari Harry Potter and the Philosopher's Stone hinggalah ke Harry Potter and the Deathly Hallows [part 1] .


Kesudahan cerita HP jugak menarik , babak paling lawak bila HP dan gengnya sudah menjadi dewasa . Memang tak boleh tahan lah ! Hahahah...


Jadi kepada yang belum berkesempatan utk menonton HP , cepat cepat lah jenguk panggung yer .


Thumbs Up!.....

Malaysia 3 - Liverpool 6



KELALAIAN terus menjadi duri dalam daging buat Harimau Malaya yang mempamerkan aksi menarik untuk memaksa Liverpool bekerja keras sebelum kelab Liga Perdana Inggeris itu menang 6-3 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Percaturan ketua jurulatih Datuk K Rajagobal mengembalikan gandingan pertahanan Piala AFF Suzuki - Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Fadhli Shas dan Asrarudin Putra Omar - ternyata berkesan memastikan gawang negara tidak dibolosi sepanjang 25 minit pertama sebelum pengadil, Nagor Amir Noor Mohamed memberikan sepakan penalti kontroversi yang disempurnakan Charlie Adam.


KELALAIAN terus menjadi duri dalam daging buat Harimau Malaya yang mempamerkan aksi menarik untuk memaksa Liverpool bekerja keras sebelum kelab Liga Perdana Inggeris itu menang 6-3 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Percaturan ketua jurulatih Datuk K Rajagobal mengembalikan gandingan pertahanan Piala AFF Suzuki - Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Fadhli Shas dan Asrarudin Putra Omar - ternyata berkesan memastikan gawang negara tidak dibolosi sepanjang 25 minit pertama sebelum pengadil, Nagor Amir Noor Mohamed memberikan sepakan penalti kontroversi yang disempurnakan Charlie Adam.

“Saya akui keputusan begini sering terjadi dan sedikit meruntuhkan semangat pemain, tetapi kita perlu kembali fokus dan itu yang ditunjukkan pemain,” kata Rajagobal pada sidang akhbar sejurus perlawanan.

“Selepas dua perlawanan ini, saya mendapat gambaran lebih jelas untuk menurunkan kombinasi terbaik bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Singapura nanti.”

Skuad kebangsaan yang seketika kecewa dengan jaringan The Reds, bingkas mencari gol penyamaan dan kelebihan Liverpool itu terpadam apabila kapten Safiq Rahim bijak melencong bola dari titik sepakan percuma untuk gol penyamaan tiga minit sebelum rehat.

Pada babak kedua, Rajagobal melakukan beberapa pertukaran untuk menguji pemain tetapi sekadar menyaksikan permainan cantik babak pertama dicemari dua gol David Ngog (m-67, 70) dan satu dari Maxi Rodriguez (m-75) yang mudah menewaskan penjaga gol gantian, Khairul Fahmi Che Mat.


PENJAGA gol Liverpool, Martin Hansen hanya melihat bola rembatan Safee Sali (kiri) untuk gol ketiga Malaysia.

 Namun kemasukan Safee Sali menyaksikan penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki itu menggembirakan penyokong tempatan apabila meledak gol kedua pada minit ke-79 apabila menyambar bola muntah hantaran lintang Amirulhadi Zainal yang gagal ditangkap kemas penjaga gol gantian, Martin Hansen.

Safee yang terlepas aksi ketika kekalahan 0-4 kepada Arsenal, sekali lagi menggegar hasil lorongan cantik Rizal Fahmi untuk menjadikan kedudukan 3-4 tetapi kelalaian benteng negara, membolehkan Rodriguez meledak gol kelima dan Dirk Kuyt melengkapkan kemenangan Liverpool.

Pembantu jurulatih Liverpool, Steve Clarke memuji persembahan pemain kebangsaan terutama Safiq dan Safee.



“Malaysia memaksa kami bekerja keras hari ini (semalam) dan jika corak permainan begitu dikekalkan, saya pasti peluang Malaysia pada kelayakan Piala Dunia nanti cerah. Bagi Liverpool pula, siri jelajah kali ini memberi kami gambaran untuk memperbaiki beberapa kelemahan sebelum musim Liga Perdana Inggeris bermula.”


