CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, April 27, 2011

~ Jumpa dgn Dr ROZMEY gitu auw!! ~

Assalamualaikum semua !!

Holla !!! selamat pagi.. pagi-pagi gini lah datang idea nak post enteri.. cuma post kali ni agak pendek dan ringkas sahaja..

hari ini (kemarin) izz tidak boleh jauh daripada lappy.. boleh dikatakan seharian izz mengadap blog, mencari dan menambahkan pengikut izz.. dalam masa 24 jam sahaja seramai 21 orang telah menjadi pegikutku.. Alhamdulillah rekod peribadi tertinggi bagiku setakat ini..

izz bercadang nak lunch di luar sahaja hari ni, saja nak ubah selera sikit asyik-asyik mengadap nasik putih jer.. nak jgak merasa benda selain dari nasik putih.. lokasinya ialah C KOPITAM, terletak di Bandar Darulaman, Jitra.

sesampainya di situ, izz dapati tidak berapa ramai customer yang ada.. baguslah sebab izz ni tidak berasa selesa kalau berada di tempat yang ramai orang.. pastu waiter hulur menu, izz belek-belek kejap jer pastu terus izz telah 3 layer tea bersama nasi ayam rempah..




lepas beberapa minit menunggu air dan nasi ayam rempah siap dihantar atas meja.. Nyum, sedapnye!! perut dah lapar dari pagi tak diisi dengan apa-apa.. Huh! Jom makan dulu...





nak dijadikan cerita semasa ngah suap nasi ke dalam mulut izz terpandang ke arah seorang lelaki yang sedang berdiri bersama beberapa orang gadis.. nak tahu siapa?? jeng jeng.. semestinya DR ROZMEY! tipu la kalau cakap tak kenal. satu Malaysia gerenti memang kenal DR ROZMEY !! Fuh, bangga izz



ini lah dia Dr Rozmey!


siapa yang tidak kenal dengan Dr Rozmey, seorang jutawan produk kecantikan di Malaysia.. siapa yang tak kenal tuh , baik duduk kat Afrika lah! kalau kita buka akhbar Metro bersepah iklan berkaitan produk kecantikan yang terpapar dalam akhbar tesebut..

tapi hari ke hari izz tengok iklan yang dipaparkan sudah tidak semeriah dulu, kenapa ey? Hai DR ROZMEY sudah bawa diri ke, atau sudah merajok kerana filem yang diterbitkan beliau tidak mencapai 40 juta? mesti semua masih ingat filem DUA ALAM yang ditayangkan sekitar akhir tahun lepas..

tidak mengapa, semua itu sudah berlalu.. tidak perlu diungkit cerita lama.. tapi apa yang menarik perhatian izz pada hari itu ialah rambutnya.. rambutnya? ya, semua sudah kenal dengan gaya rambut Dr Rozmey bukan? cukup unik..

tapi entah mengapa pada hari itu rambutnya tidak seperti biasa.. banyak berfikir mungkin? biar apapun tohmahan yang dilemparkan kepada Dr Rozmey, beliau cukup terkenal di sini dan menjadi ikon seorang yang berjaya kepada kita!

Tuesday, April 26, 2011

~ Bloggers Membentuk Masa Depan Negara ~

AKTIVITI blog di Malaysia adalah antara yang paling rancak serta bebas di dunia dan pentadbiran negara memberi komitmen penuh untuk meneruskan janji Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri dalam membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC) bahawa Malaysia tidak akan menapis Internet.

Jaminan pada komitmen ini diteruskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula. Di Malaysia, penulis blog bagaikan dapat sokongan daripada kerajaan untuk menyalurkan pandangan dan maklumat masing-masing.

Kerajaan sedar cabaran media sosial melalui ruang siber baik melalui blog, Facebook atau Twitter sekarang terhadap masa depan negara. Seperti kata Najib, media sosial sekarang mampu mempengaruhi serta membentuk pandangan orang ramai, sehingga dalam kes tertentu membawa kepada kejatuhan rejim dan kerajaan atau sekurang-kurangnya mencetuskan kekecohan serta ketidakstabilan.

Bagaimanapun kerajaan Malaysia tidak gentar dengan pandangan penulis blog, sebaliknya mahu mereka menjadi rakan blogger supaya pandangan dan kritikan membina mereka dapat membentuk masa depan lebih baik untuk negara dan rakyat.

Biarpun seseorang itu bebas menulis apa saja di dalam blog, batasnya tetap ada. Sebab itu, Perdana Menteri mengingatkan penulis blog tentang batas-batas supaya ruang siber tidak digunakan untuk menipu atau menyatakan separuh kebenaran.

Sememangnya demokrasi digital adalah suatu yang tidak dapat dielakkan, malah kerajaan Malaysia juga percaya Internet adalah enjin untuk pertumbuhan ekonomi, membina masyarakat berilmu dan berupaya merapatkan rakyat melalui penggunaan yang betul.

