CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, February 25, 2012

Gambar Majlis Pernikahan Yusry dan Lisa



























Dinner Time !

Location : Seafood Senibong, Pasir Gudang, Johor.

For the first time in my life, I celebrated birthday with my nephew and sister in law together at 
Seafood Senibong, Pasir Gudang..  Those a few pictures i have snap .. (^_^)








Khairawi (my nephew ) - 18 February

Me                               - 21 February

Kak Chaq                    -  23 February



Happy Birthday !!  (^_^)

Trip #1 Desaru, Johor

Assalamualaikum dan Salam sejahtera ..

Hai , korang pernah pergi Desaru tak? Cantik tak pantai dia? Untuk pengetahuan korang, ini kali pertama aku jejak ke Desaru bersama family tercinta. Nih catatan aku ke Desaru, Johor .

Bertolak jam 1030am dari Taman Scientex , Pasir Gudang .. Melalui Kota Masai dan kemudian masuk ke Lebuhraya Senai-Desaru melalui Tol Masai dan perlu bayar kurang dari RM5.

Leburaya dua lorong menjadi selorong, setelah 20 minit perjalanan aku sampai di jambatan yang menyeberangi Sungai Johor .. sememangnya sungainya sungguh luas mata memandang


 Foto diambil dari atas kenderaan atas sebab-sebab keselamatan

Selepas 30 minit perjalanan , sampai di Tol Cahaya Baru .. lebuhraya tadi berakhir di situ .. anda boleh ke Kota Tinggi dan ke bandar Penawar, ambil susur keluar papan tanda ke arah Bandar Penawar ..

Ayahku bercadang untuk pergi ke Pengerang dahulu untuk melihat bahagian paling barat di Semenanjung Malaysia .. Pukul 1 tengah hari , berhenti lunch di Sg Rengit .. Kami makan di sebuah medan selera, pandangannya betul-betul mengarah ke laut .. 


 


 Di tengah laut , beribu-ribu kapal besar membawa muatan kontena dan juga minyak sedang berbaris masing-masing menunggu giliran untuk berlabuh di Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Singapura .. Aku sebenarnya tak dapat makan sangat sebab terpaksa menjaga anak buahku yang agak buas . Huhu

Pukul 2.30 petang , perjalanan diteruskan ke Pengerang iaitu bahagian yang paling selatan dalam peta Malaysia .. perjalanan ke Pengerang dari Sg Rengit tidak jauh , dalam 15 minit sudah sampai ..

Jalan raya yang dilalui hanya sampai di Jeti Awam Kg Pengerang sahaja .. Di jeti ini , para pengguna boleh menaiki feri untuk ke Pulau Batam, (Indonesia) ataupun ke Kota Tinggi (Johor).. Itu pun tak banyak feri yang disediakan, yang disediakan pada waktu puncak pada lewat petang dan juga hujung minggu.. aku terpaksa berpatah balik ke Sg Rengit untuk meneruskan perjalanan ke Desaru ..


30-40 minit dari Pengerang akhirnya aku sampai di Desaru , salah satu destinasi perlancongan yang terkenal di Malaysia .. Dari luar lagi daha ada pintu gerbang yang menyambut ketibaan kami , dan di sebelah kiri aku terdapat beberapa deret Villa yang agak mewah tapi di luarnya nampak suram ..

Tertanya aku dalam hati , Villa atau hotelnya agak gah tersergam dari luar .. tapi di mana penghuninya? Hanya beberapa kenderaan sahaja yang parking , itupun mungkin pekerja-pekerja villa berkenaan .. Siapa yang mahu menyewa atau menetap di tempat yang mahal sebegini ?

Sudah semestinya pelancong luar dan dari Singapura khususnya , tapi dalam keadaan dunia yang mengalami kemelesetan ekonomi begini sudah semestinya hanya beberapa kerat sahaja yang menginap di situ. ataupun pantai Desaru sudah tidak lagi cantik seperti dulu, hanya gah pada zamannya ..






Aku keluarkan tikar dan bentangkan di atas pasir .. Aku dan keluargaku hanya isi perut dengan snek-snek ringan sebelum bertolak pulang .. hajatku untuk mandi laut tidak kesampaian dek kerana ombak laut yang bergelora ..

Itu pun hanya beberapa orang lelaki dewasa sahaja yang bermain di gerigi air .. Bendera merah dipacakkan di sepanjang pantai menandakan 'BAHAYA'.. kalau nak berenang juga, itu adalah risiko sendiri..

Sampai sudah di Desaru, Johor.. pantainya agak biasa-biasa sahaja, secara jujurnya aku katakan tiada apa-apa yang indah di sini.. Sedih dengan pihak sepatutnya bertanggung menyelenggara pantai ini tapi mereka tidak menjalankan tugas yang diamahkan.. hanya tahu kutip duit saja , tapi kerjanya tidak .

