CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, March 31, 2011

~ Kejujuran Semakin Hilang ~

 Orang ramai berebut-rebut memungut beras yang bertaburan akibat kemalangan jalan raya
baru-baru ini mencetuskan persoalan mengenai tahap kejujuran rakyat negara ini.

APAKAH perkara yang menjelekkan berlaku pada bulan Februari lalu? Rasanya mungkin membabitkan insiden sebuah lori beras yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Bukan kemalangan itu tetapi situasinya yang menonjolkan kejelekkan sikap rakyat negara ini yang kononnya kaya dengan sopan santun dan budi bahasa serta tebal nilai dan budaya timur.

Dalam insiden tersebut orang ramai yang lalu lalang dengan rakus mengaut beras yang bertaburan dan mengisinya dalam apa juga bekas yang ada termasuk topi keledar dan beg tangan.Kerana tamak mahukan beras percuma yang bertaburan mereka langsung tidak mempedulikan pemandu dan kelindan lori tersebut yang cedera serta dalam kesakitan.

Lebih mengharukan orang ramai yang mengerumuni lokasi kemalangan itu seperti semut menghurung gula - langsung tidak endah kepada mangsa yang cedera.Persoalannya patutkah situasi tersebut berlaku di sebuah negara Islam yang kononnya mempunyai masyarakat yang mengamalkan tata susila yang tinggi?

Adakah ini menunjukkan rakyat negara ini sudah tidak ada nilai kemanusiaan dan tidak lagi prihatin terhadap mereka yang memerlukan? Sejauh manakah tahap integriti masyarakat di negara ini terutama di bandar? Masih adakah lagi golongan yang bersikap jujur dan prihatin?

Kebanyakan petugas di kaunter tersebut berkata: "Lebih banyak aduan barang hilang daripada mereka yang pulangkan barang yang dijumpai."Ini bermakna tidak ramai masyarakat yang bersikap jujur. Jawapan daripada petugas kaunter itu memberikan gambaran bahawa jika kita kehilangan barang atau tertinggal sesuatu, jangan harap akan menemui kembali. Mereka yang menemui barang tersebut tidak akan memulangkannya.

Tidak puas hati dengan jawapan kakitangan kaunter hilang dan jumpa itu penulis melakukan sendiri ujian untuk mengenalpasti tahap integriti dan kejujuran penduduk di ibu kota khususnya.


Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Utusan Malaysia, 31 Mac 2011

Monday, March 28, 2011

~ Sign of the appearance of the Dajjal ~

  1. People will stop offering the prayers
  2. Dishonesty will be the way of life
  3. Falsehood will become a virtue
  4. People will mortgage their faith for worldly gains
  5. Usury and bribery will become legitimate
  6. Imbeciles would rule over the wise
  7. Blood of innocents would be shed
  8. Books about the quote "As a man thinketh"
  9. Pride will be taken on acts of oppression
  10. The rulers will be corrupt
  11. The scholars will be hypocrites
  12. Adultery will be rampant
  13. The liars and treacherous will be respected
  14. There will be acute famine at the time
  15. There will be no shame amongst people
  16. Children would challenge their mothers
  17. Youngsters would perform marital relationship with their parents
  18. Many people would worship Satan
  19. There would be no respect for elder people

Saturday, March 26, 2011

~ Earth Hour ~



Kempen 60 Earth Hour mula diperkenalkan di Australia pada 2007. Di Malaysia, ianya diperkenalkan pada tahun 2009. Mari lah kita sama-sama menjayakan kempen 'Earth Hour' selama sejam pada malam ini mulai 8.30mlm hingga 9.30mlm. Tutuplah semua lampu dan matikan segala peralatan elektrik yang tidak digunakan. Anda mampu mengurangkan kadar pelepasan rumah hijau dan gas dan yang paling penting menyelamatkan nyawa bumi. Sama-samalah kita menjayakannya..

Friday, March 25, 2011

~ Al-Fatihah ~

Hari ini Izz dikejutkan dengan berita pemergian seorang rakan ketika belajar dahulu. Izz mengenali arwah ketika sama-sama menjalani praktikal sebulan di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh semasa semester satu. Arwah ialah seorang pelajar jurusan diploma kejururawatan di Kolej Islam Sains dan Teknologi, Bachok. Adik arwah menelefonku petang tadi menyatakan yang arwah mengalami kemalangan. Sejauh mana cerita kejadian itu berlaku Izz xsempat bertanya kepada adik arwah. Khabarnya sudah 40 hari kejadian itu berlaku. Tiga hari lepas Izz menghantar sms menyatakan kepadanya 'Good Luck' kerana arwah sepatutnya menduduki peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia pada Rabu yang lalu. Arwah pernah berseleroh kepadaku sekiranya dia abis belajar nanti, dia ingin bekerja bersama-sama satu pasukan. Tapi sayangnya, Allah lebih menyayangimu Rozita. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

16 Mei 1989 - Mac 2011

Sunday, March 20, 2011

~ Buat wayang dalam wayang !! ~

Izz baru sahaja balik jer menonton filem Battle : Los Angeles di JM Cinema, Jitra Mall sebentar tadi. Nak releaskan tension almaklum sajalah baru je sembuh dari demam. Izz ingin menceritakan mengenai sepasang belangkas yang duduk bersebelah dengan Izz. Pasangan nih Melayu, umur dalam lingkungan 25-30an, yang si jantan berperut buncit ke hadapan manakala yang si betina pula freehair seluar jeans paras lutut sahaja.

