CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, April 27, 2011

~ Jumpa dgn Dr ROZMEY gitu auw!! ~

Assalamualaikum semua !!

Holla !!! selamat pagi.. pagi-pagi gini lah datang idea nak post enteri.. cuma post kali ni agak pendek dan ringkas sahaja..

hari ini (kemarin) izz tidak boleh jauh daripada lappy.. boleh dikatakan seharian izz mengadap blog, mencari dan menambahkan pengikut izz.. dalam masa 24 jam sahaja seramai 21 orang telah menjadi pegikutku.. Alhamdulillah rekod peribadi tertinggi bagiku setakat ini..

izz bercadang nak lunch di luar sahaja hari ni, saja nak ubah selera sikit asyik-asyik mengadap nasik putih jer.. nak jgak merasa benda selain dari nasik putih.. lokasinya ialah C KOPITAM, terletak di Bandar Darulaman, Jitra.

sesampainya di situ, izz dapati tidak berapa ramai customer yang ada.. baguslah sebab izz ni tidak berasa selesa kalau berada di tempat yang ramai orang.. pastu waiter hulur menu, izz belek-belek kejap jer pastu terus izz telah 3 layer tea bersama nasi ayam rempah..




lepas beberapa minit menunggu air dan nasi ayam rempah siap dihantar atas meja.. Nyum, sedapnye!! perut dah lapar dari pagi tak diisi dengan apa-apa.. Huh! Jom makan dulu...





nak dijadikan cerita semasa ngah suap nasi ke dalam mulut izz terpandang ke arah seorang lelaki yang sedang berdiri bersama beberapa orang gadis.. nak tahu siapa?? jeng jeng.. semestinya DR ROZMEY! tipu la kalau cakap tak kenal. satu Malaysia gerenti memang kenal DR ROZMEY !! Fuh, bangga izz



ini lah dia Dr Rozmey!


siapa yang tidak kenal dengan Dr Rozmey, seorang jutawan produk kecantikan di Malaysia.. siapa yang tak kenal tuh , baik duduk kat Afrika lah! kalau kita buka akhbar Metro bersepah iklan berkaitan produk kecantikan yang terpapar dalam akhbar tesebut..

tapi hari ke hari izz tengok iklan yang dipaparkan sudah tidak semeriah dulu, kenapa ey? Hai DR ROZMEY sudah bawa diri ke, atau sudah merajok kerana filem yang diterbitkan beliau tidak mencapai 40 juta? mesti semua masih ingat filem DUA ALAM yang ditayangkan sekitar akhir tahun lepas..

tidak mengapa, semua itu sudah berlalu.. tidak perlu diungkit cerita lama.. tapi apa yang menarik perhatian izz pada hari itu ialah rambutnya.. rambutnya? ya, semua sudah kenal dengan gaya rambut Dr Rozmey bukan? cukup unik..

tapi entah mengapa pada hari itu rambutnya tidak seperti biasa.. banyak berfikir mungkin? biar apapun tohmahan yang dilemparkan kepada Dr Rozmey, beliau cukup terkenal di sini dan menjadi ikon seorang yang berjaya kepada kita!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...