CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, January 2, 2012

2012 New Year Celebration

Assalamualaikum kawan-kawan blogger (^_^)

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita dipanjang umur dan diberi peluang
untuk hidup ketika menyambut kedatangan tahun 2012 ini.. Cuba kita renung-renung
dan mengenang nasib mukmin dan insan yang telah pergi meninggalkan kita untuk
selamanya..

Aku night duty pada malam tahun , jadi terpaksa la sambut kat hospital jew.. 1 hari sebelum tuh aku dan geng, kitorang dah plan nak adakan jamuan pada malam new year tuh. Siapa yang kerja pada malam new year 2012 tuh diwajibkan membawa serba sedikit makanan.

So malam tuh aku bawalah pizza dan roll cake. Phee bawa domino pizza, dayang bawa speggeti..
Lim dan Ika aku pula dak tak ingat dorang bawa apa, rasa-rasa juice dengan cake jgak kot..

Masuk shiff pukul 9malam, aku bertindak sebagai team leader (TL) pada malam tu..
terus aku check DDA dan resus emergency troley, sesekali mata aku jenguk rak kat kaunter TL. Fuh, bukan main rmai patient yang sedang beratur nak jumpa doktor.. Doktor yang bertugas pada malam tuh ialah Dr Tan sampai 0000 dan Dr Liang.. Doktor Tan mengofferkan diri untuk belanja McDonald..

Dah sampai pukul 11.30, still ramai patient.. Aku dan geng masih tak dapat berehat kerana
masih ramai patient sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan.. Hajat nak sambut makan
bersama dengan rakan-rakan sekerja memang tak dapat la sebab masing-masing
handle patient..

Perut dah mula berbunyi tandanya sangat-sangat lapar.. Jadi aku masuk kejap ke dalam pantry untuk
makan apa yang ada dan aku makan spegetti yang dayang bawa td. Abis sepinggan aku makan, lepas tuh
tambah pulak burger McChicken Deluxe yang Dr Tan belanja tadi..

Rasa-rasa dalam pukul 3.30 pagi baru lah kitorang masuk makan sekali itu pun sekejap saja sebab ada lagi pesakit yang nak diberi rawatan..







5.40 datang sebuah ambulance dengan kes kecemasan, paramedik membawa masuk seorang patient yang no response dan no breathing. Apa lagi, code blue lah time subuh-subuh tuh.. Tapi patient tersebut tak dapat diselamatkan dan telah disahkan meninggal semasa perjalanan.. Buat last office lah kitorang subuh-subuh tuh.. Kes telah diserahkan kepada Balai Polis Ampang dan menjadi kes polis kerana punca kematian tidak diketahui..

Memang berbaloi sangat kerja pada malam new year 2012, hajat nak sambut bersama tapi unlucky la sebab
ramai sangat patient pada malam tuh.. Tapi macam mana pun, itulah tanggungjawab aku sebagai seorang nurse dan aku berbangga dapat menolong dan merawat patient walaupun kadang-kadang nurse sering dipersalahkan atas perkara-perkara tertentu..

Alah biasa tegal biasa, SELAMAT TAHUN BARU 2012 !

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...