Jadi penulis blog ada peranannya dalam membentuk minda masyarakat bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia melalui hasil penulisan yang tepat dan berkualiti bukannya sekadar sesesuka hati dan memberi komen berbaur fitnah dan tohmahan.

Kita tidak mahu laman blog menjadi ruang penyebaran fitnah. Penulis perlu sedar perbuatan tersebut salah di sisi undang-undang dan agama.

Hakikatnya, penulis blog seperti penulis media yang lain turut mempunyai kuasa untuk menyampaikan pelbagai maklumat dan mempengaruhi pemikiran rakyat melalui maklumat yang disampaikan.

Penulis blog mampu menyatupadukan masyarakat dan mereka juga boleh memecahbelahkan rakyat.
Oleh sebab itu kuasa yang dimiliki itu seharusnya digunakan untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan secara berhemah.

Kerajaan sehingga kini amat bermurah hati dengan penulis blog, walaupun ada yang menulis bukan berdasarkan fakta sebenar. Sudah tiba masanya penulis-penulis blog di negara ini juga harus bersikap lebih profesional dan bertanggungjawab dalam penulisan mereka di laman web masing-masing.

Setiap penulis media alternatif itu perlu mempunyai kod etika bagi memastikan hasil tulisan mereka adalah berasaskan pada fakta dan kebenaran.

Topik kod etika untuk penulis blog telah lama diperkatakan tetapi sehingga kini tidak siapa yang ambil serius untuk melaksanakannya.


sumber UTUSAN Malaysia , 26 April 2011

CONTEST ALYA : AKU DAN ALAM




Tidak dinafikan manusia dan alam adalah saling berkait. Manusia.memerlukan pokok-pokok untuk mendapat oksigen dan terus hidup... Tapi apa yang berlaku pada hari ini amat menyedihkan. Untuk mengejar kemewahan dan wang, manusia sanggup menodai alam semulajadi. Semoga contest ini dapat menyedarkan bloggers semua untuk memelihara alam semula jadi. =)







Gambar ini diambil di Hutan Simpan Baling, Kedah semasa melakukan ekspedisi bersama rakan-rakan. Memang tempatnya cukup indah. Hutan ini mempunyai 7 tingkat air terjun dan yang teratas sekali adalah seperti gambar di atas. 

Pastinya ini adalah tempat yang paling sesuai untuk anda ingin lari dari kesibukan bandar dan menghayati alam semulajadi yang tidak pernah terusik oleh manusia.

Tag





BEN CARI BLOG BARU LAH


izz fokuskan gamba ben yang ensem macam artis kat atas tuh besar-besar biar sume nmpak..
hehe. segmen baru abg ben ashaari utk mencari blogger baru 
dan menambahkan kenalan. tambahan pula izz masih baru dan berhrap dpt kwn dgn bloggers semua..



5 blog lama yang izz suka bangett!



5 blog baru yang izz sukee bangett!


 

~ Klon Izz Ahmad ~

Assalamualaikum semua !!

Holla !!! selamat pagi.. jam menunjukkan pukul 1.30 pagi, masa ni izz masih mengadap lappy.. mata dah dayu tapi izz kuatkan ngah perah otak mencari idea untuk post enteri terbaru... kisahnya berkaitan klon izz ahmad...

betol ke izz ada klon? atau kembar? semestinya semua itu adalah tidak! Seorang wanita telah lahirkan sorang baby sahaja (dan bukannya kembar) pada 21 Februari 1987 dan memberikan nama bayi itu Aizuddin (Izz la tuh.)

apabila pergi mana-mana pun ke kedai ke, hospital atau ke mana-mana saja mesti ada sahaja individu menegur, walhal izz langsung tidak mengenali individu tersebut.. mahu tidak mahu terpaksa juga bertegur sapa untuk menjaga hati individu tersebut.. yelah, orang Malaysia kan kaya dengan sifat ramah mesra dan sopan santun jadi mesti la kena tunjuk perangai yang baik...

pernah satu peristiwa, semasa izz praktikal di Hospital Gerik, Perak.. ada seorang waris kepada pesakit yang ku rawat menegurku.. 'Laa dah jadi misai ke ang , ni bukan anak ~!!@!~ duk kat #!!$!%#  tuh ker?'

Izz tercengang..  masa bila pula ayah izz bernama ~!!@!~ ??  masa bila pula izz pindah tinggal di #!!$!%# ... sah-sah makcik ni tersilap orang.. kemudian izz memberitahu perkara yang sebenarna kepada makcik tersebut..