Apa yang membuatkan Izz geram dan sakit hati sangat ialah tindakan tidak senonoh mereka di dalam panggung wayang. Tatkala orang sedang asyik menonton skrin di hadapan, tapi yang mereka ni pula bermadu asmara bikin cerita sendiri dalam wayang. Yang menjadi mangsa keadaan ialah aku! Alahai....Tak pasal-pasal la mata aku ni dapat dosa.

Nak dijadikan cerita, tangan si betina tadi merayap-rayap ke arah si jantan buncit yang duduk bersebelahan dengan Izz. Kemudian tangan si betina meraba-raba usap perut si jantan yang seperti mengandung 5 bulan itu. Haish, dalam hati ni hanya Tuhan saja yang tahu macam mana. Izz biarkan saja aksi kedua-dua belangkas tersebut. Izz kemudian tidak peduli lagi apa yang mereka lakukan. Tapi sesekali kedengaran suara si belangkas betina itu  merengek perlahan macam anjing betina dikerjakan dengan anjing jantan! 

Huhh.. Tiada tempat lainkah mereka melakukan perbuatan tidak bermoral itu selain di dalam panggung wayang? Terdetik dalam hati jika panggung wayang pun mereka berani melakukan perbuatan itu, apatah lagi jika di tempat lain yang sunyi? Argh, biarkah mereka! Apa yang  Izz kesalkan sangat, kenapa selalunya benda-benda begini sering berlaku kepada orang Melayu, yang beragama Islam? Kenapa tidak berlaku kepada bangsa dan agama lain? Tepuk dada, tanya lah iman masing-masing. Tak perlu lah Izz panjangkan cerita lagi.


Battle: Los Angeles





Berbalik kepada cerita, filem ini mengisahkan makhluk asing menyerang bandaraya-bandaraya besar seperti Buenos Aires, Seoul, France, Germany, China. Los Angeles, Amerika Syarikat menjadi saksi medan pertempuran yang sengit antara pasukan Marin AS dan makhuk asing. Filem nih memang padat dengan aksi perang antara manusia dan alien, jadi kepada penggemar filem yang bergenre aksi perang inilah filem yang sesuai untuk mereka.

Namun terdapat sedikit kelemahan yang ketera apabila rupa makluk asing dikatakan tidak releven, begitu biasa sahaja Izz melihatnya. Plotnya yang agak mendatar dan pengakhiranya yang cukup mudah. Apapun Izz berikan 3.5/5 bintang kepada filem ini. Selamat menonton!

 Pelakon:   Aaron Eckhart, Bridget Moynahan, Michelle Rodriguez, Michael Pena, Adetokumboh M Cormack



Wednesday, March 16, 2011

~ Facebook ditutup 15 Mac 2011 hanya sandiwara! ~

Pelik jugak sebab sampai sekarang ni Izz masih boleh melayari laman Facebook. Sebelum nih ramai yang mengatakan bahawa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg akan menutup operasi laman sosial Facebook pada 15 Mac 2011.  Menurut sebuat laman web http://weeklyworldnews.com/headlines/27321/facebook-will-end-on-march-15th/ Sebenarnya, ia adalah satu sandiwara oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengucar-kacirkan orang awam. Semua orang boleh menarik nafas lega sekarang. Tapi yang xmenariknya ada pula menyatakan penutupan Facebook pada 15 Mac 2012. Hah, xper, lagi setaun lambat lagi tuh. Izz pun boleh tidur lena sebab xperlu menyalin nama-nama kawan di dalam buku 999 buat masa terdekat ni. Hahaha!

~ Sold Out !!! ~

Jeng jeng.. Kalau sehari tak menjenguk ke blog memang xsah la jawabnye si Izz nih. Ikutkan badan nih memang dah letih tahap cipan tapi mata nih bila dah terpandang lappy tuh paham-paham jela, terus merangsang saraf motor dan mengarahkan tangan dan jari-jemari nih menekan punat power.

Izz actually baru jer sampai rumah balik dari menjual. Menjual apa, jeng jeng jeng.. Mestilah menjual burger! Hahaha saja wat suspens sikit tapi kebanyakkan readers dah tahu yang Izz bizness jual burger. Back to topic, so apa yang sold out?

Alhamdulillah malam ni jualan aku agak laris abis semua roti abis! Tu pun ada lagi yang tanya Izz

'Ada lagi burger bang?'

Mahu tidak mahu terpaksa menjawab

'Maaf dik, dah abis'.

Huhu sedih melihat muka customer yang tak sempat membawa balik burger. Hari semakin hari, ramai pulak yang membeli burger dari stall Izz. Alhamdulillah, Izz bersyukur sangat-sangat kepada Allah sebab semua rezeki nih semuanya turun atas kehendaknya. Jika Allah tidak perkenan, mungkin perniagaan Izz sekarang tidaklah semaju dahulu.

Sudah dua minggu berlalu, hari ke hari semakin bertambah bilangan pelanggan yang membeli burger. Mungkin orang sudah nampak perniagaanku berbanding seminggu yang lalu. Syukur alhamdulillah.

Sebenarnya, dari dulu lagi Izz bercita-cita sangat untuk berkecimpung dalam bidang bizness nih. Entah bagaimana atas pelawaan rakan, daripada 'main-main' kini menjadi lebih serius dalam bidang bizness nih. Mungkin inilah tapak untuk Izz berkembang lebih maju pada masa hadapan, Insya Allah!

