CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, April 24, 2011

Yaaaayy dapat masuk istana ! ! !

Assalamualaikum semua !!

Holla!!  selamat pagi.. dah lama rasanya Izz tak godek blog sendiri... blog dipenuh dengan semak samun, serawang dan habuk... otak pun dah beku nak post entri baru. 

baru ni Izz berkesempatan untuk melawat Istana Anak Bukit, kediaman sultan negeri Kedah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Sir Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (panjang bukan?? Hehehe)...

last Izz msuk pun darjah 6 dulu (12 tahun dahulu..) lepas tuh sumpah xpenah masuk dah istana...

Okey back to topic, tengah hari tuh my BFF send msg suruh Izz siap pkai baju t-shirt berkolat dan berkasut tutup and dia nak jemput ambik pukul 2.30pm... time tuh Izz ngah teman my mummy kat farmasi... well, I actually got 35 minutes to prepare... 

mamposss xsempat! huhuhu.. tepat pukul 2.30 dia datang, Izz ngah kelam kalutnya mencari, iron baju.. 2.45 baru Izz gerak... sesampai je kat depan Istana, dah penuh dengan bus dan kereta rombongan UMNO dan Pejabat Belia Kubang Pasu.


rupanya BFF Izz telah masukkan nama Izz bawah ahli belia Kubang Pasu, sebab tuh Izz dapat masuk sekali.. lagipun masuk free, bukan senang boleh masuk istana tau! macam-macam surat rasmi kena buat... kalau orang yang takder urusan mana boleh masuk..

Orang besar program 'Pak Din (Bersongkok)'

  
Istana dilihat dari hadapan

mula-mula kami dibawa ke Balai Penghadapan, tempat berlangsungnya majlis penganugerahan pingat  dan gelaran oleh Tuanku Sultan.. memang cantik!! cahaya lampu yang datangnya dari chandeliar yang tergantung pastinya membuatkan semua yang melihatnya terbeliak mata dan tak kering gusi..

kebetulan pada petang tersebut dewan sedang digunakan untuk rehersal majlis penganugerahan jadi Izz dapat lihat bagaimana aturcara untuk majlis yang bakal berlangsung itu... bukan senang nak dapat lihat majlis seumpana ini di depan mata.. kemudian Izz dibawa pula ke Balai Santapan Diraja..





bersama Azman
pentas balai santapan diraja

abis sudah berjalan di dalam istana.. sayang sekali kerana kami tidak sempat untuk melihat mini zoo yang ada dalam istana... ikutkan selepas itu kami dibawa melawat sekeliling luar istana tapi oleh kerana cuaca yang tidak mengizinkan kami dibawa ke jamuan petang.. dapat lah isi perut nih dengan mee goreng dan kueyteow.. Nyum2 yang penting semuanya PERCUMA! hehehe...

perut pun kenyang, nak jalan pon dah berat.. abis jer hujan berhenti kami pun beransur pulang.. terima kasih kepada Pejabat Belia Kubang Pasu kerana telah menaja kamu semua masuk ke Istana secara percuma.. kalau ada lawatan lain nanti jangan lupa pgl Izz yer! Heheh..








Selesai sudah... (^___________^)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...