PERSOALANNYA... kenapa banyak kes macam ni terjadi kat izz.. kalau setakat sekali takpa tapi dan berbelas kali.. Ramai sangat ker orang muka seperti izz?? Ataupun muka izz ni memang mirip-mirip orang lain? Ahh.. tak tahu la..

masa belajar Kelantan dulu pun ada rakan-rakan sekolej memanggilku dengan nama Idlan Talaha.. benarkah izz mirip dengan Nor Shahrul Idlan Talaha, pemain bola sepak kebangsaan yang mewakili Kelantan tu.. Haa... untuk menunjukkan mirip atau tidak, tengok gamba di bawah..






mirip ker? Hahaha... tak tahu la korang jela yang boleh bagi jawapan.. Terima kasih kepada 'Faiz Blusher' kerana beliau orang pertama yang mencipta gelaran Talaha kepadaku.. setidaknya dia berbakat dalam bola sepak dan izz pula hanya berbakat dalam menonton bola sepak di kaca TV! :) Sapa-sapa setuju sila angkat tangan macam saya..


 

Monday, April 25, 2011

~ Wan Jamak pilih skuad Kedah ~



ALOR SETAR - Persoalan siapakah ketua jurulatih Kedah akhirnya terjawab apabila Wan Jamak Wan Hassan dipilih untuk membimbing skuad Kenari.
Bekas jurulatih Negeri Sembilan itu akan diperkenalkan dalam dalam satu majlis di Stadium Darul Aman, hari ini pukul 5 petang iaitu kurang empat jam sebelum sepak mula Kedah menentang Harimau Muda A dalam Liga Super.


Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib berkata, pada majlis itu Wan Jamak yang menggantikan Ahmad Yusof akan diberikan jersi skuad Kenari sebagai tanda menjadi sebahagian daripada anggota skuad Hijau Kuning.
"Wak Jamak juga dijadual menandatangani kontrak bersama Kedah pada majlis itu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Tambahnya, Wan Jamak dijadual memulakan tugas barunya di Kedah sebagai ketua jurulatih minggu depan setelah proses pendaftarannya sebagai jawatankuasa dalam pasukan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selesai Isnin ini.


"KFA sudah membatalkan pendaftaran Ahmad selaku jurulatih Kedah, semalam dan pendaftaran Wan Jamak akan dibuat Isnin ini," katanya.


Dalam pada itu, Wan Jamak yang sudah berada di bandar raya ini enggan mengulas lanjut perkara itu dan menyerahkan perkara tersebut kepada pengurusan KFA.
"Biar KFA yang umum, itu lebih elok," katanya.


Jawatan ketua jurulatih skuad Kedah hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini ekoran keputusan KFA untuk tidak meneruskan khidmat Ahmad.


Pada perlawanan Kedah menentang Harimau Muda A di Stadium Shah Alam, Selasa lalu, Wan Jamak dilihat turut berada di bangku penonton sekali gus menguatkan kesahihan bahawa beliau bakal menjadi pilihan KFA.
Kedah pada 7 Mac lalu merehatkan Ahmad selepas pasukan bimbingannya mengalami prestasi hambar dengan tugasannya diambil alih oleh penolong jurulatih, Radhi Mat Din.


Ahmad yang membimbing Kedah musim lalu membantu skuad Hijau Kuning muncul Naib Juara Piala FA dan berada di tangga kelima Liga Super.


Bagaimanapun, awal musim ini menerusi enam perlawanan Kedah hanya menang satu perlawanan ke atas Felda United 1-0 manakala seri tiga perlawanan tanpa jaringan menentang T. Team dan Perak serta 1-1 dengan Kelantan dan tewas dua kali kepada Sabah 1-0 dan Selangor 2-0.


Radhi yang mengambilalih pasukan menunjukkan prestasi membanggakan apabila menang enam daripada tujuh perlawanan sekali gus meletakkan Kedah di tangga keempat dengan 24 mata.
Kedah menang ke atas Terengganu 2-1, masing-masing menang tipis satu jaringan dengan Kuala Lumpur, Perlis, Pahang dan Harimau Muda selain menundukkan Negeri Sembilan 2-0 dan kalah kepada Johor FC 1-2.

Sunday, April 24, 2011

Review Maharaja Lawak minggu ke-4 Nabil, Balas, Sepah, Jozan, Jambu

kepada yang tak sempat menonton persembahan Maharaja Lawak minggu ke-4 di Astro, 
jangan khuatir!! izz telah sediakan review khas buat anda.. layan.... 
1. NABIL



2. BALAS



3. SEPAH




4. JOZAN



5. JAMBU






Transformer 3, FAST AND THE FURIOUS 5 [Trailer]

sungguh tak sabar rasanya tunggu bulan Mei dan Jun nih untuk menonton sambungan filem favourite Izz ni.. pastinya apabila ditayangkan di pawagam nanti Izz nak jadi orang pertamanya yang menontonnya.. Hahahah.. nih ada trailer untuk korang semua.. mesti tonton punya !!!