Kata orang, bizness nih seronok sebab dapat pegang duit sendiri. Memang betul pun. Tapi tak semuanya kita sentiasa berada di atas, kadang-kadang kita berada di bawah. Ada hari kita untung, ada hari rugi. Memang lumrah mana-mana bizness pon macam tuh. Cuma sabar atau tidak smuanya tuh bergantung pada kita.

So kepada siapa-siapa yang ingin mencuba dalam bidang ini, Izz nasihat supaya jangan takut. Tetapkan dengan pendirian anda. Hadapilah dengan sabar dan tenang. Alhamdulillah, sekarang nih dalam satu malam sahaja boleh memperolehi keuntungan hampir RM50+, boleh dikatakan berbaloi-baloi untuk seorang yang menjual burger. (^_^)

Saturday, March 12, 2011

Test drive Ferarri, Superb!



Dapat test drive Ferarri?? Hahahaha.. Anda semua sudah terkena! Gelak lagi Hahaha. Hehe mana la mampu test drive, dapat bergambar di hadapan kereta Ferarri je yang Izz mampu pun. Siapa lah yang senang-senang nak benarkan orangyang tak ada duit macam Izz nih masuk dalam sebuah kereta yang bernilai jutaan ringgit tu. Sebenarnya kereta Ferarri tersebut adalah antara sebahagian daripada kereta yang dipamerkan di Autoshow C-Mart, Arau yang bermula dari 10 Mac hingga 14 Mac. Jadi kepada yang ingin melihat kereta Ferrari secara lebih dekat atau yang bercadang ingin membeli kenderaan, Izz mencadangkan di sini tempat untuk anda membuat tinjauan. Sekadar berkongsi, c-ya!



Wednesday, March 9, 2011

Kena tindih!

 Gambar hanya hiasan

Pada mulanya aku bermimpi. Seingat-ingat aku, dalam mimpi tu aku bersama seorang lagi rakanku di sebuah rumah. Kami sedang mahu tido dan tiba-tiba kami didatangi oleh bau yang cukup tidak menyenangkan. Busuknya tidak dapat aku gambarkan, terlalu busuk sehingga menusuk hidungku.

Aku berkata 'Bau apa pulak ni nak tido pon xboleh!'. Aku pantas menarik selimut yang muat-muat untuk dua orang itu. Tiba-tiba aku merasakan ada sesuatu yang bergerak-gerak di kaki aku, kemudian mengelilingi selimut kami dengan laju. Kemudian, ianya menekan-nekan ruang tengah antara aku dan rakanku itu.

Tanpa semena-mena, tubuhkan bagaikan ditekan dan ditindih oleh sesuatu. Dadaku  kuat ditekan. Aku cuba melawan dan menolak tapi tidak terdaya untuk melawan tekanan seperti kekuatan 10 orang menindih tubuhku. Tatkala dalam kekalutan itu, lantas aku ingat kepada ALLAH, Maha Mencipta Semua Makhluk. Aku menjerit menyebut kalimah ALLAH beberapa kali tapi jeritanku cukup lemah bagaikan anak tekakku dikunci sesuatu.

Semakin lama semakin kuat aku menjerit kalimah ALLAH dan jeritan yang paling kuat menyebabkan aku tersedar daripada mimpi. Mimpi burukku tidak berhenti begitu sahaja, tatkala aku membuka mata. Pantas anak mataku terpandang suatu objek gelap, dan nampak cahaya merah terang yang aku rasakan cahaya tersebut ialah sepasang mata.

Jantungku berdegup laju, aku bernafas cepat dan berpeluh. Objek tersebut memerhatiku lama, aku tidak pasti berapa lama tapi aku rasakan dalam tempoh 10 minit dan kemudian dia hilang dari penglihatanku sejurus pintu bilikku dibuka.


Mata seperti inilah aku lihat sedang memandangku lama di tepi pintu 

Aku terpandang wajah ibuku yang lengkap dengan berpakaian sembahyang. Selang beberapa minit kemudian, kedengaran suara azan bergema dari surau tamanku. Ibuku menenangkan diriku kemudian menyuruh aku mengambil wudhuk dan bersembahyang. Jam di dinding pada waktu itu menunjukkan jam 6.11pagi.


Ya ALLAH... Adalah aku bermimpi?? Atau adakah yang berlaku sebentar tadi adalah benar? Engkau jua yang maha mengetahui yang terang dan tersembunyi.

Sekadar ingin berkongsi kepada para pembaca. Terpulang kepada pembaca untuk menilainya.

Tuesday, March 8, 2011

Cebisah Wardah Terakhir

Along,

            Pusaramu di tepian pantai ini kuziarahi lagi. Aku bertimpuh, kurenjis air mawar agar pusaramu harum dan sesegar ingatanku padamu. Kutaburkan  kemboja putih meliputi pusaramu agar ia seputih salji. Sang bayu yang bertiup lembut membuat suasana sepi, sesepi hatiku sekarang. Kutatap batu nisan yang tegak berdiri kaku, terasa wajahmu seakan-akan tersenyum padaku. Kerinduan padamu membawaku kembali mengenangkan detik-detik ketika bersamamu.

            Segalanya bermula dua tahun lalu, ketika percutian semester pertamaku. Sekembalinya aku dari sekolah hari itu, aku terus mendapatkan emak yang sedang berehat di ruang tamu.

