CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, May 30, 2011

Trimass Ceknek Production...


Jumaat baru-baru ni Izz berkesempatan untuk menyertai satu bengkel photography yang dianjurkan oleh Ceknek Production bertempat di Tasik Darulaman, Jitra.. Izz ingin mengucapkan bebanyak trimas kepada pengarah program iaitu Atok atas kesudian beliau mencurahkan serba sedikit ilmu berkaitan kamera DSLR ni.. sebelum ni izz xberapa tahu sangat tentang function kamera sendiri walaupun dah lama beli.. memang tidak rugi masuk bengel ni kalau ada lagi mahu join!


 ni Izz ada ambik pic untuk diuploadkan.. trett!








 




Saturday, May 28, 2011

Mana satu pilihan kalbu..

                       
Lawan




Tak tahu nak pilih yang mana... dua-dua besh..
yang penting kedua-dua fav kelab bola sepak Izz akan
berjumpa sesama sendiri dalam 
Akhir Champions League 2010/2011 di Stadium Wembley, London 
pada malam ni..
Jom ramai-ramai serbu kedai mamak malam ni..
Yay!.....

Friday, May 20, 2011

Wanita Malaysia Mudah Tertipu?

Ni sekadar renungan kepada semua wanita-wanita di Malaysia. Kalau nak bercinta dengan orang asing pun, tengok lah dulu individu tersebut macam mana.. Jangan mudah percaya sangat, kelak nanti merana hidup



Berbekalkan kata-kata manis dan ayat-ayat cinta, dua lelaki warga Nigeria melalui Internet berjaya memperdaya seorang wanita Taiwan sehingga mengakibatkan kerugian RM380,000. Kegiatan suspek terbongkar selepas mangsa berusia 43 tahun datang ke negara ini setelah menyedari dirinya ditipu seterusnya membuat laporan di Kedutaan Taiwan, di sini Februari lalu.

Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof berkata, mangsa mengenali suspek yang menggunakan nama John Miller dari United Kingdom melalui laman sosial Facebook sebelum jatuh cinta.

Katanya, hasil perkenalan itu, suspek berjanji untuk memberikan 'hadiah' bernilai 950,000 pound sterling (RM4.65 juta) dan sejumlah barangan kemas, namun tersekat di sebuah ejen syarikat penghantaran di Malaysia.

"Berikutan itu, mangsa dikehendaki membayar sejumlah wang. Mangsa menuruti kehendak suspek dan menyedari ditipu selepas melakukan transaksi ketiga berjumlah RM380,000," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Rodwan, hasil laporan mangsa, polis berjaya mengesan suspek menerusi akaun transaksi terbabit sehingga membawa kepada penahanan dua lelaki Nigeria itu, masing-masing berusia 26 dan 39 tahun di Serdang dan Seri Kembangan, Isnin lalu.

Katanya, siasatan mendapati salah seorang suspek ialah pelajar sebuah kolej swasta, manakala rakannya merupakan pelancong. "Turut ditahan ialah seorang wanita tempatan yang juga isteri kepada salah seorang suspek. Dia turut menjadi dalang dan wanita beranak satu itu juga adalah pemilik sebenar akaun bank terbabit.

"Hasil serbuan di dua buah rumah itu, polis menemui sejumlah barang kemas bernilai hampir RM100,000, peralatan komputer, buku cek, kad kredit serta kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
"Selain itu, beberapa alat telekomunikasi dan wang tunai berjumlah AS$15,000 (RM45,458) dan RM14,000," katanya.

Mohd. Rodwan memberitahu, berikutan penipuan yang dilakukan, suspek telah membuka sebuah perniagaan menyewa kereta mewah di Serdang. "Oleh itu, kita telah merampas empat buah kereta mewah dianggarkan bernilai RM400,000," katanya sambil memberitahu sedang menyiasat lebih lanjut penipuan itu termasuk kemungkinan turut melibatkan warga tempatan.

Mohd. Rodwan mengingatkan warga tempatan supaya berhati-hati berkawan dengan warga asing dan tidak sewenang-wenangnya membuka akaun bank jika diminta sesiapa untuk membantu perniagaan mereka.

[Sumber Utusan Malaysia, 20 Mei 2011]

Malaysia Tertinggi Kadar Gemuk di Asia Tenggara

 Ehsan dari Google

Malaysia merupakan negara yang mempunyai paling ramai penduduk obes atau gemuk di Asia Tenggara, menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tahun lalu. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kajian yang dijalankan itu mendapati, sebanyak 16.3 peratus penduduk negara ini mengalami masalah obesiti.

