CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Showing posts with label Automobil. Show all posts
Showing posts with label Automobil. Show all posts

Tuesday, July 26, 2011

Zoom Petronas Malaysian Cup Prix 2011, Peringkat ke - 6 Alor Star




Salam sejahtera semua ..

Pada sabtu (23/7/2011) lepas aku berkesempatan tgk perlumbaan AAM Cup Prix di Stadium Darulaman, Kedah .. ramai gak yang datang tgk , dari umur muda hingga lah dewasa .. walaupun pukul dah 2.20pm , aku tgk semua penonton tak berganjak dari  tempat duduk walaupun matahari betul betul terpacak atas kepala .. memang panas terik gila hari tuh ! tapi semua tetap setia menunggu perlumbaan pertama dilangsungkan utk kategori WIRA ..


3 minit lagi utk perlumbaan pertama bagi kategori WIRA dilangsungkan .. para pelumba masing masing memanaskan enjin .. masa ni memang bingit abis telinga dek bunyi yang dikeluarkan oleh motorsikal para pelumba.. lepas tu , perlumba dilepaskan utk warm up lap satu pusingan.

Dah abis satu pusingan warm up , kali ni para pelumba bersedia utk dilepaskan .. Menunggu lampu merah bertukar ke warna hijau . Gooooo !!


 



Fuh , siap terangkat up willi tayar depan tuh .. Tapi tak lama la , ni bukannya nak lawan sapa willi paling lama .. dorang ni racer secara halal , ada lesen , ada peraturan jadi kena ikot lew .. siap lap rapat sampai lutut kena tar jalan .. baik baik lap yer bang , jangan sampai jatuh plak k ..





Dan pemenangnya dari pasukan Motul Yamaha YY Pang , tahniah yer..



Lepas abis perlumbaan kelas WIRA , aku ngan Man jalan jalan area stadium tuh .. masing masing kering tekak dan dahaga dek panas terik .. jadi kami bercadang beli la air kelapa di gerai yang ada di situ .. dah sudah minum kami berjalan semula ke arah tempat duduk tempat garisan permulaan/penamat .. 

masa bejalan tuh nampak sorang mamat racer yang masing masih lengkap lagi dgn suit lumba dan sedang memegang trofi .. tertulis kat situ 1st , dalam kepala duk agak mungkin dia juara kategori WIRA tadi la kot .. aku terus cakap kat Man cuba minta ambik  gamba dgn dia tuh .. pastu datang pulak la sekumpulan mat salleh ni  mat potong stim dulu ..  

Sorang mat salleh ni menegurku , 'Do you take pic?'

Aku jwb ringkas, ' Yes '

Aku pun jalan la ke arah dan duduk sebelah mamat racer tuh .. kemudian mat salleh tuh cakap ' You stand over there' 


Alahai , dah la kau bolot trofi tuh pastu suruh aku duduk tepi skali plak yer. yang peliknya korang posing gune kamera aku .. Ish ish , pelik pelik ? Takper , benda kecik jer kan... biarla dia , jangan marah marah nanti tak pasal pulak aku dapat penyakit darah tinggi..



Haa dapat pun pegang trofi tu .. leh la berlagak ckit , hehehe .. thanx kepada Mohd Adib Rosley kerana sudi meminjamkan trofi tuh utk aku yer.. besh dengan mamat ni , sporting dan keje senyum jer dia yer ..

Lepas bgambar aku sambung balik tengok racing utk kategori CP 115 dan CP 130 pulak .. lepas abih dua dua kategori tuh aku gerak tgk pameran yg diadakan di belakang stadium, berhampiran Hotel Seri Malaysia .. 

tiap tiap gerai masing masing mempamerkan motosikal pelbagai jenis dan cc dari bersaiz kecil hinggalah ke superbike.. 

Memang memenatkan tapi agak puas sebab dapat tgk racing ni.. kepada sahabatku Azman trimas kerana sudi menjadi pengapit aku ptg tu.. Sekian saja.. :)

































































Saturday, March 12, 2011

Test drive Ferarri, Superb!



Dapat test drive Ferarri?? Hahahaha.. Anda semua sudah terkena! Gelak lagi Hahaha. Hehe mana la mampu test drive, dapat bergambar di hadapan kereta Ferarri je yang Izz mampu pun. Siapa lah yang senang-senang nak benarkan orangyang tak ada duit macam Izz nih masuk dalam sebuah kereta yang bernilai jutaan ringgit tu. Sebenarnya kereta Ferarri tersebut adalah antara sebahagian daripada kereta yang dipamerkan di Autoshow C-Mart, Arau yang bermula dari 10 Mac hingga 14 Mac. Jadi kepada yang ingin melihat kereta Ferrari secara lebih dekat atau yang bercadang ingin membeli kenderaan, Izz mencadangkan di sini tempat untuk anda membuat tinjauan. Sekadar berkongsi, c-ya!



Monday, March 7, 2011

My Dream Car

 Hobi melakukan pengubahsuai pada kereta (modifikasi) amat popular 
di kalangan rakyat Malaysia ketika ini. Ianya dipopularkan oleh
negara Jepun dan juga Eropah. Kadang-kadang aku terpikir jgak 
kenapa individu-individu (terutamanya lelaki) gemar sangat tentang kereta ni terutama dari 
segi modifikasi luaran (body), dalaman (enjin) dan juga dari segi set audionya. 
Dari kereta yang bersaiz compact hinggalah ke jenis sport. Bagi sesetenah individu, 
biarlah terpaksa mengeluarkan ribuan ringgit sekalipun semata-mata untuk kereta asalkan 
mendapat kepuasan yang maksimum. Lain orang lain pula pendapatnya. 

Bagi aku, modifikasi luaran iaitu dari segi body sudah cukup kerana 
tidak perlu mengeluarkan wang yang begitu banyak. 
Tapi bila pikir balik, daripada kita habiskan wang beribu-ribu ringgit untuk 
melakukan modifikasi kereta lebih baik kita habiskan duit beli sebuah kereta
yang sudah lengkap dan sistem dalaman dan luarannya. Itu bagi pendapat aku lah, 
pendapat korang pulak mungkin berbeza. 


Di bawah ni aku listkan kereta idaman aku.


PERODUA KANCIL - MIRA




PERODUA MYVI - PASSO 




SUZUKI SWIFT



HONDA JAZZ - FIZZ




NISSAN SILVIA





NISSAN SKYLINE GTR




HONDA CIVIC EK




MITSUBISHI LANCER EVO



MAZDA RX7

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...