            “Ada surat untuk Shah hari ini, mak?” aku bertanya pada emak.

            “Entahlah Shah, kau lihatlah sendiri di atas meja.”

            Aku bergegas ke sudut ruang tamu rumahku. Aku melonjak gembira apabila mendapati sepucuk surat bersampul biru itu terletak di atas meja. Aku membuka surat itu dengan hati yang penuh berdebar-debar.

            “Shah, Along akan pulang ke tanahair pada penghujung bulan ini, tunggu kepulangan Along.” Ringkas sahaja isi kandungan surat itu.

“ Mak, Along akan balik mak.”

Wajah emak kelihatan berseri-seri apabila aku menyampaikan berita itu padanya. Apa tidaknya, Along yang menjadi kebangaan keluarga akan pulang dari seberang laut. Sebernarnya Along adalah abang tunggalku. Hanya aku dan Along sahaja dalam keluarga selain emak dan ayah. Along telah ditawarkan biasiswa oleh kerajaan untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang undang-undang di United Kingdom. Along memang petah bercakap, tidak seperti aku yang agak pendiam.

Sejak hari itu, aku mula menghitung tarikh yang telah ditetapkan oleh Along. Tidak sabar rasanya untuk menatap wajah kacak Along yang sentiasa berseri-seri. Begitu lambat rasanya detik berlalu.

Tibalah masa yang dinantikan. Awal-awal pagi lagi aku sudah bangun untuk menolong emak di dapur, sebelum mengejutkan ayah.

“Mimpi apa kau semalam Shah, tak pernah pun kau bangun awal begini?” Ayah bertanya sambil tersenyum sinis.


Selepas sarapan, kami bertolak ke lapangan terbang dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayah. Pesawat dari UK baru sahaja mendarat. Aku tercari-cari akan Along, yang dapat kulihat hanyalah wajah seorang pemuda yang seiras dengan Along tetapi serasaku itu bukanlah Along.

“Hei, Shah sudah tidak kenal Along lagi?” pemuda itu menyapa aku.

Alongkah itu? Tidak… itu bukan Along, wajahnya cengkung dan pucat sedangkan wajah Along kacak dan berseri. Bukan, itu bukan Along. Aku mula dilanda kesangsian.

“Eh…. Shah tak sedar Along panggil Shah tu.”

“Dengar mak,tapi…. “

“Apa yang bertapi-tapi lagi, inikan Along yang kita rindukan siang dan malam.” Suara emak menyedarkan aku dari lamunan.

Malam itu akan berbual panjang dengan Along, maklumlah sudah dua tahun aku tidak berbual panjang dengan Along. Pelbagai perkara yang kami bualkan. Aku bertanya kepada Along kenapa wajahnya terlalu pucat dan cengkung, tetapi Along seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan aku. Ah! Biarlah, asalkan Along berada di sisiku.

Sesudah seminggu Along berada di rumah, namun Along tidak seriang dahulu. Along lebih banyak menghabiskan masa di dalam biliknya. Entah apa yang dilakukan, aku sendiri tidak pasti.

Hari minggu begini, aku menghabiskan masa dengan mengemas rumah dan bilikku yang bersepah. Selesai berkemas, tergerak hatiku untuk melihat Along di dalam biliknya. Aku mengetuk pintu.

“Boleh Shah masuk?” Aku bersuara dari luar.

“Masuklah Shah.”

Aku mengamati persekitaran bilik Along, kemas dan bersih. Along memang begitu, terlalu mementingkan kebersihan. Mataku terus menyorot ke sudut bilik, sejadah, songkok, al-quran dan beberapa buah kitab agama tersimpan rapi. Setahu aku dulu Along bukanlah tergolong dalam golongan orang-orang rajin beribadat. Tapi kini, Along terlalu banyak berubah. Tidak, itu bukan satu perubahan yang aneh. Dalam diam aku bersyukur kepada tuhan akan perubahan ini.

“Along membaca semua kitab agama itu?” Tanyaku.

“Ya!” jawab Along dengan nada pendek.
“Shah hairan?” Along bertanya.

“Tidak, cuma…”

“Segalanya boleh berubah Shah, segalanya bersifat sementara.”

“Maksud Along?” tanyaku lagi, sekadar inginkan penjelasan.

“Segalanya adalah bekalan Along untuk menghadapi maut.”

“Along akan mati?” Aku bertanya seperti orang bodoh.

“Semua manusia akan mati. Shah, ayah, dan emak juga akan mati, Cuma kita tidak tahu bila saatnya.”

“Along, jika Along benar-benar sayangkan Shah, ceritakan apa yang telah berlaku pada Along.” Aku bertanya dengan penuh pengharapan.

“Shah, setiap kejadian anugerah tuhan, sebagai hamba kita patut menerima segalanya dengan penuh kesyukuran.”

Perbualan kami terhenti apabila azan zohor berkumandang dari corong radio di dalam bilik Along.

“Shah, kita bersolat bersama ya.”

Hari berlalu, Along kini makin kerap mengasingkan dirinya di dalam bilik, sekali-sekala Along akan keluar bersama ayah tapi entah ke mana. Wajah emak kulihat selalu sahaja muram, seolah-olah dirundung kesedihan. Aku cuba bertanya kepada emak ke mana Along dan ayah, tapi emak juga seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuanku.