 
Sumber : Berita Harian, 17/7/2011









Nisfu Syaaban

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yangg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makhruf dan nafi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Thursday, July 14, 2011

Wenger puji Malaysia

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger tetap memuji permainan skuad kebangsaan biarpun anak buahnya bermain secara bersahaja ketika mencatat kemenangan 4-0 pada perlawanan persahabatan siri Jelajah Asia kelab gergasi Inggeris itu semalam.
Menurut pengendali dari Perancis itu, skuad Harimau Malaya mempunyai kepantasan namun kurang sengat di bahagian serangan.

“Mereka mengatur permainan dengan pantas, bermotivasi serta tersusun di bahagian pertahanan tapi serangan kurang menjadi,” katanya.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi dengan disaksikan lebih 50,000 penyokong, The Gunners membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pemain tengah Aaron Ramsey pada minit ke-5.

Arsenal yang menamatkan musim lalu di tangga keempat liga menambah jaringan pada minit ke-38 hasil percubaan bintang England, Theo Walcott yang memperdayakan penjaga gol Malaysia Mohd Nasril Mat Nourdin.

Dominasi Arsenal berterusan di babak kedua selepas kemasukan pemain perancang, Samir Nasri dan penyerang Robin Van Persie.

Sumber : Harian Metro

Harimau Muda tewas ditembak Meriam

TANGKAS...Norshahrul mengasak pemain Arsenal, Ryo Miyaichi, semalam.     


Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu yang disaksikan lebih 50,000 penonton, kesilapan tonggak pertahanan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak menjatuhkan Jack Wilshere membawa padah apabila pengadil, Mohd Yussof Mat Karim menghadiahkan sepakan penalti kepada Arsenal.

Bintang Wales, Aaron Ramsey tidak berdepan masalah menyempurnakan sepakan itu menewaskan penjaga gol berpengalaman Mohd Nasril Mat Nourdin di minit kelima.

“Saya mahu pemain bermain dengan agresif pada babak pertama untuk memberi tekanan kepada pihak lawan, tapi gol awal Arsenal membunuh permainan ini.

“Kita kena terima realiti mereka pasukan hebat, saya harap pemain dapat mempelajari sesuatu,” kata Rajagobal.

Walaupun cuba mengancam menerusi larian deras di sebelah kiri S Kunanlan namun satu-satunya percubaan bahaya yang dihasilkan Malaysia menerusi sepakan percuma kapten Mohd Safiq Rahim di minit ke-38 berjaya ditepis keluar penjaga gol Wojcieh Szczesny.

Biarpun tanpa bintang Samir Nasri dan Robin Van Persie yang hanya masuk pada babak kedua, The Gunners berjaya menggandakan jaringan menerusi pemain sayap England, Theo Walcott dengan melambungkan bola memerangkap Nasril.

Arsenal terus selesa pada babak kedua apabila percubaan pemain gantian Carlos Vela gagal diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat yang masuk menggantikan Nasril pada minit ke-58 dan Tomas Rosicky minit ke-90.

Selepas Malaysia, anak buah Wenger akan berlepas ke China bagi meneruskan Jelajah Asia menentang Hangzhou Greentown, Sabtu ini.

Pada kunjungan pertama Arsenal ke negara ini pada 13 Mei 1975 mereka tumpas 2-0 kepada skuad Malaysia bimbingan Datuk M Chandran menerusi jaringan legenda Datuk Mokhtar Dahari.

Dua hari selepas itu giliran Isa Bakar pula mencipta nama dengan menyumbat gol untuk skuad Harimau Malaya mencatat keputusan seri 1-1 pada perlawanan kedua.

Bagaimanapun zaman berubah, skuad The Gunners ternyata lebih hebat apabila menumpaskan Malaysia 2-0 pada 1999.

Wednesday, July 13, 2011

Gempar ! Izz Ahmad masuk spital

Salam sejahtera kepada pembaca dan blogger sekalian ..



Kenapa , Izz Ahmad sakitkah ? jangan risau dan bimbang .. aku sihat jew, xda sakit ape - ape pon ok jew nih ..


Aku dapat pangilan dari Hospital Gleneagles KL ptg tadi dan dorang suruh datang hari Jumaat nih untuk buat medical checkup ..


Haa , kan dah cakap xda apa.. pastu kan dorang cakap , lepas tgk result medical checkup tuh baru lah dorang nak pangil aku masuk keja .. Dorg cakap dalam seminggu cmtu jgak la.


Adui , harap - harap xda masalah la dengan medical checkup tuh . lama tuh terpaksa la bermalam dulu kat rumah sedara kt Rawang atau sekitar KL nanti...


