Holla !!! selamat pagi.. jam menunjukkan pukul 1.30 pagi, masa ni izz masih mengadap lappy.. mata dah dayu tapi izz kuatkan ngah perah otak mencari idea untuk post enteri terbaru... kisahnya berkaitan klon izz ahmad...
betol ke izz ada klon? atau kembar? semestinya semua itu adalah tidak! Seorang wanita telah lahirkan sorang baby sahaja (dan bukannya kembar) pada 21 Februari 1987 dan memberikan nama bayi itu Aizuddin (Izz la tuh.)
apabila pergi mana-mana pun ke kedai ke, hospital atau ke mana-mana saja mesti ada sahaja individu menegur, walhal izz langsung tidak mengenali individu tersebut.. mahu tidak mahu terpaksa juga bertegur sapa untuk menjaga hati individu tersebut.. yelah, orang Malaysia kan kaya dengan sifat ramah mesra dan sopan santun jadi mesti la kena tunjuk perangai yang baik...
pernah satu peristiwa, semasa izz praktikal di Hospital Gerik, Perak.. ada seorang waris kepada pesakit yang ku rawat menegurku.. 'Laa dah jadi misai ke ang , ni bukan anak ~!!@!~ duk kat #!!$!%# tuh ker?'
Izz tercengang.. masa bila pula ayah izz bernama ~!!@!~ ?? masa bila pula izz pindah tinggal di #!!$!%# ... sah-sah makcik ni tersilap orang.. kemudian izz memberitahu perkara yang sebenarna kepada makcik tersebut..
PERSOALANNYA... kenapa banyak kes macam ni terjadi kat izz.. kalau setakat sekali takpa tapi dan berbelas kali.. Ramai sangat ker orang muka seperti izz?? Ataupun muka izz ni memang mirip-mirip orang lain? Ahh.. tak tahu la..
masa belajar Kelantan dulu pun ada rakan-rakan sekolej memanggilku dengan nama Idlan Talaha.. benarkah izz mirip dengan Nor Shahrul Idlan Talaha, pemain bola sepak kebangsaan yang mewakili Kelantan tu.. Haa... untuk menunjukkan mirip atau tidak, tengok gamba di bawah..
mirip ker? Hahaha... tak tahu la korang jela yang boleh bagi jawapan.. Terima kasih kepada 'Faiz Blusher' kerana beliau orang pertama yang mencipta gelaran Talaha kepadaku.. setidaknya dia berbakat dalam bola sepak dan izz pula hanya berbakat dalam menonton bola sepak di kaca TV! :) Sapa-sapa setuju sila angkat tangan macam saya..
No comments:
Post a Comment