Hari itu, ketika keluar bersama ayah, aku memasuki bilik Along yang kebetulan tidak berkunci. Fikiranku berkeceramuk, rahsia apakah yang hendak kucari di sini, botol-botol berisi pil tersusun di atas meja. Apakah makna semuanya ini? Hatiku berdebar kencang. Aku terpandang sebuah buku tebal berkulit hitam di atas meja Along. Aku mencapainya, kuselak helaian demi helaian, rupanya diari Along. Selakkanku terhenti bila tiba di suatu helaian yang betulis dengan pena berdakwat merah. Kuamati catatannya

21 FEB 2004 – aku diberitahu oleh doctor bahawa penyakit barah otakku makin   serius

Pandanganku tiba-tiba kelam, aku terjelepuk di atas lantai. Segalanya terurai kini, kutahu ke mana ayah dan Along pergi selama ini. Patutlah sikap Along benar-benar berubah sejak kebelakangan ini. Aku cuba menahan air mataku yang sudah berkaca, namun aku tewas. Aku menangis semahu-mahunya.
“Shah, kenapa ni?” Terasa bahuku disentuh orang. Ah! Rupanya Along.

“Sampai hati Along menyembunyikan perkara ini daripada pentetahuan Shah.” kataku sebak.

“Maafkan Along, Shah. Along tak bermaksud untuk merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Shah, Along tak mahu Shah turut bersedih di atas penderitaan yang Along alami. Biarlah Along sendiri yang menanggungnya.”



Pertama kali seumur hidupku aku melihat Along menangis begini. Begitu mahal air mata Along, tapi mungkinkah ianya tangisan yang terakhir daripada Along.

Malam itu Along tidak turun untuk makan malam bersama keluarga. Ayah menyuruhku memanggil Along. Kuketuk pintu bilik Along berkali-kali, namun Along tidak bersuara. Aku mula dilanda cemas. Aku menolak tombol pintu yang tidak berkunci. Kulihat Along berada di atas katil dengan Al-quran diletakkan di atas dadanya.

“Shah, Along sakit, tolong Along Shah.”

Aku menerpa ke arah Along, pada ketika itu juga aku menjerit memanggil ayah dan emak. Kami sekeluarga di sisi Along. Dalam kesakitan, Along masih mampu tersenyum. Ayah dan emak pula memegang tangan Along.

“Mak, ayah, ampunkan segala kesalahan Along, halalkan segalanya.” Aku dan emak menangis teresak-esak tetapi ayah tetap tenang.

“Shah, Along terpaksa pergi dahulu walaupun Along terlalu sayangkan Shah.”

Aku menggenggam erat tangan Along. Air mataku bercucuran mengalir menghempas ke tanah.

“Shah, jangan ditangisi pemergian Along. Simpanlah kitab-kitab itu dengan sebaiknya. Gunakanlah ia sebagai pedoman dan ingatlah pesanan Along, sayangilah ayah dan emak. Bahagiakanlah ayah dan emak dengan kejayaanmu dalam pelajaran, teruskanlah perjuangan Along.”

Keadaan Along semakin nazak, aku dan emak membaca surah Yassin untuk Along. Kasihan Along, betapa peritnya menghadapi detik-detik mautnya. Akhirnya seiring dengan suara azan di subuh hening dan dengan lafaz kalimah Syahadah Along pergi juga akhirnya.

Along,

Sudah lama aku di pusaramu, menatap batu nisan yang kaku dan mengenangkan detik-detik itu. Pastinya tiada siapa yang akan mengerti cetusan hati ini melainkan Allah.
Biarlah aku pulang dahulu. Aku pasti akan datang lagi, untukmu kuhadiahkan al-fatihah dan segugus doa dariku, semoga Along berbahagia di sana, pastinya aku akan menyusulimu nanti kerana nasib kita serupa. Namun seperti pesananmu, aku pasrah di atas segala-galanya. AMIN ….

Saya Sayang Ayah Saya!


Saya dengan ini menyatakan saya sayang ayah saya sgt! Sengal kan.. ehehe. Beliau yang dimaksudkan ialah Ahmad b Daim. Tanpa beliau, siapalah aku ini. Ampunkan segala dosa-dosa yang telah ku lakukan sama ada secara sedar atau pon tidak, terkasar bahasa atau mengguris hati secara tidak sengaja. Kerna diriku ini cuma manusia biasa. Anakmu ini berdoa agar abah sentiasa dipanjang umur, dimurahkan rezki. Semoga happy2 selalu dengan mak tersayang. Terima kasih atas segalah ABAH! Terima kasih kepada ayah-ayah seluruh dunia. Hek2.

P/S : Jangan sesekali kita melukai bapa kita.

Monday, March 7, 2011

Tuhan Lebih Sayangkan Dia


          
“Tuhan, aku bukanlah layak untuk Syurga-Mu, tetapi aku tidak pula menanggung seksa neraka. Dari itu, kurniakanlah keampunan kepadaku, ampunkanlah dosa-dosaku ……”

            Di kala orang sedang nyenyak tidur dibuai mimpi-mimpi indah, Ani bangun untuk menyembah Tuhannya, meminta dikasihi dirinya yang terlanjur. Dalam keheningan malam, Ani merintih dan merayu bersungguh-sungguh agar dia diampuni. Berjurai-jurai air mata Ani bagai rintik-rintik  hujan yang tiada putusnya.
           