Harapnya segala impian dan cita -citaku untuk menjadi malenurse selama ni semakin menjadi kenyataan. Insya - allah.. Kepada-Mu jua aku bermohon doa.

Sekian ..

Tuesday, July 12, 2011

3000

Salam sejahtera kepada pembaca dan blogger sekalian..

Hah , apa yg 3000 tuh ? duit ker, ke apa ? Haa .. sebenarnya blog aku telah mencapai 3000 kali direview oleh pembaca - pembaca.

Wah , semakin meningkat ! Ini bermakna aku sudah berada ke hadapan sikit dari kebiasaanya .. Aku akan usaha dengan lebih gigih lagi utk menaikkan angka tersebut . Ianya bukan  hanya sekadar angka . tapi yg paling penting ialah cara penyampai sesuatu idea agar diterima ole pembaca ..

Jumpa lagi !

Gadis pengsan setelah rakam gambar sedang mandi dengan tangan ‘lembaga’

PERCAYA ATAU TIDAK: Kelihatan tangan makhluk (anak panah) yang dipercayai ‘hantu’ cuba mencekik mangsa melalui gambar yang dirakam.


SIBU: Penduduk di kawasan rumah panjang di Sungai Nibong, berdekatan  Jambatan Sungai Nibong dekat sini gempar apabila mendapati seorang gadis remaja pengsan setelah mandi-manda di sungai terbabit, petang kelmarin.

Menurut sumber, mangsa yang berumur lingkungan belasan tahun dari rumah panjang berdekatan dikatakan merakam gambar sewaktu mandi manda sehingga muncul satu imej yang me-nyerupai tangan satu lembaga seolah-olah hendak mencekik leher mangsa.

“Setelah mengambil gambar, mangsa terus naik ke tebing dan pengsan sehingga menyebabkan rakan-rakannya yang lain terkejut dan cuba membantunya.

“Melihat mangsa gagal memberi sebarang tindak balas, salah seorang rakannya kemudian berlari ke rumah panjang berdekatan untuk meminta pertolongan,” ujarnya yang enggan dikenali kepada Utusan Borneo, semalam.

Penduduk rumah panjang yang dimaklumkan jelasnya, kemudian bergegas ke tempat kejadian dan cuba memberikan pertolongan kepadanya termasuk menggunakan jampi tertentu.

Menurutnya, sedang beberapa orang penduduk rumah panjang sibuk memberi pertolongan kepadanya, salah seorang rakannya sempat mengimbas gambar yang diambil dengan menggunakan telefon bimbit dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat objek yang menyerupai tangan ‘hantu’ cuba mencekik mangsa kelihatan dalam gambar itu.

“Salah satu tangan ‘benda’ itu terletak berdekatan dengan dagu remaja itu sementara tangan satu lagi sudah berada di tengkuk kirinya dan dilihat seolah-oleh bersedia untuk mencekik mangsa yang sedang berada di dalam sungai tersebut untuk memberikan posenya kepada rakan yang sedang mengambil gambarnya,” ujar sumber itu.

Jelas sumber itu, mangsa kemudian dibawa ke rumah panjangnya dan difahamkan sudah sedar dan keadaannya tidak membimbangkan.

Bagaimanapun katanya, satu upaca-ra ‘ngampun’ mengikut adat lama ma-syarakat Iban akan dijalankan hari ini (semalam) di sungai tersebut bagi me-minta maaf kepada makhluk halus itu.

Bagi mengikuti perkembangan upacara terbabit semalam, Utusan Borneo tidak dibenarkan membuat liputan sama ada mengambil sebarang gambar di kawasan terbabit atas sebab-sebab tertentu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Gambar ini yang dikirimkan melalui MMS kepada telefon bimbit pemberita Utusan Borneo menimbulkan keanehan apabila tangan makhluk terbabit sungguh ketara dilihat jika ia diperhatikan betul-betul.
Percaya atau  tidak, ia terpulang kepada individu itu sendiri tetapi gambar ini menimbulkan misteri dan ia benar-benar berlaku di kawasan tersebut.

Sungai Nibong yang terletak kira-kira 30 meter dari pusat bandar ini dan terletak di Jalan Nibong-Tada.
Kejadian itu berlaku tidak jauh dari jambatan Sungai Nibong yang terletak di jalan terbabit.

Utusan Borneo turut diberitahu bahawa jalan raya di situ, sama ada sebelum dan selepas Jambatan Sungai Nibong itu merupakan satu tempat yang ‘sangat keras’.

