CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, March 7, 2011

Hancur, Hancur!

Minggu yang agak mengecewakan bagi aku apabila pasukan favourite Kedah dan Manchester United tumpas kepada lawan masing-masing. Paling mengecewakan bagiku apabila pasukan kesayangan juga tumpah tanah airku, Kedah tumpas kepada Felda United 0-1 di laman sendiri dalam peringkat Piala FA. Ini bermakna naib juara Piala FA tahun lalu, terkandas awal bersama-sama juara Piala FA 2010 Negeri Sembilan. Memang aneh! Apa sudah jadi kepada pasukan Kenari musim 2011 ni? Sebelum sepak mula saingan bola sepak Liga Malaysia 2011, pengurusan KFA mengidamkan  pasukan Kenari merangkul tiga kejuaraan pada musim ini. Tapi sekarang, apa pula cerita? Sudahlah terkandas awal dalam saingan Piala FA, selepas melalui enam perlawanan setakat ini Kedah hanya memperoleh satu kemenangan dalam Liga Super. Pihak pengurusan KFA seharusnya melakukan sesuatu supaya pasukan Kenari kembali bersinar dan mengembalikan kepercayaan peminat tempatan untuk memberikan sokongan di stadium. Dalam hal ini izz tidak menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi berharap segala keputusan yang akan dibuat oleh KFA akan mengembalikan semua kegembilangan pasukan ini seperti mana ketika menjuarai tiga piala pada 2007/2008.


Sebahagian peminat berkumpul mengadakan rasa ketidakpuastian mereka
selepas perlawanan Kedah - Felda United di luar Stadium Darulaman.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...