            “Kukira orang yang jahat seperti aku ini, tidak layak lagi diberi nyawa, hanya mengotorkan bumi-Mu yang suci ini. Tetapi Engkau Maha Mengasih, walaupun aku telah mengotori bumi-Mu yang suci ini, namun aku masih lagi diberi kenikmatan untuk terus hidup….” Ani tenggelam dalam dunianya. Semua kawannya sedang nyenyak  tidur, tetapi Ani tidak peduli. Biarlah orang lain tidur, kerana mereka tidak berdosa seperti Ani. Mereka tidak perlu pada Tuhan seperti Ani.

            Ani merasakan dosanya terlalu berat. Lebih berat daripada dosa orang yang berzina, lebih berat dari dosa orang yang meminum arak, lebih berat dari dosa orang yang membunuh, malah lebih berat daripada dosa yang orang lain lakukan, kecuali syirik. Ani masih lagi Islam. Ani tidak pernah menduakan Allah, malahan Ani jarang tinggalkan sembahyang. Tetapi dosa yang Ani lakukan … pernah Allah terbalikkan bumi kerana murkanya dia terhadap orang yang melakukan dosa itu. Begitulah kemurkaan Allah terhadap mereka yang bercinta, berkasih-kasihan sesama jenis. Bermakna sesungguhnya Allah terlalu benci pada mereka itu, hingga tiada lagi keampunan buat mereka. Tetapi itu bukan bermakna Allah zalim! Telah banyak peringatan yang diberi melalui Rasul-rasul-Nya, namun manusialah yang sengaja menzalimi diri meraka sendiri, lantaran itu , mereka tidak sedikit pun mengindahkan larangan Allah. Manusia beginikah yang harus dikasihi lagi? Sewajarnya Allah melakukan sedemikian sebagai peringatan buat umat akhir zaman.

            “Ya Allah! Ampunilah dosaku yang terlanjur itu, aku berjanji akan meninggalkan perbuatanku yang terkutuk itu, aku tahu ya Allah, aku terlalu murka terhadapmu. Entah di  neraka manakah yang bakal Engkau hambakan diriku yang kotor ini. Aduh….” Semakin jelas tangisan Ani. Ani terbayang neraka yang menyala-nyala apinya menunggu-nunggu kedatangannya untuk dibaham. Ani teringat Ustazah Halimah pernah menceritakan keadaan di neraka kepadanya sebelum ini.

 
 “Wahai Tuhan, Engkau pandanglah hamba-Mu ini dengan belas kasihan-Mu. Janganlah kerana dosaku ini menyebabkan Engkau turunkan bala sepertimana umat terdahulu. Janganlah hanya kerana dosaku seorang sahaja semua orang menjadi korban. Kasihanilah kami, ya Allah.” Ani merasakan yang dia benar-benar berbisik-bisik dengan Allah dan dia begitu yakin. Moga-moga ketika itu Allah medengar akan rintihannya. Rintihan dari hamba yang berdosa itu.
           
            Oleh kerana terlalu khusyuk merayu kepada Allah, Ani tidak menyedari bahawa loceng asrama telah berbunyi. Loceng yang mengejutkan pelajar-pelajar untuk bangun mengerjakan sembahyang subuh. Dua tiga orang pelajar yang sama kamar dengan Ani terkejut melihat Ani tersedu-sedu menangis dengan telekungnya yang dibasahi oleh air matanya. Mereka tidak tahu akan masalah yang Ani hadapi. Sungguh pelik, biasanya Anilah antara orang yang paling susah untuk bangun mengerjakan sembahnyang subuh. Tetapi disiplin sekolah Ani memang begitu ketat. Setiap pelajar diwajibkan bersembahyang berjemaah. Ada pengawas-pengawas yang bertugas untuk memastikan pelajar mengikut peraturan tersebut. Pada waktu subuh, pengawas terpaksa membawa segayung air untuk mengejutkan pelajar-pelajar yang susah bangun daripada tidur. Antara pelajar yang selalu kena dipercikkan air ialah Ani. Tetapi pada pagi itu, Ani amat berlainan sekali. Kamar Mawar menjadi gempar pada pagi itu. Pelajar-pelajar lain berbisik-bisik sesama sendiri kerana melihat kelainan yang berlaku terhadap diri Ani.

            Kenapa Ani? Ani sakitkah? Ayah Ani meninggalkah? Atau ibu Ani sakit?

            Berbagai-bagai persoalan yang timbul. Semua orang tidak tahu apa yang terjadi pada Ani. Tetapi…. hanya beberapa orang yang terlibat dan beberapa orang ‘senior’ yang tahu tentang perkara  yang sebenar berlaku terhadap Ani.

            Senior’lah yang meyelidik perkara ini. Bukan mereka saja mengintai. Tetapi masalah seperti Ani kerap berlaku di sekolah itu. Maklumlah sekolah perempuan. Sudah banyak pengalaman yang mereka berhadapan dengan kes seperti Ani. Mereka dapat agak, kalau persahabatan seseorang terlalu rapat, dikhuatiri mereka nanti terlibat dengan lesbian. Sebab itulah Ani dan pasangannya dipanggil berjumpa Ustazah Halimah secara empat mata untuk dinasihati.

            “Ani, Ustazah tak menuduh Ani melakukan perbuatan keji itu tetapi ustazah sekadar ingin menasihati Ani agar tidak terlanjur. Ani, orang yang berkasih sesama jenis dikutuk oleh Allah dan segala makhluknya di bumi. Rumput yang Ani pijak setiap hari melaknat Ani. Burung  di langit, ikan di laut semuanya mendoakan celaka untuk orang yang buat maksiat. Malah nasi yang Ani makan pun, kalau kita boleh mendengarnya, nasi menangis kerana dimakan oleh orang yang derhaka kepada Allah”.