Menurut penduduk di situ, jalan terbabit sudah banyak mengorbankan nyawa manusia yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya.

Kata mereka, setiap kemalangan yang berlaku di situ pasti akan meragut nyawa dan jarang yang selamat apabila ditimpa kemalangan di jalan terbabit.

Ada antara mereka menyatakan bahawa banyak pengguna jalan raya yang melalui jambatan terbabit kerap diganggu oleh makhluk halus terutama pada waktu malam.

Pecah rekod peribadi hingga ke Jerman !

Salam sejahtera kepada pembaca dan blogger sekalian..

Wah , firstly trima kasih diucapkan kepada semua yg setia dan sudi baca entry ini.. dan disebabkan korang lah aku masih di sini , bertungkus lumus memecah otak ni mencari idea utk menulis entri ..

Wah, mcm tak percaya jerk! tak sangka ada yang sudi menziarah blog aku yang tak begitu seberapa ni . kelmarin saja hampir 159 kali telah menziarah blog Izz. satu angka besar bagi blogger yang xfamous macam aku ni. (sedar pun..) selama ni boleh bilang je berapa orang jew yg view .. memang cukup memalukan !




Entri  ' Izz Ahmad keluar surat khabar MINGGUAN MALAYSIA ! ' telah berjaya memecahkan rekod entri paling banyak penah aku post. dalam dua hari saja sudah 83 kali dilawati . tak pernah aku dapat angka setinggi itu sepanjang berblog ..


dan entri ' Hang Tuah pun suka makan Kit Kat ' pula hingga sekarang telah dilawati sebanyak 65 kali. harapnya angka tersebut akan bertambah dan terus bertambah untuk hari ini juga berikutnya ..


daripada segi jumlah keseluruhan pengunjung , sebanyak 96 peratus telah dilawati di negara ini dan selebihnya 4 peratus telah dilawati di negara Jerman .. Wah, ada jgak orang sana yg membaca entri aku !! tapi belum dikenalpasti sama ada orang yang membaca itu adalah Melayu atau bukan. Melayu la kot kalau x mcm mana dia paham nak baca ? 





Apa - apapun, terima kasih kpd mereka yg sudi menyinggah dan membaca .. teruskan sokongan korang utk menyokong industri blog tempatan okek ! (^_^)

Monday, July 11, 2011

Hang Tuah pun suka makan Kit Kat



Mesti korang semua selalu tengok kan iklan ni di kaca tv. Apa pandangan korang terhadap iklan ni?

A) Lawak
B) Tak lawak langsung!



Tapi tahukah anda semua, maksud tersirat dalam iklan ni ialah memperbodokan bangsa Melayu kita. Cuba bayangkan yang Hang Tuah seorang yang berani, gagah pun boleh akhirnya tewas setelah diberi coklat Kit Kat, lucu tak? Ini pandangan dari IA sendiri, tapi tak tahu pandangan  anda semua pula macam mana. Sekadar berkongsi.. 




Nak terguling-guling gelak part Hang Tuah lompat pastu terhantu kat logo Kit Kat. Hahahah.....

Freekick Aidil Zafuan Kelayakan Piala Dunia



Memang cantik  gol sepakan bebas dari Aidil Zafuan ketika Malaysia menentang Taiwan  dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia di Taipei baru-baru ini. Kesudahannya selepas tamat perlawanan Malaysia tewas 3 gol berbalas 2 tetapi layak dengan agregat 4 - 4 berdasarkan jaringan gol di tempat lawan.

Sepanjang kelibat Malaysia dalan kancah antarabangsa, IA boleh katakan gol sepakan Aidil Zafuan ini adalah yang tercantik dan setanding dengan pemain bola sepak luar negara seperti Frank Lampard, Gerrard, C. Ronaldo, Ronaldinho, Roberto Carlos, dan juga David Beckham.

Syabas  Malaysia.. Tumpaskan Singapura untuk layak ke peringkat seterusnya okek!

Malaysia tanah tumpah darahku!


Aidil Zafuan

Sunday, July 10, 2011

Izz Ahmad keluar akhbar MINGGUAN MALAYSIA !

First of all, IA mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi membaca entri ini. Kepada yang telah membeli atau meminjam surat khabar MINGGUAN MALAYSIA pada hari ini pastinya anda bertuah kerana dapat melihat wajah IA terpampar dalam segment KESIHATAN. Bukan senang gambar nak masuk surat khabar bukan? Kepada yang belum lagi berkesempatan jangan risau, IA akan paparkan kepada pembaca semua.

