Showing posts with label Arena. Show all posts
Showing posts with label Arena. Show all posts
Friday, July 29, 2011
Jumpa lagi Piala Dunia
First of all , rasa sedih sangat apabila pasukan bola sepak Malaysia tersingkir dari kelayakan Piala Dunia selepas hanya sekadar mampu dengan Singapura 1-1 malam tadi .. Singapura layak ke pusingan seterusnya melalui agregat 6 - 4.
Malaysia gagal mempamerkan aksi yang maksimum biarpun diberi sorakan hampir 90,000 orang penyokong sendiri di Stadium Bukit Jalil malam tadi ..
Ketiadaan Safiq Rahim di bahagian tengah jelas memberi kesan kepada keseluruhan pasukan negara .. Serangan yang dilakukan tidak terancang di samping benteng yang masih rapuh memberikan peluang Shi Jiayi untuk menjaringkan gol buat Singapura .
Aku tak faham kenapa K. Rajagopal memasukkan Ismail Farouqi dalam kebelasan utama sedangkan pada aksi pertama pun pemain tuh gagal mempamerkan persembahan yang memberasangkan dan perlawanan semalam pun sama . Kenapa tidak masukkan Badrol Bakhiar ?
Perlawanan semalam bukan utk mencuba pemain baru , seharusnya Raja lebih bijak membuat percaturan permain di atas padang .. Kemasukan Gurusamy juga tidak dapat membantu , jelas sekali beliau masih lagi gugup bermain untuk di peringkat antarabangsa ..
Pasukan Singapura pula banyak mempamerkan aksi berlakon mereka .. Sikit sikit ja jatuh , dan buat buat injured .. padahal tak teruk mana pun kena .. Biasalah taktir kotor dorang nak melengahkan dan menghabiskan masa .. Ni bukannya WWE nak berlakon macam tu , ini bola sepak ! Bosan kami dihidangkan dengan lakonan yang melebih melebih oleh permain Singapura tuh ..
Banyak lagi yang perlu diperbaiki jurulatih K. Rajagopal . Memang lah , adat perlawanan ada menang dan kalah , apapun kita jangan mengalah .. Harapnya setiap permain dan peminat dapat menerima kegagalan ini sebagai satu yang postif . Kita cuba lagi , Malaysia tanah tumpah darahku !
Thursday, July 28, 2011
Perlu cari gol awal
KUNCI untuk menyingkirkan Singapura pada perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 adalah dengan meledak gol awal pada aksi timbal balik di Stadium Nasional malam ini.
Pandangan itu disuarakan bekas pemain kebangsaan, Hassan Sani yang melihat jaringan awal bakal membakar semangat barisan Harimau Malaya selain mematahkan semangat melawan Singapura yang mencatatkan kemenangan 5-3 pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu.
“Tiada apa yang mustahil malam ini. Dua gol yang diperlukan mampu dihasilkan terutamanya apabila memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri seperti kehadiran jumlah penonton ramai serta perbezaan padang. Pemain perlu lupakan segera kekecewaan di Singapura dan memberikan tumpuan sepenuhnya bagi baki 90 minit malam ini.
“Apa yang penting pemain tidak boleh melakukan kesilapan mudah sehingga memberi kesan kepada pasukan seperti memberikan sepakan percuma, penalti dan gol awal,” katanya yang kini berusia 53 tahun ketika dihubungi di Sabah, semalam.
Menurutnya, benteng pertahanan perlu mempunyai seorang pemimpin yang dapat membimbing mereka terutamanya apabila berdepan dengan saat-saat genting.
“Umur pemain tidak penting namun seseorang perlu mempunyai kredibiliti bertindak sebagai ketua di benteng pertahanan. Ketika dulu kami mempunyai Datuk Soh Chin Aun yang membimbing kami ketika beraksi. Jika ada pemain seperti itu, ia pasti membantu benteng negara lebih tersusun,” katanya.
Namun bekas pemain berusia 53 tahun itu percaya barisan pertahanan muda negara sudah mempelajari sesuatu daripada perlawanan Sabtu lalu dan kehadiran semula pemain pertahanan berpengalaman seperti, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak bakal menguatkan semula barisan pertahanan negara.
Sumber : Harian Metro
Pandangan itu disuarakan bekas pemain kebangsaan, Hassan Sani yang melihat jaringan awal bakal membakar semangat barisan Harimau Malaya selain mematahkan semangat melawan Singapura yang mencatatkan kemenangan 5-3 pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu.
