CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday, May 20, 2011

Malaysia Tertinggi Kadar Gemuk di Asia Tenggara

 Ehsan dari Google

Malaysia merupakan negara yang mempunyai paling ramai penduduk obes atau gemuk di Asia Tenggara, menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tahun lalu. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kajian yang dijalankan itu mendapati, sebanyak 16.3 peratus penduduk negara ini mengalami masalah obesiti.

Di peringkat Asia, Malaysia berada di kedudukan keenam di belakang Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Kuwait dan Jordan, yang merupakan negara-negara Asia Barat. "Arab Saudi berada di tempat pertama dengan 35.6 peratus diikuti oleh Emiriah Arab Be rsatu (33.7 peratus), Bahrain (28.9 peratus), Kuwait (28.8 peratus) dan Jordan (19.5 peratus).

"Hanya Malaysia negara dari Asia Tenggara yang berada di tempat keenam bagi seluruh Asia," katanya ketika dihubungi, di sini baru-baru ini. Sementara itu, WHO turut menyenaraikan 10 'negara paling gemuk' di dunia.

Negara-negara tersebut ialah Samoa iaitu 93.5 peratus daripada rakyatnya obes diikuti Kiribati (81.5 peratus), Amerika Syarikat (66.7 peratus), Jerman (66.5 peratus) dan Mesir (66 peratus).
Lima lagi negara ialah Bosnia-Herzegovina (62.9 peratus), New Zealand (62.7 peratus), Israel (61.9 peratus), Croatia (61.4 peratus) dan United Kingdom (61 peratus).

Menurut Rosnah, kedudukan obesiti sesebuah negara adalah petunjuk bagi trend pemakanan, kesihatan dan budaya bagi negara tersebut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...