Kalau 5 atau 10 tahun lagi begini rasanya memang mungkin tiada seorang pelancong luar atau dalam negeri yang datang singgah di sini dek kerana pantainya kotor dengan sampah sarap ..

Friday, February 24, 2012

My ex-gf already married .. Congrates !


Tahniah Lisa Surihani dan Yusri KRU setelah sah diijabkabulkan sebagai suami isteri ..
Semoga berbahagia dan kekal hingga ke anak cucu (^_^)

Thursday, February 23, 2012

Meniti hari tua ..

Alhamdulillah , aku bersyukur kepada Allah SWT kerana diberikan peluang untuk bernafas dan bernyawa ..

Pejam celik pejam celik , dah masuk umur 25 tahun dah aku .. hampir suku tahun dah
aku bernafas dan hidup di muka bumi ini .. Boleh dikatakan aku sudah menjangkau usia ' Dewasa '..

Aku bersyukur kerana aku dapat meraikan ulangtahun kelahiranku bersama kedua-dua parents dan ahli-ahli keluargaku di sini , rasa gembira sangat-sangat ..

Masih banyak yang perlu aku lakukan untuk mereka , dan untuk diriku sendiri .. Dan masih banyak lagi yang perlu aku belajar dan fahami erti kehidupan dan kedewasaan ..

Wednesday, February 22, 2012

Balingan bowling terlaju dilakukan oleh budak berusia 3 tahun !

Thanx for wishing my Birthday's guys !

Petang ni sambil-sambil layan cerita cina kat Tv2 , aku jenguk email yahoo .. Fulamak , punya banyak notification dari website Facebook .. dalam 50 lebih notifkasi baru yang tak dibaca kurang dalam 24 jam ..


Mesti ada apa-apa kat dalam yang special dalam facebook tuh .. Bila aku buka , rupanya aku mendapat wish 'Birthday' daripada members Facebook ..









Ini adalah sebahagian daripada mereka-mereka yang wish .. Kepada mereka yang aku tak masukkan di sini  korang jangan merajuk ye .. kalau nak letak semua yang wish , memang penat la nak copy paste balik nanti ..
Apapun terima kasih yer YOU ALLS semua , sangat korang sangat-sangat !

MUAHX !

Friday, February 17, 2012

[18SX] Remaja buat adegan tak senonoh depan KLCC



Sebenarnya video ni diambil oleh aku masa lepak hangout kat KLCC minggu bersama Piero dan Ami Yaakub.

Sekadar gurauan .. Jangan marah ye , hihihi ..

Sambung tangan putus selepas ditetak . Syabas Dr Palani !

KUALA LUMPUR: Lapan jam masa diambil sekumpulan doktor Hospital Gleneagles bagi menyambung semula pergelangan tangan kiri seorang pengurus syarikat insurans yang terputus selepas ditetak seorang lelaki yang cuba menyamunnya dalam kejadian di Jalan Ampang, malam 3 Februari lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, mangsa yang berusia 40-an dalam perjalanan untuk bertemu rakan di sebuah restoran memberhentikan keretanya sebaik tiba di tempat kejadian selepas melihat sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki dua lelaki dan seorang wanita mengalami kerosakan dan menawarkan khidmat untuk membantu.

Bagaimanapun, sebaik berhenti dan keluar dari kereta, tiba-tiba seorang daripada lelaki terbabit yang bersenjatakan parang menyerang dan menetak pergelangan tangan kirinya hingga putus.

Mangsa sempat melarikan diri dengan masuk semula ke dalam keretanya sebelum memandu ke Hospital Gleneagles sejauh kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian dalam keadaan tangannya berlumuran darah. Pakar Trauma, Bedah dan Mikro Surgeri hospital berkenaan, Dr R Palani yang mengetuai pembedahan itu, berkata dia bersama seorang lagi doktor bersama-sama dua jururawat, seorang pembantu perubatan dan pemandu ambulans mengambil masa setengah jam untuk mencari tangan mangsa yang tertinggal di kawasan kejadian.


“Keputusan untuk mencari tangan itu dibuat Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan, Dr Marry Anne yang mendesak mangsa memberitahu lokasi kejadian memandangkan kami percaya tangan itu masih boleh diselamatkan.


“Sebaik mangsa memberitahu lokasi, kami segera ke sana untuk mencari dan berjaya menemui tangan itu di atas laluan pejalan kaki kira-kira 100 meter dari tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menceritakan kejadian itu, Dr Palani berkata, sebaik menerima panggilan telefon daripada rakan setugasnya di wad kecemasan mengenai keadaan mangsa, dia bergegas ke hospital.

