CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, January 15, 2011

Kebaikan Beristigfar



Apabila berdepan masalah hidup, fikiran dan perasaan menjadi resah serta bercelaru. Namun, Allah memberikan orang mukmin pelbagai jalan bagi menangani apa saja permasalahan hidup di dunia ini.

Satu daripadanya ialah amalan beristighfar untuk memohon keampunan Allah sebanyak yg boleh setiap hari sbg ibadah. Sabda Rasulullah SAW bermaksud ' barang siapa memperbanyakkan istighfar, Allah melepaskan segala kesulitannya, menjadikan jalan keluar bg ksempitannya dan mengurniakannya rezeki dari sumber yg tidak diketahui.' (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Inilah perkhabaran gembira buat mukmin yg selalu melazimkan istighfar dlm kehidupannya. Dalam satu riwayat Ar-rabi' bin Sobih berkata kpd Imam Al-Hassan: ' Kaum lelaki dtg kpdmu dgn mengadu mengenai pelbagai masalah utk mereka semua, kamu menyuruh beristighfar.'

 Lalu kata Al-Hassan: ' Aku tidak berkata apa-apapun drp pendapatku sendiri, bahkan sesungguhnya Allah mengatakan dlm surah Nuh, Hendaklah kamu memohon ampun kpd Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Dia akan menghantar kpd kamu hujan dgn lebat. Dan memperbanyakkan harta dan anak dan mengadakan utkmu kebun-kebun dan mengadakan pula didalamnya sunngai-sungai.' (Surah Nuh, ayat 10-12)

Begitulah kedudukan istighfar sbg mekanisme menghadapi pancaroba hidup. Tidak ada msalah yg tidak boleh diselesaikan seandainya Allah membantu kita, begitulah sebaliknya. Tiada apapun boleh dilakukan tanpa pertolongan dr Allah.

Kita seharusnya mengambil iktibar pengajaran kisah Nabi Nuh spt diceritakan dlm Al-Quran ketika baginda menasihatkan kaumnya memperbanyakkan istighfar kpd Allah supaya segala dosa mereka diampunkan dan Allah memberi limpah kurnia hujan dan menumbuhkan rezeki kpd mereka.

Firaman Allah bermaksud: ' Dan (dia) berkata, wahai kaumku, mohonlah ampun kpd Tuhanmu lalu bertaubatlah kpd-Nya nescaya Dia akan menurunkan hujan yg sangat deras atas kamu dan Dia akan menambahkan kekuatan kpd kekuatanmu dan jgnlah kamu berpaling dgn berbuat dosa.' (Surah Nuh, ayat 52)

Nyata taubat dan istighfar adalah penyelesaian masalah hidup. Oleh itu, dlm kehidupan serba moden hari ini, amalan taubat dan istighfar mestilah tidak dicuaikan sebaliknya dijadikan amalan harian khususnya selepas solat wajib mahupun sunat.

Al-Imam Al-Qurthuby mengatakan taubat dan istighfar seseorang mukmin itu akan diluaskan pintu rezekinya serta mampu menikmati kehidupan dgn tenteram dan bahagia. Kita mengalami msalah mungkin disebabkan mksiat dan dosa yg kita lakukan, zahir ataupun batin. Dgn tompokan dosa itulah menjadi penghalang terbukanya pintu rahmat dan rezeki dr Allah.


Hali itu pernah disuarakan Rasulullah SAW dlm sabda yg bermaksud: ' Sesungguhnya seorang hamba itu diharamkan dosa yg dilakukannya.' (Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Hakim). Sbg hamba Allah, kita tidak harus lalai drp bertaubat dan istighfar kerana tiada seorang manusia yg tidak dapat lari drp melakukan dosa. Utk melepaskan diri drp belenggu dosa dilakukan secara sedar atau tidak, ialah dgn memperbanyakkan taubat dan istighfar kpd Allah.

Jangnlah menganggap diri kebal atau bersih dr dosa lantaran sentiasa menuruti apa saja perintah Allah kerana kita mungkin dijangkiti penyakit hati dan dosa maksiat hati juga akan menjadi penyebab timbulnya pelbagai dugaan hidup.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...