“Tiada apa yang mustahil malam ini. Dua gol yang diperlukan mampu dihasilkan terutamanya apabila memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri seperti kehadiran jumlah penonton ramai serta perbezaan padang. Pemain perlu lupakan segera kekecewaan di Singapura dan memberikan tumpuan sepenuhnya bagi baki 90 minit malam ini.
“Apa yang penting pemain tidak boleh melakukan kesilapan mudah sehingga memberi kesan kepada pasukan seperti memberikan sepakan percuma, penalti dan gol awal,” katanya yang kini berusia 53 tahun ketika dihubungi di Sabah, semalam.
Menurutnya, benteng pertahanan perlu mempunyai seorang pemimpin yang dapat membimbing mereka terutamanya apabila berdepan dengan saat-saat genting.
“Umur pemain tidak penting namun seseorang perlu mempunyai kredibiliti bertindak sebagai ketua di benteng pertahanan. Ketika dulu kami mempunyai Datuk Soh Chin Aun yang membimbing kami ketika beraksi. Jika ada pemain seperti itu, ia pasti membantu benteng negara lebih tersusun,” katanya.
Namun bekas pemain berusia 53 tahun itu percaya barisan pertahanan muda negara sudah mempelajari sesuatu daripada perlawanan Sabtu lalu dan kehadiran semula pemain pertahanan berpengalaman seperti, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak bakal menguatkan semula barisan pertahanan negara.
Sumber : Harian Metro
Safee, Aidil sanggup pikul tugas kapten
Tatkala pengendali skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal masih berteka-teki siapakah bakal memakai lilitan lengan kapten pada perlawanan getir menentang Singapura hari ini, dua calonnya, Mohd. Safee Sali dan Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak menyatakan kesediaan untuk menggalas tugas berat itu.
Salah seorang mereka yang disenarai pendek Rajagobal mengisi kekosongan besar yang ditinggalkan ketua pasukan, Safiq Rahim selepas dia dilayangkan kad merah pada perlawanan pertama di Singapura tempoh hari.
Rajagobal bagaimanapun masih mahu merahsiakan sehinggalah pada sesi taklimat pagi ini.
Penyerang berbisa, Mohd. Safee berkata, dia sudah bersedia memimpin skuad sekiranya diberi mandat oleh jurulatih dan baginya, ia bukan satu pengalaman baru.
"Ia bukan satu beban kerana saya pernah menjadi kapten skuad Bawah-23 beberapa tahun lalu. Jika saya dipilih, saya akan buat yang terbaik dan cuba membimbing rakan-rakan sepasukan dengan pengalaman yang ada," katanya yang merupakan pemain paling senior dalam skuad itu.
Sementara itu, Aidil Zafuan bersedia menerima apa jua keputusan Rajagobal hari ini tetapi baginya, soal siapa menjadi kapten tidaklah begitu penting.
"Tugas kapten memang tanggungjawab berat tetapi jika saya dipilih akan saya cuba pikulnya sebaik mungkin. Apa yang lebih penting ialah kami dengan berbekalkan semangat berpasukan tinggi mencapai kejayaan esok (hari ini)," ujarnya.
Sumber : UTUSAN
Cari kemenangan tanpa bolos
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yakin keputusan akan berpihak kepada Harimau Malaya tetapi dengan syarat benteng pertahanan perlu memastikan tiada sebarang kelalaian dan kelekaan seperti yang berlaku pada perlawanan pertama di Singapura, Sabtu lalu.
Beliau berkata, anak-anak buah Datuk K. Rajagobal juga perlu mempamerkan mutu permainan tinggi - memberi tekanan kepada musuh dengan menyerang, mengawal permainan serta cuba memanfaatkan setiap peluang yang dicipta, maka kemenangan 2-0 yang diburu hari ini adalah tidak mustahil.
“Saya harap perlawanan esok akan menjadi perlawanan memihak kepada kita, saya dapat rasa semangat daripada pemain-pemain dan jurulatih... mereka hendakkan kemenangan.