“Sebaik tiba, saya mendapati tangan lelaki itu ditetak dengan sekali tetakan dan percaya kejadian itu baru berlaku kerana darah masih memancut-mancut dari tangannya,” katanya.
Dia berkata, melihat keadaan itu, mereka menghubungi polis dan meminta pasukan keselamatan itu mengesan tangan mangsa yang terputus di pergelangan tangan.





CARI...pegawai perubatan Hospital Gleneagles mencari tangan mangsa yang putus ditetak penyamun. 


Katanya, selepas lebih setengah jam menunggu, polis memaklumkan gagal mencari tangan, mangsa sekali gus memaksa mereka mencarinya sendiri.

“Keadaan gelap-gelita di kawasan itu dan petunjuk yang diberikan pesakit menyukarkan kami untuk mencari tambahan pula kami hanya berbekalkan lampu telefon bimbit,” katanya.

Menurut Dr Palani, setakat ini keadaan mangsa stabil dan masih menerima rawatan fisioterapi untuk memastikan tangan yang disambungkan itu kembali berfungsi dengan baik.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, menafikan dakwaan doktor terbabit yang mengatakan pihak berkuasa tidak mengambil tindakan selepas dimaklumkan mengenai insiden berkenaan oleh pengawal keselamatan yang berada di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kelewatan itu berlaku disebabkan maklumat yang diberikan pengawal keselamatan itu kepada pihak berkuasa tidak lengkap.

Mengulas mengenai insiden itu, Khairi berkata, disebabkan sikap mangsa yang suka menolong orang yang mengalami kesusahan, kejadian itu menimpa dirinya.

“Mangsa adalah seorang lelaki yang suka membantu jika melihat orang mengalami masalah dan dalam kejadian itu, mangsa memberhentikan kenderaannya selepas menyangkakan dua lelaki dan seorang wanita yang sedang memeriksa kereta Perodua Kancil di kawasan kejadian mengalami masalah bagi menghulurkan bantuan.

“Seorang daripada suspek yang bersenjatakan parang menyerang mangsa dan cuba menyamunnya sebelum menetak tangan mangsa,” katanya.

Khairi berkata, dalam keadaan tangannya sudah terputus, mangsa berlari masuk ke dalam kereta sebelum bergegas mendapatkan bantuan.

Ketika ditanya mengenai perkembangan kes itu, Khairi mengakui pihaknya sudah merakam percakapan mangsa selain memberitahu, pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.


Sumber : Harian metro, 17 Februari 2012

Thursday, February 16, 2012

[ PANAS ! ] Aku diburu kaum sendiri



Lama aku xjenguk inbox , pada satu hari terkejut aku dengan beberapa orang yang hantar msg kt aku..

Erk .. Hai hai pulak dia ni.. ada mkna ke?  Hahahah ..

Nih antara insan-insan yang menghantar msg kt aku kat laman sosial .. selebihnya tak perlu lah aku
poskan sebab rasa korang enak pulak nanti..


P/S : Saya lelaki STRAIGHT okeyy ! :P

Sesuatu Yang Indah

  

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Korang pernah tak menerima atau memberi hadiah kepada / daripada insan yang korang sayang ? 
Semestinya pernah bukan .. Selalunya zaman percintaan memang indah dan bahagia bukan ? Apatah lagi jika kita mendapat sesuatu hadiah daripada insan yang kita sayang , mesti ianya amat istimewa buat kita kan ..

Tapi bagaimana sekiranya orang yang pernah kita menerima / memberi hadiah itu sudah tiada lagi dalam hidup kita .. secara mudahnya kita sudah putus hubungan (clash) dengan orang tu .. 

Terdetik jugak dalam kepala aku , pernah tak korang minta balik apa yang korang hadiahkan kepada ex bf/gf tuh dan sebaliknya .. Ataupun korang dan ex gf/bf korang pulangkan semula hadiah yang korang bagi tanpa tanya dulu ..

Bagiku , apa saja yang aku berikan kepada seseorang aku takkan minta supaya benda yang aku beri tu dipulangkan kembali .. Pernah dia ingin memulang kembali cincin pemberian yang aku hadiahkan kepadanya tapi aku enggan .. aku takkan mintanya pulangkan dan aku juga jenis tak suka orang yang kita beri tu pulangkan kembali benda yang kita hadiahkan kepada aku .. Itu PRINSIP aku ..

Biarlah dia simpan , kalau dia tak suka pun xpe just boleh buangkan jew kan ? Tapi kalau dia minta balik benda yang dia bagi kat aku, aku akan pulangkan kembali.. sebab tuh hak dia kan ..

Ni ada sedikit pendapat daripada kawan-kawan.. Apa pula alasan dan pandangan dari korang?




P/S : Lawaknya tengok video Mak Jemah lakonan Jozan Raja Lawak. Hahaha..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...