Transformer 3 : Dark of the Moon




Fast and the Furious 5

~ Tercirit tengok Maharaja Lawak ! ! ~

Assalamualaikum semua !!

Holla!! selamat petang... siapa antara kita yang tidak pernah menonton Maharaja Lawak di Astro? memang rugi kepada siapa yang tidak menontonnya kerana Maharaja Lawak pasti akan membuatkan anda tergelak hingga tersembur air liur... 

Maharaja Lawak dibarisi oleh finalis-finalis dari Raja Lawak yang pastinya akan membuatkan anda tidak akan keluar rumah setiap jumaat malam...

setelah 4 minggu berlalu, Izz cukup terhibur dengan lakonan JOZAN, Nabil, BALAS dan Sepah dengan lawak mereka yang berjaya membuatkan Izz gelak seorang diri... dishh, penangan ML punya pasal... dapat jugak hilangkan kekecewaan dan stress yang melanda Izz pada waktu ini...
apapun, keep it UP u'oLsss!... Maharaja Lawak memang Besh!!


Yaaaayy dapat masuk istana ! ! !

Assalamualaikum semua !!

Holla!!  selamat pagi.. dah lama rasanya Izz tak godek blog sendiri... blog dipenuh dengan semak samun, serawang dan habuk... otak pun dah beku nak post entri baru. 

baru ni Izz berkesempatan untuk melawat Istana Anak Bukit, kediaman sultan negeri Kedah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Sir Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (panjang bukan?? Hehehe)...

last Izz msuk pun darjah 6 dulu (12 tahun dahulu..) lepas tuh sumpah xpenah masuk dah istana...

Okey back to topic, tengah hari tuh my BFF send msg suruh Izz siap pkai baju t-shirt berkolat dan berkasut tutup and dia nak jemput ambik pukul 2.30pm... time tuh Izz ngah teman my mummy kat farmasi... well, I actually got 35 minutes to prepare... 

mamposss xsempat! huhuhu.. tepat pukul 2.30 dia datang, Izz ngah kelam kalutnya mencari, iron baju.. 2.45 baru Izz gerak... sesampai je kat depan Istana, dah penuh dengan bus dan kereta rombongan UMNO dan Pejabat Belia Kubang Pasu.


rupanya BFF Izz telah masukkan nama Izz bawah ahli belia Kubang Pasu, sebab tuh Izz dapat masuk sekali.. lagipun masuk free, bukan senang boleh masuk istana tau! macam-macam surat rasmi kena buat... kalau orang yang takder urusan mana boleh masuk..

Orang besar program 'Pak Din (Bersongkok)'

  
Istana dilihat dari hadapan

mula-mula kami dibawa ke Balai Penghadapan, tempat berlangsungnya majlis penganugerahan pingat  dan gelaran oleh Tuanku Sultan.. memang cantik!! cahaya lampu yang datangnya dari chandeliar yang tergantung pastinya membuatkan semua yang melihatnya terbeliak mata dan tak kering gusi..

kebetulan pada petang tersebut dewan sedang digunakan untuk rehersal majlis penganugerahan jadi Izz dapat lihat bagaimana aturcara untuk majlis yang bakal berlangsung itu... bukan senang nak dapat lihat majlis seumpana ini di depan mata.. kemudian Izz dibawa pula ke Balai Santapan Diraja..





bersama Azman
pentas balai santapan diraja

abis sudah berjalan di dalam istana.. sayang sekali kerana kami tidak sempat untuk melihat mini zoo yang ada dalam istana... ikutkan selepas itu kami dibawa melawat sekeliling luar istana tapi oleh kerana cuaca yang tidak mengizinkan kami dibawa ke jamuan petang.. dapat lah isi perut nih dengan mee goreng dan kueyteow.. Nyum2 yang penting semuanya PERCUMA! hehehe...

perut pun kenyang, nak jalan pon dah berat.. abis jer hujan berhenti kami pun beransur pulang.. terima kasih kepada Pejabat Belia Kubang Pasu kerana telah menaja kamu semua masuk ke Istana secara percuma.. kalau ada lawatan lain nanti jangan lupa pgl Izz yer! Heheh..








Selesai sudah... (^___________^)


Friday, April 1, 2011

Biar Betul. Memang betul lah!

Izz nak minta jasa baik blogger semua supaya mengundi gmba link 
di bawah ini.  Mudah saja, mula-mula  anda perlu.....

1) Klik sini untuk kepautan gambar tersebut.


2)  Pastikan anda telah login akaun facebook seterusnya pergi ke aplikasi
'Biar Betul' dan Like Biar Betul ni yang terdapat pada gambar ini.


Tolong yaa! Terima kasih semua...  (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...