CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday, May 29, 2015

Pulau Perhentian, Terengganu

Pada awal Mei yang lalu, saya berkesempatan untuk bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu bersama teman-teman sekerja. Saya coretkan nukilan ini buat semua bloggers yg ingin mengetahui serba sedikit Pulau Perhentian. Mana nak tahu kot anda ada perancangan utk bercuti di situ pada masa aka datang.


Kami mengambil keputusan untuk pergi ke sana dengan bas, Untuk anda yg berada di sekitar Lembah Klang ataupun di Kuala Lumpur, anda boleh mendapatkan bas di Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan (TBS). Dari Terminal Bersepadu Selatan, anda perlu turun di Kuala Besut, Terengganu. 


Anda perlu berhati-hati ketika hendak membeli tiket di kaunter jualan kerana anda mesti keliru sebab ada 2 lokasi sebutannya hampir sama Besut (Kelantan) dan Kuala Besut (Terengganu) dan kedua-duanya adalah sangat berbeza. Dan pastikan anda pilih Kuala Besut yer !


Kami bertolak dari TBS pada jam 1030 malam dan perjalanan  mengambil masa 7 jam untuk sampai ke Kuala Besut, Terengganu dan tiba di sana jam 5.40 pagi. Saya dan rakan berhenti untuk makan sarapan ringkas di sebuah kedai makan yang satu-satunya buka pada waktu itu,

Pada jam 7.30 pagi, saya dan rakan mendaftarkan diri di pusat agent perlancongan di situ untuk mendapatkan tiket bot dan pengesahan resit tempat tinggal kami di Pulau Perhentian nanti. Kepada yg nak datang ke sini pada waktu cuti sekolah ataupun cuti perayaan utama, anda adalah dinasihatkan untuk membuat booking secara online dahulu yer takut-takut nanti semuat resort dan chalet di Pulau Perhentian FULL.

Pada jam 9.00 bot kami tiba dan kami bergerak ke Pulau Perhentian Besar . Untuk sampai ke pulau, perjalanan bot mengambil masa 30 - 40 minit. Ianya bergantung kepada keadaan laut dan juga kapasiti enjin bot yang anda naiki tersebut !

Bot sampai di jeti Pulau Perhentian Besar (berhadapan Arwana Resort). First sekali benda terkeluar bila nampak air laut kat sini, SUBHANALLAH tersangat lah jernih dan cantik ! Boleh nampak sampai ke dasar dan air nya memang biru..

Sementara menunggu check in dan bilik chalet untuk dibersihkan, apa lagi terus terjun dalam laut la jawabnya. Walaupun tengah2 panas terik matahari tapi air lautnya sangat sejuk !

Sepanjang tiga hari dua malam memang tiada akan mati kelaparan kerana di pulau ini ada restoran dan kedai makan tapi harga mkanan di sini agak mahal. Anda boleh jimatkan wang anda sekiranya ambik pakej yang telah disediakan oleh resort atau chalet. Biasanya mereka akan menyediakan sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam (bergantung kepada chalet atau resort anda !).

Okey, Izz dah taknak taip panjang2 nanti korang mesti boring pulak kan.. Nah, Izz sertakan gambar utk anda semua..
















Friday, June 8, 2012

Trip # Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai kepada semua blogger, apa khabar di hujung minggu ni ? Ada pergi mana-mana ke atau just melekat kat rumah jew tido kan ke cuti sekolah ni. Kepada bapa-bapa, ibu-ibu tuh korang dah bawa ke anak-anak korang pergi melancong? Kepada yang sudah tu bagus la, tapi kepada yang belum tu korang jangan risau ada lagi dua hari lagi kan..

So spend this 2 days dengan pergi melancong, kerja2 jgak tapi anak-anak di rumah tuh jangan dilupa. Spend sama masa with mereka.. Baru-baru ni aku ada pergi vacation ke pantai timur, secara spesifiknya ke negeri Terengganu Darul Iman. So ini ada buah tangan sikit untuk korang...


 


Pantai Kg Pandan Laut, Penarik.


 
Masjid Kristal, Kuala Terengganu.


Jeti Awam, Kuala Terengganu.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...