CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, March 31, 2011

~ Kejujuran Semakin Hilang ~

 Orang ramai berebut-rebut memungut beras yang bertaburan akibat kemalangan jalan raya
baru-baru ini mencetuskan persoalan mengenai tahap kejujuran rakyat negara ini.

APAKAH perkara yang menjelekkan berlaku pada bulan Februari lalu? Rasanya mungkin membabitkan insiden sebuah lori beras yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Bukan kemalangan itu tetapi situasinya yang menonjolkan kejelekkan sikap rakyat negara ini yang kononnya kaya dengan sopan santun dan budi bahasa serta tebal nilai dan budaya timur.

Dalam insiden tersebut orang ramai yang lalu lalang dengan rakus mengaut beras yang bertaburan dan mengisinya dalam apa juga bekas yang ada termasuk topi keledar dan beg tangan.Kerana tamak mahukan beras percuma yang bertaburan mereka langsung tidak mempedulikan pemandu dan kelindan lori tersebut yang cedera serta dalam kesakitan.

Lebih mengharukan orang ramai yang mengerumuni lokasi kemalangan itu seperti semut menghurung gula - langsung tidak endah kepada mangsa yang cedera.Persoalannya patutkah situasi tersebut berlaku di sebuah negara Islam yang kononnya mempunyai masyarakat yang mengamalkan tata susila yang tinggi?

Adakah ini menunjukkan rakyat negara ini sudah tidak ada nilai kemanusiaan dan tidak lagi prihatin terhadap mereka yang memerlukan? Sejauh manakah tahap integriti masyarakat di negara ini terutama di bandar? Masih adakah lagi golongan yang bersikap jujur dan prihatin?

Kebanyakan petugas di kaunter tersebut berkata: "Lebih banyak aduan barang hilang daripada mereka yang pulangkan barang yang dijumpai."Ini bermakna tidak ramai masyarakat yang bersikap jujur. Jawapan daripada petugas kaunter itu memberikan gambaran bahawa jika kita kehilangan barang atau tertinggal sesuatu, jangan harap akan menemui kembali. Mereka yang menemui barang tersebut tidak akan memulangkannya.

Tidak puas hati dengan jawapan kakitangan kaunter hilang dan jumpa itu penulis melakukan sendiri ujian untuk mengenalpasti tahap integriti dan kejujuran penduduk di ibu kota khususnya.


Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Utusan Malaysia, 31 Mac 2011

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...