Di peringkat Asia, Malaysia berada di kedudukan keenam di belakang Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Kuwait dan Jordan, yang merupakan negara-negara Asia Barat. "Arab Saudi berada di tempat pertama dengan 35.6 peratus diikuti oleh Emiriah Arab Be rsatu (33.7 peratus), Bahrain (28.9 peratus), Kuwait (28.8 peratus) dan Jordan (19.5 peratus).

"Hanya Malaysia negara dari Asia Tenggara yang berada di tempat keenam bagi seluruh Asia," katanya ketika dihubungi, di sini baru-baru ini. Sementara itu, WHO turut menyenaraikan 10 'negara paling gemuk' di dunia.

Negara-negara tersebut ialah Samoa iaitu 93.5 peratus daripada rakyatnya obes diikuti Kiribati (81.5 peratus), Amerika Syarikat (66.7 peratus), Jerman (66.5 peratus) dan Mesir (66 peratus).
Lima lagi negara ialah Bosnia-Herzegovina (62.9 peratus), New Zealand (62.7 peratus), Israel (61.9 peratus), Croatia (61.4 peratus) dan United Kingdom (61 peratus).

Menurut Rosnah, kedudukan obesiti sesebuah negara adalah petunjuk bagi trend pemakanan, kesihatan dan budaya bagi negara tersebut.

Saturday, May 14, 2011

~ Selamat Hari Jururawat 2011 ~



Assalamuaikum..

Salam sejahtera semua.. hari ni tarikh bermakna bagi semua jururawat wanita mahupun lelaki kerana 12 MEI merupakan 'Hari Jururawat Sedunia'.. sungguh bermakna bagi insan yang bergelar jururawat kerana jasa mereka dihargai oleh masyarakat.. kerjaya anda amatlah mulia di sisinya kerana merawat dan menyelamatkan nyawa manusia yang lain.. Izz sebagai bakal jururawat ingin berpesan kepada diri sendiri dan semua rakan-rakan sekali, pikul lah tanggungjawab yang diamanahkan dengan sepenuh ikhlas dan bertanggungjawab.. anda amat bertuah kerana menjadi seorang jururawat.



Yang Izz pula tak tahu la bila akan bergelar jururawat lelaki ni.. masih belum ada rezki nampaknya.. tidak mengapa kerana Allah telah menentukan rezeki masing cuma yang membezakan hanya cepat dan lambat jer.. Mizzy, Azyan, Nissa, Ika, Pirul, dan semua yang masih lagi belum bekerja.. bersabarlah wahai kalian semua.. kepada semua sahabat-sahabat Izz yang bergelar jururawat terutamanya Dae, Faris, Sam, Arif Aziz, Arif Fazillah dan Remey dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini.. Izz ingin mengucapkan  


'HAPPY NURSES DAY'.

~ 10 Sebab Anda Perlu Berpisah ~




Setiap insan yang sedang bercinta pastinya mengharapkan kebahagian dalam perhubungan agar ianya berkekalan. Namun ada juga yang tidak mampu dipertahankan dan hanya terputus di pertengahan. Anda perlu berpisah dengan pasangan anda apabila

1. Anda tidak selesa dengan diri sendiri sejak di awal perhubungan lagi. 
Perasaan keghairahan dan keseronokan dalam perhubungan anda semakin 
pudar dari minggu ke minggu, bulan ke bulan.


2.  Anda dan teman-teman tidak lagi menghabiskan masa bersama-sama. 
Mungkin anda perlu menyedari bahawa ini adalah petanda rakan-rakan 
anda tidak menyukai anda meneruskan perhubungan dengan pasangan.


3.  Anda selalu cuba untuk mempengaruhi orang-orang lain untuk bersama. 
Ini jelas menunjukkan anda memerlukan mereka untuk berkongsi masa bersama-sama. 
Petanda ini menunjukkan anda tidak selesa untuk meluangkan masa bersama pasangan.


4. Menyambung semua dengan bekas kekasih. Ini merupakan satu petunjuk 
yang baik yang ada anda tidak mungkin perolehi daripada pasangan sekarang. 
Melainkan anda mempunyai beberapa hubungan aneh, 
kebanyakkan bekas kekasih akan berhenti perhubungan pada peringkat emosional.


