CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, January 22, 2012

OMG , itu Nora Danish lah !

Aku bermula malam pertama kerja shiff malam semalam .. biasalah , sekali dalam sebulan memang tak terlepas kena kerja malam ..

Malam semalam patient yang datang ke department boleh dikatakan stable , yang popularnya kes keracunan dan high grade fever di kalangan peadiatric .. Jumlah yang datang pun agak kurang .. mungkin disebabkan cuti Tahun Baru Cina agaknya .. orang Kuala Lumpur dah balik kampung masing-masing kot..

Mata aku tiba-tiba terarah ke arah seorang wanita yang membawa seorang anaknya sedang berjalan masuk melepasi pintu jabatanku .. Eh , macam kenal je dia ni ? Adakah ... Siapakah? Tak mungkin lah ...

Tup-tup nah , NORA DANISH berada di depan mata aku ! Pergh , tiba-tiba ja aku rasa macam nak melompat , nak menjerit , jadi tak tentu arah dan nak pengsan pun ada .. Hahahah.. Sapa yang tak kenal dengan Nora Danish kan ? Favourite artis yang aku minat kot ..

 Dia mendaftarkan nama anaknya untuk berjumpa dengan doktor kerana demam .. nama anak dia pon sedap , wajah comel memang serupa dengan beliau .. Tapi Nora Danish tidak keseorangan , dia ditemani oleh seorang mamat .. Sapa mamat tuh aku tak nak ambik port, buat apa nak tahu hal tepi kain orang lain kan..

Kadang-kadang aku terfikir , susah jugak kan life seorang artis ataupun celebreti ni .. Pukul 3 pagi baru bawa anak jumpa doktor ? Mest ada sebab kan .. biasalah mungkin risau diketahui oleh wartawan or media massa .. Nasib lah kita di Malaysia , malam-malam tak ada reporter atau spy yang memerhatikan tak seperti di negara barat ..

Walaupun tak lama , dapat juga aku bersembang dengan Nora Danish malam tadi .. Pergh !! Rasa nak snap gambar dengan dia tapi bila difikir balik , biarlah .. takut dia taknak pulak sebab muka pun agak tak terurus karang aku upload gambar dalam facebook tak pasal-pasal pulak kena saman ! Hehehe

Bertuah aku , tak perlu pergi karnival JOMHEBOH atau mana-mana karnival untuk bertemu artis .. tak perlu nak bersesak-sesak dengan orang ramai..

Suka sangat-sangat dapat jumpa NORA DANISH ! Auwwwwww ....


* harap dapat berjumpa LISA SURIHANI pulak lepas ni.. :D *

2 comments:

  1. mana bukti...x nak percayalah..sebab xder bukti..huh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ler.. watpa la aku nak tipu.. jeles la tuh ! ahahaha

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...