“Selagi dapat kurangkan kesilapan mudah, ditambah dengan kehadiran ramai peminat membanjiri stadium esok (hari ini), saya yakin kemenangan akhirnya akan memihak kita. Mari kita berdoa dan mengharapkan esok adalah malam keramat,” ujar Tengku Abdullah selepas hadir menyaksikan sesi latihan terakhir pasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Dalam pada itu, Tengku Abdullah menyifatkan ketiadaan Safiq Rahim selaku perancang utama skuad Harimau Malaya sebagai kekosongan besar tetapi hakikat itu harus diterima dan beliau percaya terhadap kemampuan pemain gantian yang bakal mengisi posisi itu.
“Kita kehilangan Safiq, memang satu kehilangan besar, tapi kita kena terima hakikat dia tak boleh main. Kita perlukan pemain gantian yang setanding Safiq, tunjukkan aksi mantap,” katanya.
Sumber : UTUSAN
Beliau berkata, anak-anak buah Datuk K. Rajagobal juga perlu mempamerkan mutu permainan tinggi - memberi tekanan kepada musuh dengan menyerang, mengawal permainan serta cuba memanfaatkan setiap peluang yang dicipta, maka kemenangan 2-0 yang diburu hari ini adalah tidak mustahil.
“Saya harap perlawanan esok akan menjadi perlawanan memihak kepada kita, saya dapat rasa semangat daripada pemain-pemain dan jurulatih... mereka hendakkan kemenangan.
“Selagi dapat kurangkan kesilapan mudah, ditambah dengan kehadiran ramai peminat membanjiri stadium esok (hari ini), saya yakin kemenangan akhirnya akan memihak kita. Mari kita berdoa dan mengharapkan esok adalah malam keramat,” ujar Tengku Abdullah selepas hadir menyaksikan sesi latihan terakhir pasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Dalam pada itu, Tengku Abdullah menyifatkan ketiadaan Safiq Rahim selaku perancang utama skuad Harimau Malaya sebagai kekosongan besar tetapi hakikat itu harus diterima dan beliau percaya terhadap kemampuan pemain gantian yang bakal mengisi posisi itu.
“Kita kehilangan Safiq, memang satu kehilangan besar, tapi kita kena terima hakikat dia tak boleh main. Kita perlukan pemain gantian yang setanding Safiq, tunjukkan aksi mantap,” katanya.
Sumber : UTUSAN
Berjuanglah habis-habisan !
PETALING JAYA - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apa jua tanggapan sekalipun hakikatnya Harimau Malaya perlu menang sekurang-kurang 2-0 ke atas Singapura untuk mengikat kedudukan agregat 5-5 - sekali gus peraturan gol di tempat lawan memihak kita.
Jika semangat lawan Harimau itu diambil kira, tidak mustahil Singapura akan menjadi mangsa kesebelasan anak-anak buah K. Rajagobal.
Keputusan 2-0 mungkin sudah mencukupi buat kita untuk layak ke babak seterusnya, namun ia tetap bergantung sejauh mana benteng negara mampu memperbaiki kelemahan secara total.
Menang perlawanan hari ini, bermakna Malaysia menempa sejarah bola sepak negara untuk pertama kali beraksi dalam saingan kumpulan.
Kehilangan kapten pasukan bukan bermakna penamat buat Malaysia tetapi permainan berpasukan bakal menentukan persembahan.
Apa yang menarik, harapan menjulang rakyat Malaysia untuk melihat kemenangan berbuah tidak sedikit pun tidak menghadirkan tekanan kepada Rajagobal yang tahu para pemainnya sudah matang menangani apa jua situasi.
''Saya tidak fikirkan satu tekanan buat para pemain kerana mereka pernah berhadapan pengalaman yang sama sebelum ini di Stadium Nasional.
''Beraksi di hadapan 100,000 penyokong semasa bertemu Indonesia, mereka semua tahu bagaimana untuk bermain mengikut apa yang diarahkan dan masih mampu kekal fokus.
''Bagi saya kehadiran lebih ramai penonton, lebih baik kerana ia mampu membuatkan sesuatu perlawanan lebih menarik dan memberikan keghairahan buat para pemain," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan Malaysia dan Singapura di Wisma FAM, semalam.
Beliau turut ditemani rakan sejawatannya dari Singapura, Radojko (Raddy) Avramovic dan penyerang Singapura, Fazrul Nawaz dalam sidang media yang dipengerusikan Penolong Setiausaha FAM, Kelly Shatiraj.
Jelas pengendali berusia 56 tahun itu, apa jua perancangan permainan pada malam ini, fokus mereka hanya satu iaitu mahu mencapai kemenangan.
