CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday, January 27, 2012

Aku jadi pelumba kereta !

ngah warm up enjin ni..

Seriously , dari kecik lagi memang aku bercita-cita nak jadi seorang racer .. bukannya senang nak jadi seorang racer , kena ada bakat semulajadi dan sponsorship barulah kita akan nampak di mata orang ..

orang yang macam aku ni ? setakat show-show atau karnival-karnival boleh la join .. tu pun kalau nak masuk kena berbayar sendiri .

Kemarin aku berpeluang menjadi seorang pelumba dan merasa berlumba di litar .. itu pun sebagai racer go-kart jer .. dapat gak pengalaman membawa kereta go-kart untuk kali pertama dalam hidup. Yay !

Round pertama memang agak kekok sebab ni lah pertama kali aku dapat pegang stereng tu , asyik-asyik tekan brek je.. masuk round kedua aku ubah style driving, terus tak bagi peluang ler kat 3 racer yang lain .. daripada 4th place , aku kejar terus dapat 1st place .. Hahaha memang sempoi !

Seronok gila dapat test berlumba dalam litar walaupun hanya go-kart , tapi serius bila dah pegang stereng tuh korang mesti akan terasa seperti berada dalam pelumbaan besar .. dan ramai mata-mata yang memerhatikan korang dan apatah lagi kalau korang tengah leading .. ada-ada jela yang terus kenyit-kenyit mata kat korang membuatkan anda pasti terasa gian untuk berlumba lagi !

Shafiq , azman , sham  tunggu la aku nak racing dengan hampa plak pasni..  Get ready pasni kita lumba ya !


sempat lagi toleh tengok orang belakang tu..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...