CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, December 31, 2011

Hari terakhir 2011

Assalamualaikum kawan-kawan blogger (^_^)


Tinggal beberapa jam lagi untuk kita meninggalkan tahun 2011.. Korang semua mesti sudah terpikir untuk menyambutnya bukan? Tak kiralah bersama rakan-rakan, kekasih sama ada di dataran ataupun hanya sekadar menonton rancangan yang besh-besh di rumah..

Tapi bagiku , inilah kali pertama aku menyambut tahun baru dan terpaksa on duty dari pukul 9malam sampai lah 7 pagi besok.. Maknanya memang terlepas lah new year aku tahun ni. Sobbbb :(

Terpaksalah aku menyambutnya di tempat kerja bersama rakan-rakan sekerja.. selama nih dapat jugak tengok cita-cita besh di televisyen.. almaklumlah, malam tahun baru mesti stesen-stesen televisyen akan menyiarkan filem-filem box office untuk menarik minat penonton.. Aku nih bukan jenis yang suka melepak kat luar , so aku lebih prefer mengadap filem-filem di Televisyen daripada berasak-asak dengan orang ramai di dataran atau di mana-mana..

Abis shiff malam pukul 7 pagi aku terus direct ke Pudu Sentral (Pehentian Pudu) untuk balik cuti kampung ke Jitra, Kedah untuk 3 hari.. Dapatlah berjumpa dengan mak, abah, nenek dan rakan-rakan kat kampung.. Rindunya aku kat awak-awak semua tau !

Macam mana mesti dah ada azam tahun baru kan.. Azam yang sebelum ni dah tercapai ke belum? Alhamdulillah aku akhiri tahun 2011 dengan agak baik.. Beberapa perkara yang aku listkan untuk tahun 2011 sudahpun tercapai, antaranya yang paling penting :-

* Konvokesyen Diploma Kejururatan ( DONE ! )
* dapat kerjaya ( D O N E ! )

 * AWEK ?? Erk... belum jumpa lagi.. mungkin akan datang kot? heee


Yang belum tercapai apa yang dihajat untuk 2011, jangan putus asa, kita cuba capaikan azam tuh untuk tahun 2012 nanti okk? (^_^) Harapnya tahun 2012 akan membawa sinar baru untuk kita semua..

Selamat menyambut tahun baru.. (*_^)

Tuesday, December 27, 2011

Wordless Tuesday - Owh, Kuala Lumpur


 Gambar di atas hanya selingan semata - mata..

Hari nih aku off day sehari , dah lama rasa tak keluar jalan - jalan pusing bandaraya Kuala Lumpur.. Aku bangun tido pukul 7pagi , iaitu awal dari kebiasaannya.. Lepas sudah siap - siap mandi ,  dan keluar dari rumah pukul dan naik tren di Stesen Setiawangsa pada pukul 7.30pagi ..

Destinasinya ..... Bukit Jalil

Selepas melalui lebih kurang 45min dan bertukar tren, akhirnya aku sampai ke Bukit Jalil.. Sesudah sampai aku phone kawanku mai datang ambik.. Lepas beberapa minit seketika , kawanku sampai dengan kereta Proton Wira nya..

Aku tak tau dia nak bawa aku nih pi mana , bila tanya jer dia cakap ' Alah , ikut jerla '. Okey fine, aku mengiakan jew, kang tak pasal - pasal pulak kena halau dari kereta.. Beberapa minit lepas tuh aku sampai satu shopping mall, bertulis IOI Mall..

Owh, ke sini rupanya kau bawa aku ! Nak buat apa datang sini ?

'Saja jalan - jalan' , balas nya.. Dalam hatiku , setakat nak jalan-jalan kat tempat aku pun banyak port yang baik yang leh lepak.. Takpe , ikut jer lagi pun lama xjumpa dengan dia..

Nak pendekkan citer, gi situ g tengok wayang citer Mission Imposible pastu blaaa blaaa blaaa blaaa..

Lepas tuh kan, kitorang....... blaa bla....






Dah abis , pendek tak citer? Padan muka korang dah kene !


* Sebenarnya banyak tempat aku jalan-jalan hari ni tapi aku 
takda mood nak taip panjang-panjang , next time yaa ! *

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...