            Ani tunduk. Walaupun Ustazah, dan kawan-kawannya yang lain juga tidak tahu. Tetapi….Ani tidak boleh lari dari pengetahuan Allah!!!!

            Allah tahu apa yang Ani lakukan, walaupun Ani bersembunyi! Tanpa disedari air matanya jatuh menitis perlahan-lahan ke atas ribanya.

            “Ani”, Ustazah Halimah menyambung lagi. “Bukankah Allah pernah terbalikkan bumi kerana murkanya Dia terhadap Kaum Nabi Luth. Ani, ceritalah pada ustazah, apa masalah kamu sehingga kamu boleh terlibat dengan perbuatan itu….” Ustazah merayu lembut pada Ani. Ustazah Halimah memang terkenal dengan sifat lemah-lembutnya, tetapi dia cukup tegas dengan disiplin sekolah.

            Ani masih tetap membisu seribu bahasa. Dia tidak tahu dari mana dia hendak memulakan cerita, tetapi sebenarnya dia malu. Dia malu untuk menatap wajah Ustazah Halimah. Dia malu untuk menatap wajah senior-senior yang tahu masalahnya. Malahan dia malu untuk keluar bertemu dengan semua orang.

            “Ani, kamu boleh bersembunyi di dunia tetapi kamu tidak boleh bersembunyi dari ditonton filem kamu di padang mahsyar kelak. Kalau kamu malu pada Ustazah, kecil sangat jika dibandingkan malunya kita di akhirat nanti bila filem lakonan kita ditayangkan pada seluruh manusia yang pernah hidup di bumi sejak Nabi Adam hinggalah umat Nabi Muhammad yang terakhir”. Begitulah panjang lebar Ustazah Halimah menasihati Ani.

            Ani akur dengan kata-kata Ustazah. Terasa kecut perut Ani apabila mendengar tentang lakonan yang akan ditonton oleh seluruh umat manusia. Di mana hendak  hendak diletakkan muka tatkala itu?

            Itulah di antara nasihat-nasihat Ustazah pada Ani tempoh hari.

            Sejak Ani berjumpa Ustazah, Ani berubah menjadi seorang yang pediam. Ani lebih suka bersendirian. Yang paling ketara, Ani kerap menangis. Setiap kali terkenang kata-kata Ustazah, Ani jadi takut. Takut kalau-kalau Allah tidak mengampukan dosanya. Sesekali Ani terasa nyawanya di ambang pintu maut, pada waktu itu. Ani seakan-akan mahu meraung-raung meminta agar dosanya diampunkan. Ani takut untuk bertemu Allah dalam keadaan dirinya penuh noda dan dosa.

            Sudah seminggu Ani mengurungkan diri. Ani tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun. Malah Suzanna, yang sama-sama terlibat dengan Ani. Ani sudah bertekad, dia hendak memutuskan persahabatannya dengan Suzanna. Dia tidak sangka syaitan telah berjaya memperdayakannya selama persahabatannya itu yang suatu ketika dulu dia hanya menganggap  Suzanna sebagai adik angkatnya sahaja. Tetapi lama-kelamaan, hubungan mereka menjadi lebih serius. Mereka menjadi pasangan yang intim, pasangan yang romantik. Pandai syaitan memasukkan jarumnya ke dalam nafsu insan remaja sedang belajar di Sekolah Agama Maahad Tahfiz. Kalau perkara tersebut berlaku di Sekolah St. Mary atau di Sekolah Convent tak kisahlah, tetapi ianya berlaku di sekolah yang mengajar ilmu agama, ilmu ketuhanan!!

            Ani tidak lalu makan. Badannya semakin susut. Matanya bengkak kerana terlalu banyak menangis. Suhu badannya meningkat. Ani demam. Ani terpaksa mengambil cuti kerana demamnya. Mungkin Ani demam kerana terlalu memikirkan dosa-dosa yang dilakukannya.
            Masalah Ani masih menjadi tanda tanya bagi Kamar Mawar. Tentu berat masalah yang dihadapinya sehingga boleh menyebabkan Ani terlantar sakit, maing-masing hanya dapat mengagaknya sahaja. Semua senior-senior yang tahu masalah Ani tetap membisu. Pada mereka, biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Mereka kasihan pada Ani. Tentunya Ani malu untuk berdepan dengan mereka. Tetapi mereka sedar, takdir Allah atas sesuatu perkara, pasti ada hikmahnya. Biar malu di dunia daripada malu di akhirat, sekurang-kurangnya masih ada kesempatan untuk bertaubat.

            Kak Salbiah, antara senior yang tahu masalah Ani, seringkali menziarahi Ani di Bilik Sakit.

            “Assalamualaikum Ani,” Kak Salbiah masuk dengan langkahnya yang taratur sambil senyum kapada Ani.

            “Bagaimana demam Ani hari ni? Dah beransur kurang panasnya?” Tanyanya sambil tangannya meraba kepala Ani.

            “Kak, orang yang berdoa macam Ani ni buat apalah diziarahi selalu. Kan lebih baik akak ziarah orang lain….”

