Assalamuaikum..
Salam sejahtera semua.. hari ni tarikh bermakna bagi semua jururawat wanita mahupun lelaki kerana 12 MEI merupakan 'Hari Jururawat Sedunia'.. sungguh bermakna bagi insan yang bergelar jururawat kerana jasa mereka dihargai oleh masyarakat.. kerjaya anda amatlah mulia di sisinya kerana merawat dan menyelamatkan nyawa manusia yang lain.. Izz sebagai bakal jururawat ingin berpesan kepada diri sendiri dan semua rakan-rakan sekali, pikul lah tanggungjawab yang diamanahkan dengan sepenuh ikhlas dan bertanggungjawab.. anda amat bertuah kerana menjadi seorang jururawat.
Yang Izz pula tak tahu la bila akan bergelar jururawat lelaki ni.. masih belum ada rezki nampaknya.. tidak mengapa kerana Allah telah menentukan rezeki masing cuma yang membezakan hanya cepat dan lambat jer.. Mizzy, Azyan, Nissa, Ika, Pirul, dan semua yang masih lagi belum bekerja.. bersabarlah wahai kalian semua.. kepada semua sahabat-sahabat Izz yang bergelar jururawat terutamanya Dae, Faris, Sam, Arif Aziz, Arif Fazillah dan Remey dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini.. Izz ingin mengucapkan
'HAPPY NURSES DAY'.
selamat hari jururawat buat kawan-kawan..:)
ReplyDeletetq Lulu Caldina.. :D
ReplyDeletesabar ye abg izz... ada rezeki tuh,tapi lambat sket la..:P
ReplyDelete