CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, June 20, 2011

Pemergian 'Pak Uda'

PAK UDA @ ZAMI ISMAIL


 Dunia hiburan tanah air hari ini dikejutkan dengan pemergian seorang pelakon dan pelawak veteran terkenal, Zami Ismail, 67 meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami masalah jantung. Beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi kesemua anaknya pada jam 10.30 pagi di IJN akibat komplikasi jantung dan pneumonia.
 
Siapa yang tidak kenal Pak Uda, watak yang didukungnya dalam sitcom komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang berjaya menaikkan nama beliau sebaris dengan pelawak lain seperti Imuda, Ahmad Busu dan Sabri Yunus serta beberapa artis komedi yang seangkatan dengannya.

Difahamkan penyakit Pak Uda bukan hanya dikesan baru-baru ini bahkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun disebabkan komitmennya terhadap kerjaya yang diceburinya sejak 1985 menerusi filem cereka Roda-roda arahan mahadi J.Murat membuatkan Pak Uda menolak tepi masalah kesihatannya asalkan dapat mengiburkan hati peminatnya. Pak Uda juga adalah antara salah seorang pelakon dalam filem yang pecah panggung iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah.


bersama Imuda dan Khadijah Tan

  Kini wajah dab suara lucu itu sudah tiada lagi. Dan pastinya pemergiannya pasti amat dirasai kepada mereka yang rapat dengannya.

 Jenazah pelakon komedi itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pekan Kecil Tapah Road, Tapah, Perak selepas solat Asar.  Kepada keluarga Allahyarham tazkiah dititipkan. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Al- Fatihah....




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...