CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, January 12, 2012

Semalam di I - City

Angan-anganku apabila duk kat Kuala Lumpur ni ialah jejak ke I-City .. Yela , seronok dan besh tempat tu kata orangla.. Dan ahad lepas aku berkesempatan makan angin kat I-City ..

Nak masuk bukan free, kena bayar tau ! Haa kalau tak silap 6pm - 6am kena bayar RM10 untuk parking .. Dari tol gate tuh dah penuh beratur dengan kenderaan .. Belum masuk dalam lagi, mesti ramai orang punya !


Dari jalan utama dah nampak roda berpusing yang tinggi tuh, cantik sangat sebab dihiasi dengan lampu .. Susah jugak la nak cari parking sebab malam tuh memang sesak la dengan orang  .. malam minggu katakan, terpaksa letak kereta kat basement kena jauh sikit berjalan ..

Dah siap parking , aku dan kawan jalan-jalan ke gerai-gerai jualan yang didirikan bawah bumbung.. Tempat tuh siap ada pentas kebetulan malam tuh ada pertandingan karoke, tapi sempena dengan Chinese New Year la . Off course lah penyanyi-penyanyinya semua chinese-chinese belaka ..

Abis pusing semua gerai, aku bergerak pulak ke tempat yang dinanti-nantikan.. Taman yang dipenuhi dengan cahaya neon lampu.. Pokok-pokok, haiwan-haiwan sumua dipasang dengan lampu berwarna warni.. Memang cantik !

Bagi mereka yang malas berjalan, jangan risau kerana ada disediakan railway train untuk pusing taman .. Yang beshnya railwaynya berada di atas, jadi korang boleh nampak pokok-pokok suma tuh dari atas .. Yang tak beshnya pulak, anda terpaksa beratur panjang untuk menanti giliran menaikan train tuh !

Aku pilih untuk berjalan kaki dan pusing-pusing seluruh taman tuh .. Memang cantik dan terpesona dengan lampu-lampu yang berwana-warni kat situ ..

Untuk hiburan pula , pihak taman ada menyediakan mini funfair seperti kuda berpusing .. Kepada yang berani dan sukakan extreme, boleh cuba lah Pirate Boat dan Swing (Tak tau betoi ka dak eja) .. Boleh tahan la, tak dak la extreme mana pun kalau nak dibandingkan dengan funfair yang buat kt Alor Star dulu.. Itupun abis puas suma pakat dok jerit bagai nak gila, aku rasa macam nak gelak pun ada.. Hahaha.

Setakat itu jelah, apa-apa pun tempat ni memang seronok la kalau kita bawa family atau bersama dengan insan yang tersayang. Cewah, romantis gitu tau ! Kepada yang belum pernah pergi ke I-City, cuba lah kerana aku rasakan tempat ni memang indah untuk dilawati..




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...