''Perlawanan ini sudah tentu sukar dan kami akan bermain habis-habisan dan penuh bertenaga. Apa jua keadaan, kami hanya mahu mendapatkan kemenangan ke atas Singapura.
''Itu sahaja yang saya tuntut daripada pemain dan saya tidak sangsi mereka mampu melaksanakan misi berkenaan," ujarnya.
Jelasnya, tidak timbul soal moral pemain berada di tahap yang merudum, sebaliknya kekalahan 3-5 tempoh hari mahu ditebus kembali demi maruah negara.
''Para pemain sudah semakin tidak sabar dan telah bersedia sepenuhnya menghadapi Singapura pada malam esok (hari ini).
''Moral mereka masih berada di tahap terbaik dan keyakinan mereka sama sekali tidak berasa jatuh walaupun sedar tanggungjawab yang berat akan digalas, saya lihat semangat mereka itu dalam latihan," katanya.
Sumber : UTUSAN
Tuesday, July 26, 2011
Zoom Petronas Malaysian Cup Prix 2011, Peringkat ke - 6 Alor Star
Salam sejahtera semua ..
Pada sabtu (23/7/2011) lepas aku berkesempatan tgk perlumbaan AAM Cup Prix di Stadium Darulaman, Kedah .. ramai gak yang datang tgk , dari umur muda hingga lah dewasa .. walaupun pukul dah 2.20pm , aku tgk semua penonton tak berganjak dari tempat duduk walaupun matahari betul betul terpacak atas kepala .. memang panas terik gila hari tuh ! tapi semua tetap setia menunggu perlumbaan pertama dilangsungkan utk kategori WIRA ..
3 minit lagi utk perlumbaan pertama bagi kategori WIRA dilangsungkan .. para pelumba masing masing memanaskan enjin .. masa ni memang bingit abis telinga dek bunyi yang dikeluarkan oleh motorsikal para pelumba.. lepas tu , perlumba dilepaskan utk warm up lap satu pusingan.
Dah abis satu pusingan warm up , kali ni para pelumba bersedia utk dilepaskan .. Menunggu lampu merah bertukar ke warna hijau . Gooooo !!
Fuh , siap terangkat up willi tayar depan tuh .. Tapi tak lama la , ni bukannya nak lawan sapa willi paling lama .. dorang ni racer secara halal , ada lesen , ada peraturan jadi kena ikot lew .. siap lap rapat sampai lutut kena tar jalan .. baik baik lap yer bang , jangan sampai jatuh plak k ..
Dan pemenangnya dari pasukan Motul Yamaha YY Pang , tahniah yer..
Lepas abis perlumbaan kelas WIRA , aku ngan Man jalan jalan area stadium tuh .. masing masing kering tekak dan dahaga dek panas terik .. jadi kami bercadang beli la air kelapa di gerai yang ada di situ .. dah sudah minum kami berjalan semula ke arah tempat duduk tempat garisan permulaan/penamat ..
masa bejalan tuh nampak sorang mamat racer yang masing masih lengkap lagi dgn suit lumba dan sedang memegang trofi .. tertulis kat situ 1st , dalam kepala duk agak mungkin dia juara kategori WIRA tadi la kot .. aku terus cakap kat Man cuba minta ambik gamba dgn dia tuh .. pastu datang pulak la sekumpulan mat salleh ni mat potong stim dulu ..
Sorang mat salleh ni menegurku , 'Do you take pic?'
Aku jwb ringkas, ' Yes '
Aku pun jalan la ke arah dan duduk sebelah mamat racer tuh .. kemudian mat salleh tuh cakap ' You stand over there'
Alahai , dah la kau bolot trofi tuh pastu suruh aku duduk tepi skali plak yer. yang peliknya korang posing gune kamera aku .. Ish ish , pelik pelik ? Takper , benda kecik jer kan... biarla dia , jangan marah marah nanti tak pasal pulak aku dapat penyakit darah tinggi..
Haa dapat pun pegang trofi tu .. leh la berlagak ckit , hehehe .. thanx kepada Mohd Adib Rosley kerana sudi meminjamkan trofi tuh utk aku yer.. besh dengan mamat ni , sporting dan keje senyum jer dia yer ..
Lepas bgambar aku sambung balik tengok racing utk kategori CP 115 dan CP 130 pulak .. lepas abih dua dua kategori tuh aku gerak tgk pameran yg diadakan di belakang stadium, berhampiran Hotel Seri Malaysia ..
tiap tiap gerai masing masing mempamerkan motosikal pelbagai jenis dan cc dari bersaiz kecil hinggalah ke superbike..
