CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, January 18, 2011

LJM Lulus!

Lulus!! Sukar nak digambarkan oleh kata-kata. Hanya tuhan saja yang tahu perasaan aku ketika itu. takot, risau, menggeltar. Bermacam-macam yang bermain di fikiranku aku ketika itu. Apabila aku baca perenggan 'Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa tuan/puan telah LULUS dalam LJM' rasa macam nak lompat jer masa tuh.Tapi aku cover la sebab ada ramai lagi batch aku yang tengah waiting nak ambik results. Ada yang tersenyum, masam, menangis, gembira, melompat semua. Pelbagai ragam aku tengok masa tu.

Alhamdulillah, aku panjatkan kesyukurkan kepada Allah kerana apa yang aku doakan kepanya-Nya selama ini dimakbulkan. Lepas ni busy antar resume ke hospital-hospital. Selangkah lagi untuk menggelar sebagai seorang jururawat. Terima kasih yang tak terhingga ku ucapkan kepada tenaga pengajar, staff, dan teman-teman yang telah banyak membantuku selama 3 tahun ini di Kolej Poly-tech Mara. Jasa kalian tidak mungkin dapat aku lupakan.

Thanx kepada dae dan helmi kerana sudi teman aku ambik result.


Kami lulus!

2 comments:

  1. waaaa..tahniah2 atas kejayaan anda...teruskan usaha dan all the best untuk mengecapi cita2 anda...again...congrats!!! :-D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...