.




.



.




.



.


Dalam bulatan


Haa, jumpa tak? Alah... yang dalam bulatan tuh

Sebenarnya IA tiada pun dalam gambar di atas cuma IA nak tunjukkan dua orang dalam bulatan tu. Mereka yang dimaksudkan ialah Nik Muhamad Nazif dan Muhd Faris, bekas pelajar Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu jurusan kejururawatan. Tahniah kerana anda telah terpampar di surat khabar. Kepada yang membaca entri ini, anda sudah pon terkena! Jangan marah yer. Hahaha


Untuk baca penuh KLIK SINI

Saturday, July 9, 2011

7 Sifat Seorang Blogger Yang Berjaya

 


7 Sifat Seorang Blogger Yang Berjaya

1. Bersedia Untuk Belajar Benda Baru
Seorang blogger berjaya, tak akan hadapi masalah malah sentiasa mengalu-alukan sebarang idea dan cadangan baru, menerusi komen2 di blognya, dia tidak mudah melenting dan terasa hati, tetapi bersedia untuk menerima pandangan yang ada. Ini membuatkan blognya semakin mantap sehari ke sehari.

2. Blogger Berjaya Sukakan Buku
Bukan suka macam klik LIKE2 tu .. tapi sentiasa menambah ilmunya dengan pembacaan. Dia membuka luas mindanya terhadap sesuatu perkara dari pembacaannya. Dan dari situ, ia menjadikan entrinya sebagai tempat untuk melampiaskan apa saja pandangannya yang mungkin berbeza perspektif dari yang lain.

3. Sentiasa Bantu Dan Menaikkan Nama Blogger Lain
Ramai blogger yang secara tetiba naik, dan nama mereka dikenali ramai. Ini adalah kerana sifatnya yang sentiasa menghargai blogger lain menjadikan dia dikenali sebagai rakan blogger. Posting seperti; "5 Blog Pilihan Saya ...." atau "Blog Pilihan Malam Ini ..." merupakan contoh-contoh posting seorang blogger yang berjaya.

4. Aspirasi Blogger Berjaya Adalah Kehidupannya
Seorang blogger berjaya akan mengaitkan apa sahaja yang berlaku di sekeliling, dengan apa yang difikirkan lalu menterjemahkan dalam entrinya. Blogger berjaya memerhati keadaan sekeliling dengan sangat teliti. Sebagai contoh; bercerita tentang keadaan sesak dalam komuter atau LRT, dengan mengaitkan dengan sikap yang seharusnya patut ada.

5. Blogger Berjaya Bersedia Mengaku Akan Kesalahannya
Seorang blogger berjaya mesti sedia untuk mengaku kesalahan jika ada. Lebih-lebih lagi jika anda seorang blogger yang selalu dok beri nasihat, petua dan tips yang pada dasarnya blogger tu sendiri tak buat benda tu. Apabila pembaca tetiba dapat menghidu apa yang anda buat dan tidak buat, maka ... janganlah berdolak-dalik. Ngaku saja. Itu perlakuan jujur dan menjadikan anda seorang blogger hebat.

6. Blogger Berjaya Akan Cuba Membuat Perhubungan Positif
Ada kata perjumpaan antara blogger yang dibuat oleh blogger tak lebih dari mencari populariti. Tetapi sebenarnya, ia adalah satu bentuk interaksi antara sesama blogger yang menyatakan mereka sebenarnya bukan blogger bertopeng yang nak tutup muka. Mereka pelaku yang jujur di sebalik kata-kata di dalam blog. Mereka sentiasa berkomunikasi dalam apa jua medium yang boleh.

7. Blogger Berjaya Adalah Yang Merendah Diri
Hmm .. mereka ini seperti yang saya katakan tadi, tidak kejar glamour, mereka bukan nak popular, tetapi mereka merupakan blogger yang memang suka dan seronok berblogging. Mereka suka highlight blogger lain, dan tak pernah meletakkan diri mereka sebagai yang terbaik.



Sumber : Bangku Kosong

Friday, July 8, 2011

Buffered Earnings dari scandle Cik Churp dan Daddy Nuffnang

Izz sebenarnya xberapa faham pasal BE ni. Dah lama benar tak melawat nuffnang dan churpchurp.
Hari ni saja takde kerja godek la web nuffnang dan churpchurp. Tengok-tengok dapat la earnings. Macam mana nak guna pun xtau. Haishhh.....




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...