Memang memenatkan tapi agak puas sebab dapat tgk racing ni.. kepada sahabatku Azman trimas kerana sudi menjadi pengapit aku ptg tu.. Sekian saja.. :)
Sunday, July 24, 2011
Harimau Malaya dijinakkan Singapura
![]() |
| SAFIQ (empat dari kiri) dilayangkan kad merah selepas terjahan keras ke atas pemain lawan, malam tadi. |
DRAMA di Kota Singa, malam tadi menceritakan betapa ranjau bertambah sukar untuk Harimau Malaya mahu memasang impian besar layak ke pusingan 3, kelayakan Piala Dunia 2014.
Tambah perit, skuad negara akan kehilangan kapten pasukan, Safiq Rahim yang dilayangkan kad merah pada awal babak kedua selepas membuat terjahan kasar ke arah pemain lawan ketika dalam situasi tertekan mencari jaringan
Sumber : Berita Harian
* Masih ada 90 min lagi di Bukit Jalil. Apa yang diperbaiki ialah benteng pertahanan negara yang begitu rapuh. Raja sepatutnya memasukkan Abd Hadi dan Amirul Hadi utk kebelasan utama. Jangan putus asa okek!
Saturday, July 23, 2011
Alah , sebjik gol je ke ?
Korang mesti dah tengok game Malaysia vs Chelsea Fc kat Bukit Jalil semalam kan ?
So macam mana agak korang gol yang dijaringkan oleh Drogba tu patut kira masuk ke tak ?
Bagi aku la kan , bola tuh lom masuk lg ar betol betol atas garisan putih ja.
Aku pun sokong statement pengulas Zainal Abidin Rawop yang bola tuh betol betol atas garisan putih ..
Adui la linesmen , awat yang ang bagi gol ? Patot tak gol argh !
Aku puji dan tabik arr permainan skuad olimpik semalam , memang ada kelas tersendiri ..
Walaupun kalah , tak per .. Alah , sebijik gol je ke ? Tu pun kontreversi lah !
Sunday, July 17, 2011
Malaysia 3 - Liverpool 6
KELALAIAN terus menjadi duri dalam daging buat Harimau Malaya yang mempamerkan aksi menarik untuk memaksa Liverpool bekerja keras sebelum kelab Liga Perdana Inggeris itu menang 6-3 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Percaturan ketua jurulatih Datuk K Rajagobal mengembalikan gandingan pertahanan Piala AFF Suzuki - Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Fadhli Shas dan Asrarudin Putra Omar - ternyata berkesan memastikan gawang negara tidak dibolosi sepanjang 25 minit pertama sebelum pengadil, Nagor Amir Noor Mohamed memberikan sepakan penalti kontroversi yang disempurnakan Charlie Adam.
KELALAIAN terus menjadi duri dalam daging buat Harimau Malaya yang mempamerkan aksi menarik untuk memaksa Liverpool bekerja keras sebelum kelab Liga Perdana Inggeris itu menang 6-3 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Percaturan ketua jurulatih Datuk K Rajagobal mengembalikan gandingan pertahanan Piala AFF Suzuki - Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Fadhli Shas dan Asrarudin Putra Omar - ternyata berkesan memastikan gawang negara tidak dibolosi sepanjang 25 minit pertama sebelum pengadil, Nagor Amir Noor Mohamed memberikan sepakan penalti kontroversi yang disempurnakan Charlie Adam.
“Selepas dua perlawanan ini, saya mendapat gambaran lebih jelas untuk menurunkan kombinasi terbaik bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Singapura nanti.”
Skuad kebangsaan yang seketika kecewa dengan jaringan The Reds, bingkas mencari gol penyamaan dan kelebihan Liverpool itu terpadam apabila kapten Safiq Rahim bijak melencong bola dari titik sepakan percuma untuk gol penyamaan tiga minit sebelum rehat.
Pada babak kedua, Rajagobal melakukan beberapa pertukaran untuk menguji pemain tetapi sekadar menyaksikan permainan cantik babak pertama dicemari dua gol David Ngog (m-67, 70) dan satu dari Maxi Rodriguez (m-75) yang mudah menewaskan penjaga gol gantian, Khairul Fahmi Che Mat.
| PENJAGA gol Liverpool, Martin Hansen hanya melihat bola rembatan Safee Sali (kiri) untuk gol ketiga Malaysia. |
Safee yang terlepas aksi ketika kekalahan 0-4 kepada Arsenal, sekali lagi menggegar hasil lorongan cantik Rizal Fahmi untuk menjadikan kedudukan 3-4 tetapi kelalaian benteng negara, membolehkan Rodriguez meledak gol kelima dan Dirk Kuyt melengkapkan kemenangan Liverpool.