5. Hanya anda sahaja yang 'give' dan 'take' ketika dalam perhubungan. 
Dalam setipa perhubungan memerlukan kedua-dua belah pihak perlu 
ada rasa tanggungjawab untuk kebaikan bersama. Jika anda mendapati 
anda tidak memperolehi apa-apa keuntungan dalam perhubungan itu
adalah lebih baik perhubungan ini diputuskan.


6. Dalam seseuatu pehubungan, keserasian amatlah penting untuk memastikan 
perhubungan berjalan dengan lancar tambahan apabila anda
mendapati pasangan anda tidak lagi mempunyai sifat lucu lagi malah 
ia lebih menyakitkan hati anda.


7. Kamu tidak lagi dapat melihat sifat menarik dalam diri pasangan anda. 
Perkara ini memang nampak jelas kerana manusia apabila dilanda perasaan cinta akan sentiasa nampak keindahan pada insan yang mereka kasihi.
Tetapi jika anda tidak mampu lagi melihat keindahan pada pasangan,
ini menunjukkan perhubungan anda sedang dilanda masalah.


8. Anda cuba untuk menukar segalanya. Kebanyakkan manusia 
akan cuba menerimanya pada peringkat awal, tetapi akan 
berkurangan keghairahan apabila perhubungan berada pada 
jangka masa yang amat panjang.


9. Anda mula membandingkan kekasih anda dengan insan lain. 
Jika anda selalu mengukur pasangan anda dengan insan lain, 
ini merupakan petanda anda perlu menghentikan perhubungan ini. 
Setiap orang mempunyai tarikan dan keistimewaan tersendiri.


10. Anda tidak lagi mahu menghabiskan masa bersama-sama pasangan 
anda dan tidak lagi berminat untuk bersembang atau bersemuka 
dengan pasangan ketika di luar. Setiap masa anda rasakan seperti 
berada di dalam penjara!

Contest I Love My Self


Syarat-syarat penyertaan contest:

* Anda mesti perlu follow blog beliau - Done!

* Letakkan gambar yang paling anda suka - Done!

* Perlu letakkan banner contest dalam entri dan juga side blog anda - Sudah!

* Entri yang diposkan mestilah bertajuk : "contest i love my self" 

*Para pemenang akan mendapat hadiah :


HADIAH PERTAMA 
teddy bear & seluar jeans forever 21.

HADIAH KEDUA 
SWEATER ONITSUKA TIGER


Tag :



Ini contest kedua yang Izz sertai selepas contest 'Aku dan Alam' tempoh hari.. 
saja - saja mencuba nasib, bukan kemenangan yang diharapkan tapi kalau ada rezki alhamdulillah.. sapa yang xnak  teddy bear & seluar jeans forever 21 pree kan?? 
Ngeee!

Apa yang besh yang pada Izz? Izz memiliki sepasang mata yang sangat 
bulat dan seksi pastinya membuatkan semua orang tergoda dan cair apabila melihatnya! Hahah.. saja merepek.. apa-pun, this is me! 
 


Sunday, May 8, 2011

Siapa lebih handal MU atau Chelsea?



Persaingan antara dua gergasi kelab Inggeris iaitu Manchester United dan Chelsea apabila kedua-duanya akan bertemu di Stadium Old Trafford pada malam ni. MU yang masih di puncak liga sudah tentunya tidak mahu tercicir mata pada malam ni untuk mencerahkan peluang mereka bergelar juara liga. Sekiranya menang pada malam ini, mereka hanya memerlukan seri untuk perlawanan yang berbaki dua sahaja selepas ini. Pastinya Chelsea akan memberi tentangan sengit kepada MU dan ingin mendekatkan jurang mata apabila kedua-dua pasukan ini hanya dibezakan hanya tiga mata. Siapa lebih handal? Sama-sama kita saksikannya pada malam ini.

~ Happy Mother's Day ~



Assalamualaikum semua !!

Holla !!! Happy Mother's Day diucapkan kepada semua ibu-ibu seluruh dunia serta tidak lupa kepada ibu yang tersayang.. terima kasih kerana mengandung, melahirkan, mendidik dan menjagaku ketika sakit.. pengorbanan sangat besar dan tak mungkin dapat ku balas.. hanya doa dari anakmu ini agar ibu sentiasa sentiasa sihat, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan  oleh Allah swt. Love u Ibu!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...