            “Ani, janganlah Ani berkata begitu. Dik, Firaun yang jahat sehingga mengaku dirinya tuhan itu pun masih Allah kurniakan lagi kenikmatan hidup di dunia. Ani, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dik,” Kak Salbiah mengukir senyum lagi.

            “Kak, mahukah Allah menerima taubat Ani?” Tanya Ani pada Kak Salbiah. Air matanya bergenang di kelopak mata.

            Pilu hati Kak Salbiah mendengar pertanyaan Ani.

            “Ani, akak bersyukur Ani telah bertaubat sekarang. Kalau kita bertaubat bersungguh-sungguh  dan    berazam tidak mahu mengulangi dosa-dosa yang lalu,
inya-Allah, yakinlah yang Allah akan menerima taubat kita.”

            “Kak, dosa Ani terlalu berat Kak. Kak, Ani takut kalau-kalau Allah tidak terima taubat Ani. Ani tidak mahu masuk neraka, kak.”

            Semakin deras air mata Ani mengalir. Nampaknya dia bersungguh-sungguh bertaubat dari dosanya. Salbiah tahu, hati Ani bersih sebab itulah dia mudah menerima teguran orang. Memanglah manusia mana yang tidak berdosa selain para Nabi yang maksum. 

             



            “Ani, Allah tu rahmat-Nya Maha luas, orang kafir yang sepanjang hidupnya menyekutukan Allah, apabila dia mengucap dua kalimah syahadah sekali sahaja, Allah ampunkan segala dosa-dosa yang pernah dia lakukan, umpama dirinya itu seperti bayi yang baru lahir. Begitulah Maha Pengampunnya  Allah Taala, Insya-Allah Dia akan ampunkan dosa-dosa yang Ani lakukan.

            Lega sedikit hati Ani mendengar kata-kata daripada Kak Salbiah, namun dia masih tetap terbayang-bayang dosa-dosa yang pernah dilakukannya. ‘Filem’nya telah pun dirakam, bererti dia tidak dapat lari daripada ditonton oleh perhimpunan raksasa di padang masyar kelak. Aduh……malunya!

            “Kak, Ani rasa lemah sangat Kak Salbiah. Demam Ani semakin teruk. Semalam Puan Zainab membawa Ani ke klinik. Doktor kata, suhu badan Ani naik lagi. Kak, doakanlah  Ani. Ani takut unutk bertemu dengan Allah. Ani banyak dosa…….”

            Semakin kuat tangisannya. Bilik Sakit menjadi gempar. Dua tiga orang yang lalu di hadapan bilik tersebut, menjengok-jengok di tingkap cermin untuk melihat siapa yang meraung-raung di dalam.

            Salbiah panik. Salbiah menyuruh seorang pelajar memanggil Ustazah Halimah di bilik guru. Ani tetap menjerit-jerit.

Tidak lama kemudian, Ustazah Salbiah datang dengan tergopoh-gapah. Ustazah tahu Ani menghadapi tekanan perasaan, terlalu memikirkan dosa yag dilakukan.

“Salbiah, kamu ambil air Yassin di atas almari tu cepat, Ustazah nak sapukan ke muka Ani.” Salbiah menurut sahaja.

“Ani, mengucap Ani. Janganlah diikutkan perasaan sangat. Ingat Allah. Moga-moga Allah akan sembuhkan demam kamu.” Sambil tangan Ustazah itu menyapukan air Yassin ke muka Ani. Tangisannya semakin reda. Usatazah lihat bibir Ani bergerak-gerak. Agaknya dia mengucap, fikir Ustazah.

“Ustazah, Ani dahaga,” suara Ani tersekat-sekat. Mulutnya masih lagi bergerak-gerak. Ustazah lihat ada sesuatu kelainan pada Ani. Cepat-cepat Ustazah menyudukan air Yassin ke mulur Ani. Kemudian Ustazah mengajarkan Ani kalimah syahadah di telinga kanannya.

“Salbiah, kamu ambil Yassin dan bacakan di kepala Ani,” minta Ustazah pada Salbiah.

Salbiah faham. Dia dapat merasakan apa yang Ustazah Halimah rasakan. Memang ada suatu kelainan pada Ani. Matanya asyik memandang ke atas sahaja.

“Ani, ingat Allah sayang. Moga-moga Allah ampunkan dosa Ani.” Menitik air mata Ustazah ke bantal Ani. Ustazah dapat rasakan tidak lama lagi Ani akan pergi. Ustazah tidak sudah-sudah mengajarkan kalimah Allah ke telinga Ani. Sebaik sahaja Ustazah mendengar Ani menyebut Allah, nafasnya putus.

Sebak dada Ustazah. Aliran air matanya semakin deras. Salbiah terhenti membaca. Dipandangnya wajah Ustazah. Kemudian dilihatnya wajah Ani………matanya telah tertutup rapat.

“Ani!!!!!” Terlepas Al-Quran yang dipegangnya tadi. Cepat-cepat Ustazah menghulur tangan menyambut Al-Quran yang terjatuh dari tangan Salbiah tadi.

“Sudahlah Salbiah. Ustazah yakin Ani sempat bertaubat dari dosanya. Biarlah Allah ambil dia. Moga-moga dia tergolong dalam golongan orang yang telah diampunkan dosanya, Amin.”

Ustazah menarik selimut yang menutupi badan Ani dan menutup seluruh badannya hingga ke kepala.

Ustazah tahu, Allah lebih sayangkan Ani, sebab itulah diambilnya Ani dalam keaadan dia telah pun bertaubat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...