Pembantu jurulatih Liverpool, Steve Clarke memuji persembahan pemain kebangsaan terutama Safiq dan Safee.
“Malaysia memaksa kami bekerja keras hari ini (semalam) dan jika corak permainan begitu dikekalkan, saya pasti peluang Malaysia pada kelayakan Piala Dunia nanti cerah. Bagi Liverpool pula, siri jelajah kali ini memberi kami gambaran untuk memperbaiki beberapa kelemahan sebelum musim Liga Perdana Inggeris bermula.”
Sumber : Berita Harian, 17/7/2011
Thursday, July 14, 2011
Wenger puji Malaysia
PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger tetap memuji permainan skuad kebangsaan biarpun anak buahnya bermain secara bersahaja ketika mencatat kemenangan 4-0 pada perlawanan persahabatan siri Jelajah Asia kelab gergasi Inggeris itu semalam.
Menurut pengendali dari Perancis itu, skuad Harimau Malaya mempunyai kepantasan namun kurang sengat di bahagian serangan.
“Mereka mengatur permainan dengan pantas, bermotivasi serta tersusun di bahagian pertahanan tapi serangan kurang menjadi,” katanya.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi dengan disaksikan lebih 50,000 penyokong, The Gunners membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pemain tengah Aaron Ramsey pada minit ke-5.
Arsenal yang menamatkan musim lalu di tangga keempat liga menambah jaringan pada minit ke-38 hasil percubaan bintang England, Theo Walcott yang memperdayakan penjaga gol Malaysia Mohd Nasril Mat Nourdin.
Dominasi Arsenal berterusan di babak kedua selepas kemasukan pemain perancang, Samir Nasri dan penyerang Robin Van Persie.
Sumber : Harian Metro
Menurut pengendali dari Perancis itu, skuad Harimau Malaya mempunyai kepantasan namun kurang sengat di bahagian serangan.
“Mereka mengatur permainan dengan pantas, bermotivasi serta tersusun di bahagian pertahanan tapi serangan kurang menjadi,” katanya.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi dengan disaksikan lebih 50,000 penyokong, The Gunners membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pemain tengah Aaron Ramsey pada minit ke-5.
Arsenal yang menamatkan musim lalu di tangga keempat liga menambah jaringan pada minit ke-38 hasil percubaan bintang England, Theo Walcott yang memperdayakan penjaga gol Malaysia Mohd Nasril Mat Nourdin.
Dominasi Arsenal berterusan di babak kedua selepas kemasukan pemain perancang, Samir Nasri dan penyerang Robin Van Persie.
Sumber : Harian Metro
Harimau Muda tewas ditembak Meriam
| TANGKAS...Norshahrul mengasak pemain Arsenal, Ryo Miyaichi, semalam. |
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu yang disaksikan lebih 50,000 penonton, kesilapan tonggak pertahanan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak menjatuhkan Jack Wilshere membawa padah apabila pengadil, Mohd Yussof Mat Karim menghadiahkan sepakan penalti kepada Arsenal.
Bintang Wales, Aaron Ramsey tidak berdepan masalah menyempurnakan sepakan itu menewaskan penjaga gol berpengalaman Mohd Nasril Mat Nourdin di minit kelima.
“Saya mahu pemain bermain dengan agresif pada babak pertama untuk memberi tekanan kepada pihak lawan, tapi gol awal Arsenal membunuh permainan ini.
“Kita kena terima realiti mereka pasukan hebat, saya harap pemain dapat mempelajari sesuatu,” kata Rajagobal.
Walaupun cuba mengancam menerusi larian deras di sebelah kiri S Kunanlan namun satu-satunya percubaan bahaya yang dihasilkan Malaysia menerusi sepakan percuma kapten Mohd Safiq Rahim di minit ke-38 berjaya ditepis keluar penjaga gol Wojcieh Szczesny.
Biarpun tanpa bintang Samir Nasri dan Robin Van Persie yang hanya masuk pada babak kedua, The Gunners berjaya menggandakan jaringan menerusi pemain sayap England, Theo Walcott dengan melambungkan bola memerangkap Nasril.
