CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, February 25, 2012

Trip #1 Desaru, Johor

Assalamualaikum dan Salam sejahtera ..

Hai , korang pernah pergi Desaru tak? Cantik tak pantai dia? Untuk pengetahuan korang, ini kali pertama aku jejak ke Desaru bersama family tercinta. Nih catatan aku ke Desaru, Johor .

Bertolak jam 1030am dari Taman Scientex , Pasir Gudang .. Melalui Kota Masai dan kemudian masuk ke Lebuhraya Senai-Desaru melalui Tol Masai dan perlu bayar kurang dari RM5.

Leburaya dua lorong menjadi selorong, setelah 20 minit perjalanan aku sampai di jambatan yang menyeberangi Sungai Johor .. sememangnya sungainya sungguh luas mata memandang


 Foto diambil dari atas kenderaan atas sebab-sebab keselamatan

Selepas 30 minit perjalanan , sampai di Tol Cahaya Baru .. lebuhraya tadi berakhir di situ .. anda boleh ke Kota Tinggi dan ke bandar Penawar, ambil susur keluar papan tanda ke arah Bandar Penawar ..

Ayahku bercadang untuk pergi ke Pengerang dahulu untuk melihat bahagian paling barat di Semenanjung Malaysia .. Pukul 1 tengah hari , berhenti lunch di Sg Rengit .. Kami makan di sebuah medan selera, pandangannya betul-betul mengarah ke laut .. 


 


 Di tengah laut , beribu-ribu kapal besar membawa muatan kontena dan juga minyak sedang berbaris masing-masing menunggu giliran untuk berlabuh di Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Singapura .. Aku sebenarnya tak dapat makan sangat sebab terpaksa menjaga anak buahku yang agak buas . Huhu

Pukul 2.30 petang , perjalanan diteruskan ke Pengerang iaitu bahagian yang paling selatan dalam peta Malaysia .. perjalanan ke Pengerang dari Sg Rengit tidak jauh , dalam 15 minit sudah sampai ..

Jalan raya yang dilalui hanya sampai di Jeti Awam Kg Pengerang sahaja .. Di jeti ini , para pengguna boleh menaiki feri untuk ke Pulau Batam, (Indonesia) ataupun ke Kota Tinggi (Johor).. Itu pun tak banyak feri yang disediakan, yang disediakan pada waktu puncak pada lewat petang dan juga hujung minggu.. aku terpaksa berpatah balik ke Sg Rengit untuk meneruskan perjalanan ke Desaru ..


30-40 minit dari Pengerang akhirnya aku sampai di Desaru , salah satu destinasi perlancongan yang terkenal di Malaysia .. Dari luar lagi daha ada pintu gerbang yang menyambut ketibaan kami , dan di sebelah kiri aku terdapat beberapa deret Villa yang agak mewah tapi di luarnya nampak suram ..

Tertanya aku dalam hati , Villa atau hotelnya agak gah tersergam dari luar .. tapi di mana penghuninya? Hanya beberapa kenderaan sahaja yang parking , itupun mungkin pekerja-pekerja villa berkenaan .. Siapa yang mahu menyewa atau menetap di tempat yang mahal sebegini ?

Sudah semestinya pelancong luar dan dari Singapura khususnya , tapi dalam keadaan dunia yang mengalami kemelesetan ekonomi begini sudah semestinya hanya beberapa kerat sahaja yang menginap di situ. ataupun pantai Desaru sudah tidak lagi cantik seperti dulu, hanya gah pada zamannya ..






Aku keluarkan tikar dan bentangkan di atas pasir .. Aku dan keluargaku hanya isi perut dengan snek-snek ringan sebelum bertolak pulang .. hajatku untuk mandi laut tidak kesampaian dek kerana ombak laut yang bergelora ..

Itu pun hanya beberapa orang lelaki dewasa sahaja yang bermain di gerigi air .. Bendera merah dipacakkan di sepanjang pantai menandakan 'BAHAYA'.. kalau nak berenang juga, itu adalah risiko sendiri..

Sampai sudah di Desaru, Johor.. pantainya agak biasa-biasa sahaja, secara jujurnya aku katakan tiada apa-apa yang indah di sini.. Sedih dengan pihak sepatutnya bertanggung menyelenggara pantai ini tapi mereka tidak menjalankan tugas yang diamahkan.. hanya tahu kutip duit saja , tapi kerjanya tidak .

Kalau 5 atau 10 tahun lagi begini rasanya memang mungkin tiada seorang pelancong luar atau dalam negeri yang datang singgah di sini dek kerana pantainya kotor dengan sampah sarap ..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...