- Bawak duit belanja singgit je. Tu pon dah kira banyak dah. Nasi lemak 30 sen, gula-gula 10 sen, dan selebihnya simpan, (Air masak bawak dari rumah)
- Kalau bergaduh dengan kawan mesti akan mintak maaf dalam surat lepas tu main pass-pass surat masa cikgu duk mengajar kat depan.
- Buat jadual siapa kena padam papan hitam dan cuci kelas.
- Sebab dulu tak ada handphone, bila dekat akhir tahun jer mesti semua duk pakat bawak buku kulit tebal nak dijadikan Buku Biodata lepas tu mintak kawan-kawan tulis kat dalam tu. Paling besh mesti ada 'Makanan kegemaran, cita-cita, hobi bla.. bla.. bla..
- Buku teks semua bawak pergi sekolah. Sudah -sudah beg sekolah dah lagi berat daripada badan sendiri sebab tuh sampai sekarang aku tak tinggi-tinggi!
- Menangis-nangis mintak dengan mak sebab nak beli beg beroda Swan. Time tu kalau bawak beg yang ada roda mesti orang pandag tinggi je.
- Bila cikgu tak ada dalam kelas main getah pemadam, tuju tudung tin dan main chop tiang.
- Nurse dan doktor gigi ada datang ke sekolah naik van kesihatan untuk ajar cara-cara gosok gigi dengan betul.
- Cikgu selalu bagi karangan yang bertajuk "Aku Sepasang Kasut, Aku Sebatang Pen, Aku Sebuah Jam.. bla.. bla.. bla..
- Ada van Milo datang bagi air Milo sejuk percuma. Ramai-ramai pakat beratur ambik 2-3 cup sekali minum.
- Paling dinanti-nantikan ialah waktu Pendidikan Jasmani & Kesihatan sebab excited nak main bola
- Kalau malas nak pergi sekolah dan-dan berlakon cakap sakit perut, demam la kat mak. Hahaha..
- Kalau bagi ucapan mesti 'Seelaamaat Pagi, Cikguu !, Teeeriima Kasih, Cikgu!'
Memang besh kan zaman sekolah dulu, mesti korang ingat lagi kan? Macam-macam kenangan gembira dan sedih yang kita lalui.. Selamat kembali ke sekolah yer adik-adik ! (^_^)
No comments:
Post a Comment