Arsenal terus selesa pada babak kedua apabila percubaan pemain gantian Carlos Vela gagal diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat yang masuk menggantikan Nasril pada minit ke-58 dan Tomas Rosicky minit ke-90.
Selepas Malaysia, anak buah Wenger akan berlepas ke China bagi meneruskan Jelajah Asia menentang Hangzhou Greentown, Sabtu ini.
Pada kunjungan pertama Arsenal ke negara ini pada 13 Mei 1975 mereka tumpas 2-0 kepada skuad Malaysia bimbingan Datuk M Chandran menerusi jaringan legenda Datuk Mokhtar Dahari.
Dua hari selepas itu giliran Isa Bakar pula mencipta nama dengan menyumbat gol untuk skuad Harimau Malaya mencatat keputusan seri 1-1 pada perlawanan kedua.
Bagaimanapun zaman berubah, skuad The Gunners ternyata lebih hebat apabila menumpaskan Malaysia 2-0 pada 1999.
Monday, July 11, 2011
Freekick Aidil Zafuan Kelayakan Piala Dunia
Memang cantik gol sepakan bebas dari Aidil Zafuan ketika Malaysia menentang Taiwan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia di Taipei baru-baru ini. Kesudahannya selepas tamat perlawanan Malaysia tewas 3 gol berbalas 2 tetapi layak dengan agregat 4 - 4 berdasarkan jaringan gol di tempat lawan.
Sepanjang kelibat Malaysia dalan kancah antarabangsa, IA boleh katakan gol sepakan Aidil Zafuan ini adalah yang tercantik dan setanding dengan pemain bola sepak luar negara seperti Frank Lampard, Gerrard, C. Ronaldo, Ronaldinho, Roberto Carlos, dan juga David Beckham.
Syabas Malaysia.. Tumpaskan Singapura untuk layak ke peringkat seterusnya okek!
Malaysia tanah tumpah darahku!
![]() |
| Aidil Zafuan |
Saturday, May 28, 2011
Mana satu pilihan kalbu..
Tak tahu nak pilih yang mana... dua-dua besh..
yang penting kedua-dua fav kelab bola sepak Izz akan
berjumpa sesama sendiri dalam
Akhir Champions League 2010/2011 di Stadium Wembley, London
pada malam ni..
Jom ramai-ramai serbu kedai mamak malam ni..
Yay!.....
Sunday, May 8, 2011
Siapa lebih handal MU atau Chelsea?
Persaingan antara dua gergasi kelab Inggeris iaitu Manchester United dan Chelsea apabila kedua-duanya akan bertemu di Stadium Old Trafford pada malam ni. MU yang masih di puncak liga sudah tentunya tidak mahu tercicir mata pada malam ni untuk mencerahkan peluang mereka bergelar juara liga. Sekiranya menang pada malam ini, mereka hanya memerlukan seri untuk perlawanan yang berbaki dua sahaja selepas ini. Pastinya Chelsea akan memberi tentangan sengit kepada MU dan ingin mendekatkan jurang mata apabila kedua-dua pasukan ini hanya dibezakan hanya tiga mata. Siapa lebih handal? Sama-sama kita saksikannya pada malam ini.
Monday, April 25, 2011
~ Wan Jamak pilih skuad Kedah ~
ALOR SETAR - Persoalan siapakah ketua jurulatih Kedah akhirnya terjawab apabila Wan Jamak Wan Hassan dipilih untuk membimbing skuad Kenari.
Bekas jurulatih Negeri Sembilan itu akan diperkenalkan dalam dalam satu majlis di Stadium Darul Aman, hari ini pukul 5 petang iaitu kurang empat jam sebelum sepak mula Kedah menentang Harimau Muda A dalam Liga Super.
Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib berkata, pada majlis itu Wan Jamak yang menggantikan Ahmad Yusof akan diberikan jersi skuad Kenari sebagai tanda menjadi sebahagian daripada anggota skuad Hijau Kuning.
"Wak Jamak juga dijadual menandatangani kontrak bersama Kedah pada majlis itu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Tambahnya, Wan Jamak dijadual memulakan tugas barunya di Kedah sebagai ketua jurulatih minggu depan setelah proses pendaftarannya sebagai jawatankuasa dalam pasukan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selesai Isnin ini.
"KFA sudah membatalkan pendaftaran Ahmad selaku jurulatih Kedah, semalam dan pendaftaran Wan Jamak akan dibuat Isnin ini," katanya.
Dalam pada itu, Wan Jamak yang sudah berada di bandar raya ini enggan mengulas lanjut perkara itu dan menyerahkan perkara tersebut kepada pengurusan KFA.
"Biar KFA yang umum, itu lebih elok," katanya.
Jawatan ketua jurulatih skuad Kedah hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini ekoran keputusan KFA untuk tidak meneruskan khidmat Ahmad.
Pada perlawanan Kedah menentang Harimau Muda A di Stadium Shah Alam, Selasa lalu, Wan Jamak dilihat turut berada di bangku penonton sekali gus menguatkan kesahihan bahawa beliau bakal menjadi pilihan KFA.
Kedah pada 7 Mac lalu merehatkan Ahmad selepas pasukan bimbingannya mengalami prestasi hambar dengan tugasannya diambil alih oleh penolong jurulatih, Radhi Mat Din.
Ahmad yang membimbing Kedah musim lalu membantu skuad Hijau Kuning muncul Naib Juara Piala FA dan berada di tangga kelima Liga Super.
Bagaimanapun, awal musim ini menerusi enam perlawanan Kedah hanya menang satu perlawanan ke atas Felda United 1-0 manakala seri tiga perlawanan tanpa jaringan menentang T. Team dan Perak serta 1-1 dengan Kelantan dan tewas dua kali kepada Sabah 1-0 dan Selangor 2-0.
Radhi yang mengambilalih pasukan menunjukkan prestasi membanggakan apabila menang enam daripada tujuh perlawanan sekali gus meletakkan Kedah di tangga keempat dengan 24 mata.
Kedah menang ke atas Terengganu 2-1, masing-masing menang tipis satu jaringan dengan Kuala Lumpur, Perlis, Pahang dan Harimau Muda selain menundukkan Negeri Sembilan 2-0 dan kalah kepada Johor FC 1-2.
Monday, March 7, 2011
Hancur, Hancur!
Minggu yang agak mengecewakan bagi aku apabila pasukan favourite Kedah dan Manchester United tumpas kepada lawan masing-masing. Paling mengecewakan bagiku apabila pasukan kesayangan juga tumpah tanah airku, Kedah tumpas kepada Felda United 0-1 di laman sendiri dalam peringkat Piala FA. Ini bermakna naib juara Piala FA tahun lalu, terkandas awal bersama-sama juara Piala FA 2010 Negeri Sembilan. Memang aneh! Apa sudah jadi kepada pasukan Kenari musim 2011 ni? Sebelum sepak mula saingan bola sepak Liga Malaysia 2011, pengurusan KFA mengidamkan pasukan Kenari merangkul tiga kejuaraan pada musim ini. Tapi sekarang, apa pula cerita? Sudahlah terkandas awal dalam saingan Piala FA, selepas melalui enam perlawanan setakat ini Kedah hanya memperoleh satu kemenangan dalam Liga Super. Pihak pengurusan KFA seharusnya melakukan sesuatu supaya pasukan Kenari kembali bersinar dan mengembalikan kepercayaan peminat tempatan untuk memberikan sokongan di stadium. Dalam hal ini izz tidak menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi berharap segala keputusan yang akan dibuat oleh KFA akan mengembalikan semua kegembilangan pasukan ini seperti mana ketika menjuarai tiga piala pada 2007/2008.
Sebahagian peminat berkumpul mengadakan rasa ketidakpuastian mereka
selepas perlawanan Kedah - Felda United di luar Stadium Darulaman.
Wednesday, December 29, 2010
Syabas Malaysia!
Sekalung tahniah kpd pasukan bola sepak Malaysia
kendalian jurulatih tempatan, K.Rajagopal
yg telah membawa pulang Piala AFF Suzuki 2010
ke bumi Malaysia buat kali pertamanya selepas
Ianya bkn sekadar impian, tapi telah
menjadi kenyataan kini.. Tahniah kpd
pasukan bola sepak khususnya di barisan pertahanan
yg diketuai Muslim Ahmad telah
bjaya mengekang segala serangan Indonesia yg
diketuai oleh Christian Gonzales yg tidak mmpu utk
menewaskan penjaga gol negara, Khairul Fahmi.
Subscribe to:
Posts (Atom)













